Pages

Showing posts with label lelaki ini. Show all posts
Showing posts with label lelaki ini. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

dasar lelaki..


Assalamualaikum wbt...



omo! tajuk tak leh blaaah kan?
kepada sang lelaki2, jejaka2 yang kacak bergaya..
gwa mintak maaf awal2 yep.:)


bila bercinta kan?
lautan api sanggup ku redah..
gunung berapi sanggup ku sanjung..
akan ku bawa cinta kita hingga langit ketujuh..
macam2..


mereka tak tahu..
kot2 si perempuan tak suka jenis si lelaki yang lebih2 camtu.susah jugak!
hiperbola lah katakan..
menyatakan sesuatu yang tak pasti atau lebih tepat tak mungkin terjadi..
gwa tak tahu jenis lelaki camner yang boleh dipercayai..
tapi cukup bila bercinta..
" aku percaya kau, kau percaya aku "..
tak susah kan?
tapi percayalah si lelaki..
bila sekali kau ragut kepercayaan si perempuan..
kepercayaan yang dia beri kat kau dulu..
tak mungkin lebih daripada tu lagi..
mungkin semakin berkurangan..
dan mungkin juga zero. takde langsung.


ini kes sebab semalam aku duk layan cerita 'nora elena' kat tv3..
entah kenapa tiba2 aku ketagih drama ni..
nora terseliuh kaki..
seth pulak cakap..
" abang sanggup dukung nora sambil naik gunug kinabalu"..
sah2 la kau tergolek kalau bawak manusia kat belakang kau..
sedangkan bawak beg pun kurang stabil. aigoo..
tiba2 pulak aku nak emo..hhahaha..


bdw, aku nak mintak jasa baik korang..
tolong yea sayang2 sekalian..
aku tahu korang sayang aku..
aku pun korang sayang lebih2 lah..

tolong LIKE this page yep..


jasamu tetap ku kenang..
kalau nak mintak gwa like page korang pun boleh..
tapi make sure like page ni dulu yep. adios:)


Sunday, March 27, 2011

pakwe busuk !


Assalamualaikum wbt..



akibat kanji dah habis, anak2 Melayu sanggup makan pasir..
padahal opportunity yang MARA pernah garapkan menjadi pelajar yang berpotensi sebagai usahawan berjaya probability-nya seriously huge..
tapi berapa percent je yang try untuk praktik perkara yang mendatangkan lots of benefits kat diorang.. itu kalau pelajar yang tak reti nak berdiri di atas kaki sendiri..


yang jenis tunggu musim SPRING menjelma ..
tak sabar2 nak tengok bunga2 kembang keliling kampung..
siang malam asyik duk tengok bunga tu berprocess..
nasib winter dah habis.. bunga tu pun kiput2 malu nak kembang..
makin kau tengok, makin kecut adalah..


ini punya cerita bila ada pasangan yang asyik keluar dengan alasan nak tengok bunga berkembang setiap masa... kawan2 lain duk sibuk fikir business nak buat supaya MARA tak rugi hantar kau ke overseas.. tapi dia dengan dunia couple dia. sumpah tak jealous.


malam tengah2 aku duk layan makan Maggie bekalan..
kawan aku datang cuit2 peha langsing aku..
"apehal weh?? bukan kau keluar ke nak tengok bunga?? "..

sok seh sok seh sok seh..
aku gelak nak pecah perut..
roomate aku jeling macam aku ni entah ape2..
last kantoi la cerita bila tuan empunya badan sendiri yang bukak cerita..


ada ke patut ..
satu hari dia keluar hari ni..
memang bermakna..
sebab kat situ dia dapat kenangan indah..
masa pergi kat satu park ni..
si kawan mintak pakwe dia amikkan belon kat atas satu pagar besi..
before tu dorang potluck ramai2.. makan ikut sunah Rasulullah..
meraikan season Spring la konon..
si pakwe bersungguh-sungguh panjat pagar..
dah tak fikir belon tu sape empunya..
buang je kasut dari kakinya..
wahhhh!!! bau-bauan bunga tahi ayam lebih best kot..
plus dengan dia baru nak turun tangga terlepas angin pulak..
si perempuan pun satu hell..
jenis tak boleh buat talam dua muka..
muka jujur. ekspresi tak suka+pelik jelas terpancar kat muka..
si pakwe buat dont know.. like takde pe2 yang berlaku. haram.
siap buat2 bunyi kat mulut..
"pappp paaappp tok takkk "..
hahaha..nak cover pun, awal2 la buat signal bhai..kan dah malu..


si kawan aku ni sorang pun jahat jugak..
" aku dah tak nak keluar dengan dia beb.. mesti teringat nanti.. "..
jenis tak boleh terima baik buruk, kurang lebih betul..
biasa orang bercinta..
kalau kentut tu pun, bau wangi je..
aishhkkk.. nampak sangat kau tak sungguh2 nak ni..




last but not least,,
fikir dulu sebelum buang okey??grrrr


jangan hukum orang sebab kesalahan yang kecil boleh?
sedangkan Nabi memaafkan umatnya..
Allah ampunkan hambanya..
think


Saturday, March 12, 2011

perempuan sekarang ramai bunting..


Assalamualaikum wbt...


kaum hawa dikenali sebagai perempuan, wanita, betina..sewaktu dengannya lah..
digarhayu dengan pelbagai santun..
lemah lembut, berbudi pekerti, pandai masak, hormati orang, pandai jaga hati,
cakap berlapik, malu bertempat, bijak menguruskan diri dan keluarga, tepati masa dan so on..
itu kalau nak tengok perrempuan zaman dulu2 kala ramai lah camtu kan???

but now, cuba tengok wanita2 sekeliling korang..
susah kan nak jumpa yang ada ciri2 sedemikian..?
kalau yang couple tu memang jarang yang berjalan dengan lelaki tak pegang2..
kalau yang bercakap tu, kalau boleh satu dunia nak suruh dengar..
kalau yang tak reti jaga diri tu, malam2 selalu keluar duk bertenggek dengan lelaki..
kalau yang jalan pulak, takde dah yang pandang bawah nak cium lantai.. semua pakat duk dabik dada.. bangga dengan apa yang dia ada..
tak ramai jugak yang dapat tolong ibu memasak kat dapur..
selagi ibu dia hidup, selagi tu mintak ibu dia masakkan..
gatal nak kahwin tapi ciri2 nak jadi isteri memang takde langsung dalam list. OUT!
mak mertua jumpa kau pun, dia yang lari angkut anak dia dulu..


nenek guwa mintak jaga diri.. al-maklumlah..
kecoh pasal gempa bumi kat Jepun, Tsunami kat Hong Kong..
guwa tenang2 aja.. mungkin masih blur dengan keseriusan nenek guwa..
tengah2 guwa rilekskan nenek guwa biar beliau fikir insyaAllah takde pe2..
dont worry, be happy..
nenek guwa bising..

" mana boleh dont worry, dunia nak khiamat dah "..

gua naik hairan, siap speaking bagai. nenek guwa tadi pesan suruh jaga diri sebab kondisi kat Jepun tu..
sekarang cakap dunia nak khiamat..
memang betul tapi kalau gempa bumi tu, memang dari dulu lagi berlaku..
guwa sambut statement nenek guwa dengan pertanyaan..

" kenapa?? cew cerite cew cerite.. "..

sambil mulut ternganga, hati berdebar, khusyuk..
mengalahkan khusyuk dalam solat. guwa teliti mendengar kata2 yang nenek guwa keluarkan..
ceritanya begini...
kalau dah duduk kat kampung..
sorok macam mane pun keaiban, suatu hari pasti tersebar juga..
even tak tunjuk busy body sekalipun, tetap akan tahu kemudian hari..
kat kampung guwa..
dah ada tiga orang yang bunting tanpa hubungan yang sah..
dua orang daripada tu adalah daripada keluarga yang sama..
yang si kakak dah selamat melahirkan anak..
si adik pula masih membiakkan benih haram itu..
guwa terkejut.. bila guwa tanya

"boleh pulak mak dua orang tu terima anak2 dia lagi..?"


nenek guwa menjawab dengan penuh feeling..

" boleh lah tu"..

macam mane entah guwa pun rasa panas..
tibe2 guwa cakap..

" orang cakap kalau perangai anak camtu, mesti mak atau ayah dia muda2 dulu selalu buat hal.., liar "..

yang lagi tak percaya, bukan nenek guwa nak sangkalkan kata2 guwa.. tapi nenek sambut..

" hoo laaa..(yela).. mak dia tu zaman muda2 dulu bawak kereta pergi jalan situ sini sorang2.. tukar lelaki.. last2 kahwin sorang tu jugak, tapi tak lame je cerai.."..aishkkk!!!!


owhooo..baru guwa dapat buat konklusi..
tapi bersyukur sebab si kakak tu dah kahwin dengan lelaki yang membuntingkan dia..
nasib lelaki tu nak bertanggungjawab..
tapi mereka terpaksa kahwin kat Golok dengan permission mak dia sendiri sewaktu usia kandungan lebih kurang empat bulan..
guwa pulak banyak tanya kat nenek guwa..

" boleh ke mak jadi wali?? sedangkan ayah ada lagi.. "..

nenek guwa sambung cerita, tapi guwa tetap tak puas hati sebab beliau tak jawab soalan guwa.. gua tanya lagi.. mungkin nenek pun was2 nak jawab ni.. akhirnya beliau bersuara..

" boleh lah kot.. sebab kahwin dengan lelaki yang dah mengandungkan dia.. "..

aku tanya lagi..

" boleh ke kahwin tengah mengandung?? ",,

nenek guwa jawab dengan jawapan yang same..
hahahaa.. guwa malas beri tekanan untuk nenek guwa berfikir dalam2..
guwa rancak mendengar lagi...

menyakitkan hati lagi bila guwa naik hairan dengan penerimaan maknya sampai dua2 orang anaknya bunting tanpa kahwin.. si nenek kepada janin2 yang tak bersalah ni duk pening cari nama untuk bakal cucunya.. memang itu usaha murni, selepas mengetahui anaknya bunting tapi still terima anaknya seadanya.. disebabkan ghairah mencari nama yang mahu diletak kepada bayi2 bakal dilahirkan ni.. ibu saudara kepada dua orang yang mengandung ni bising dengan perlakuan maknya.. seraya berkata..

" kau duk sibuk cari nama anak, pergilah cari ayahnya dulu.. mintak bertanggungjawab..!"..

guwa berfikir-fikir sampai tak lalu nak makan..


aigooo.. dunia2.. itu nasib baik maknya terima keadaan anak..
maka berkuranglah kes buang bayi..
tapi kalau yang jenis terima, suka hati...
tak fikir masa depan anak yang bakal dilahirkan tanpa ayah, susah jugak..


zaman kini, tak semua perempuan nampak suci itu masih suci.. dunia nak kiamat..
tak semua perempuan yang lemah lembut, tak khianat.. dunia nak kiamat..
tak semua perempuan yang luar nampak baik, hati busuk hakikat.. dunia nak kiamat..


guwa sarankan lelaki2 yang tak sabar kat luar sana..
tolong jangan permainkan perempuan..
melepas nafsu serakah sesuka hati..
nampak sangat iman kau duk celah2 jari kaki je..
bukan kau yang tanggung akibatnya even kau tak suci lagi..
tapi si perempuan yang naif ini menjadi mangsa..
kalau benar sayang akan perempuan tu..
tak kirelah masih muda atau belum...
kalau rasa anda mampu, masuklah merisik.. kahwin terus..
kalau rasa belum mampu, jauhkan diri daripada melakukan perkara2 tak senonoh tu..
lebih baik lagi, kau jauhkan diri daripada perempuan yang kau sayang tu...
jangan sia2kan hidupnya dengan nafsu kau..
sesungguhnya ada banyak cara untuk kite memperbaiki diri daripada melakukan kekhilafan..

aku sarankan pula pada wanita2 berintegriti luar sana..
agar tahu meneguhkan iman, dan letak ia setinggi-tinggi darjat dalam diri..
kau suka dilayan, dibelai lembut oleh tangan2 lelaki..
sebab nafsu kau biarkan diri diratah oleh lelaki..
tapi kau tak sedar akibat daripada itu..
kau yang malu, rugi. hidup kau yang binasa..
kau tak tahu mungkin lelaki yang berkata sayang sekarang..
akan benci selepas mensia-siakan hidup kau..
bukan semua lelaki jenis bertanggungjawab..
sesungguhnya jagalah diri kau dengan menjauhi diri daripada zina..
kita mampu jika kita mahu..


aku tak nak cakap banyak..
sebab aku pun mahu perbaiki diri..
sama2 lah kita renung2 kan bersama okeh??
sayang korang semua:)

Thursday, February 10, 2011

LELAKI EGOis..


Assalamualaikum wbt..

LELAKI EGO is ramai perempuan tak suke....
LELAKI EGO is ramai perempuan cop kurang kesabaran..
LELAKI EGO is hilang kemachoan..
LELAKI EGO is buat orang menyampah..


mengarut je intro aku..
tapi betul beb.. siapa nak dekat dengan lelaki ego ni??
kalau lelaki.. nak ke dekat ngan perempuan camtu jugak..
lain la kalau lelaki tu ego, perempuan tu pun ego..
kalau nak aman, nak ke tak nak...
salah sorang kena beralah jugak la..

Ego lelaki memang tinggi..
bukan nak buruk-burukkan lelaki..
tetapi ada sendiri lelaki yang mengaku..
percaya atau tidak, mereka suka menggembar-gemburkan kehebatannya ketika di ranjang..
actually, aku tak suka lelaki macam ni..
tak boleh simpan rahsia langsung..
tapi kan hakikat sebenar..
aku nak straight to da point pun macam segan..
boleh cakap.. lebih indah dari rupa lah..


jangan omong kosong yea wahai lelaki2...
ingin aku sentuh..

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 187 :
Isteri2 itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka..
Justeru, seks adalah madu yang dihirup pasangan lelaki dan wanita
daripada cangkir cinta perkahwinan.
Kenikmatannya perlu direnguk bersama..


so, aku mintak kau faham bahawa..
dengan isteri okeh..
bukan kekasih..
sebab tu la statistik teen pregnancy banyak sangat..
melimpah ruah..
lebih daripada ibu2 halal mengandung..


lelaki yang tak hebat sangat tapi mengaku hebat tu..
aku harap kau cepat2 pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan..
just share sebagai peringatan:)


Sunday, December 26, 2010

bila diri dah HOT..


Assalamualaikum wbt..


semenjak dua tiga menjak ni..mak aii sifat pemalas tu memang duk usha2 diri ni..
kalau start cuti, bukan main tiga, empat entri aku post..
sekarang.. nak bukak blog pun cam dah malas..
tapi sebab nak tengok sape duk terjah blog picisan ni..
sanggup gaduh tempat dengan adik nak online..


semalam punye kes-ah.. kawan aku call..
kring kring kring *cess..klasik bunyi ringtone..


aku : Assalamualaikum wbt..

kwn : Waalaikummussalam wbt.. syg saye ada??

aku : yea.. syg kamu la ni bercakap..

kwn : arghh ko.. saje tambah loyar buruk ..

aku : hahaha..kalau ko tak start dulu..aku pun tak layan..

kwn : ehh..malas nak lebih2 dah. aku ada probos nie..

aku : aku dah agak.. kalau takde probos.. ko tak cari punya aku malam nak ke subuh ni.. asal wehh??

kwn : ko ingat tak balak ensem yang jadi pujaan ramai kite duk usha2 dulu tu??

aku : balak mane ni?? aku puja dia jugak ke??*pening..

kwn : ko tak la kot.. ko tak habis2 giler kat sorang tu je.. kah5..(giler dye gelak besar)..balak yang muke ala2 korea tu..

aku : a'agh.. yang tu.. kenapa?? (aku buat2 ingat je..amek hati)..

kwn : aku baru nak cerite kat kau ni.. sorry.. tapi aku perlukan opinion ko. ko caye tak kalau aku cakap dia duk usha aku sekarang??

aku : haa?? ye dop mung?? (tetibe slang terengganu aku keluar)..

kwn : yelah..dia satu kelas dengan aku dowh..

aku : habis pakwe ko camner weh??

kwn : tu la pasal.. suratan atau kebetulan.. aku dengan si pakwe ni tengah probos.. asyik bising pasal fesbuk, gambar, keluar dengan kawan2 time cuti ni la..

aku : ehh..berat nanang tu. kau jangan tambah pasal lagi..

kwn : masalahnya..aku memang ghase kami takde jodoh.. dan care terbaik aku tinggalkan dia.. pergi kat balak ensem yang aku puja kat matrik dulu tu..

aku : sumpah ko tak rasional.. jangan jadikan tu penyelesaian masalah..kau diskusi betul2 dengan pakwe kau. kalau dia dah tak nak kau, aku sokong ape yang kau niat tu.. kalau tak, jangan hancurkan perasaan pakwe ko camtu.. tak baik..

kwn : perlu lagi ke diskusi..

aku : perlu.. as kate putus daripada kedua-dua belah pihak..

kwn : thanks engineer cinta aku..

aku : ada2 je kau ni.. aku just cakap ape yang aku rase betol.. kalau tak.. aku rela masuk court dapat saman daripada ko.hahaha..


tak silap aku, muka budak ala korea ni.. memang iras2 kim bun..
kenal kim bun ni sape?? ala yang berlakon cerite Meteor Garden kot..
lebih famous lagi cerite Boys Over Flower


tapi comel dia,
lebih tepat lagi ala2 RyeoWook Super Junior.


sumpah aku tak tipu.. aku suke tengok muke dia..
betol2 dak korea. kalau dia pergi korea..
memang orang tak rase dia tu makhluk asing dari Malaysia larh..

aku bukan jealous, tak nak kawan aku dapat balak ensem macam ni..
kau mesti ada yang dah tengok entri aku yang lepas sal ciri2 aku nak kan??
tak tengok lagi??
nahhh..amik ni, tengok puas2



tapi aku tak nak dia pilih orang berdasarkan paras rupa..
biarlah dari hati..
aku percaya pakwe dia tu sayang giler2 kat dia kot..
biasalah tu gaduh pasal fesbuk, gambar dan macam2 lagi lah..
tak ke jealous tu maknenye sayang??

aku ingat time matrik dulu..
pakwe dia tengah busy buat preparation nak fly ke Ireland..
call, mesej si kawan aku sorang ni, langsung tak dapet..
last2 dia susah2 dari terengganu, ke Melaka sebab nak tahu ape ke hell ni..

mase tu, punyala heaven tahap chipmunk aku rase kalau ada pakwe camtu..
tapi tak semua orang yang hargai kite tunjuk care menghargai camtu kan??
yang aku lagi tak leh nak terima..
bila rase diri dah hot..
suka suki hati je nak amek yang tu jadi balak, yang tu jadi awek..
bile dah tak nak, tukar yang lain, buang yang lame..
sebab tu lah, Islam membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan..
ingat..


no touching2 taw..





Saturday, December 25, 2010

yeah!! that he is !!


Assalamualaikum wbt..


janggut yang ciput.. comel kan??


renungan mate yang ikhlas, tulus dari hati..
he is apple of my eyes!!

rambut pacak2.. cicak jatuh pun mampus wehh...grrrr

berkulit putih tetapi macho..^.^

senyuman yang agak menggoda..auww auwww..

berdada bidang, 6 packs, gagah, & most important sexy di mate aii..
he is HOT beb!!

activ sport bagai nak giler.. tapi tak lupe pada si pecinta:)


haaa..itu baru beberapa ciri2 aku letak as jejaka idaman..
macam demand je kan?? haaa..sape ada ciri2 di atas..
cepat angkat vontot..oooppss!! silap..angkat kaki cepat..
amik borang dan isi..nanti nak interbiu..
maklumlah.. aii dah makin nak meningkat usia.. kena cepat2 cari calon..nanti
dah tua bangka.. susah dah kot nak cari..tak pasal2 aii ni jadi andartu..huh! mintak simpang.


aku tahu.. demand sangat2 ni susah nak cari laki..
dan aku sedar.. aku bukan cantik pon nak cari lelaki sedemikian..
tapi korang kena percaya..Allah dah cipta jodoh kite ni pelengkap segala-galanya..
so, yang rase tak cantik tu.. dunt worry be happy.. insyaAllah kau dapat jodoh yang
encem2, smart, macho, jejaka idaman wanita larh..
yang cantik kalah model dunia tu.. kau kena redha if jodoh korang tak sehebat Robert Pattinson..
tapi aku tahu.. kalau dah cinta tu.. terima je larh pasangan kau seadanya.. tok sah nak mengeluh panjang asal hidung dia kembang macam . . . ? asal dahi dia jendul macam ikan flower hont? asal mulut dia besar macam ikan paus??


jodoh namenye okeh??
kalau dah jodoh tak ke mananya..


p/s : ekceli..aku nak orang yang ikhlas dan jujur sayang aku..
lebih2 agi nawaitu kerana Allah..
tak ke sesuatu tu kena ikhlas kerana Allah??



Friday, December 24, 2010

pandangan lelaki luas sangat kan??


Assalamualaikum wbt..


cuti2 sem ni memang agak heaven.. sebab dapat laksanakan kempen cuti2 Malaysia..
padahal satu tempat je pon pergi bercuti..
tapi satu je men'cilakak'an.. biasiswa, pinjaman habis kena rembat ngan tokei2 kedai..
lebih2 lagi kedai baju, handbag, kasut, selendang..
kalau kau nak kaye.. percayelah cakap aku..
jual or buat bisnes barang yang aku senarai di atas..


bile dah penat round2 dunia..
feel rindu gilers dengan kawan2 ni..
tok sah nak cakap lah.. kalau boleh tiap2 hari keluar..
pergi lunch same2 kat mane2 francais, then main bowling..
memang menghabiskan duit betol la.. feel cam orang kaye jatuh bankrap.
botak licin, pokai.. kalau JPA tahu duit2 dia habis sebab hamjadah ni..
mampus kena tarik balik kan? kan? kan?


time lepak kat taman dengan the gengs ni..
memang ramai otakgiler lah pasangan duk berjiwe rage..
aku nak jealous? takde maknenye.. aku pun ada sang jiwe ragelah..
malas nak tunjuk2 je.. nanti kawan2 tengok macam belangkas.. tak suke!
ada pasangan duk raba-meraba, amek pitcha dekat2 ala2 nak comolot,
ada yang duk jauh2 macam tengah setel prob, ada jugak yang duk gosok2 ape entah..
aku and da gengs ni takyah nak ghase pelik lah..
public park.. ikut sukahati lah nak jalan2 kat mane2 pun..
tak kisahlah orang tengah buat projek ke, ape ke..
pakat lalu, serang, tibai je tempat tu ..


kami lalu lah depan pasangan ni..
membelakangkan si makwe, dan mendepani si pakwe..
tengah2 si pakwe ni duk gosok2 peha makwe dia..
sempat lagi tengok2 kami sambil angkat kening..


gua bajet dia terliur dengan aksi aweks2 dress berCATwalk depan dia.
tak sexy pun. dah buat dia jadi ghairah..
kawan aku bisik2 kat telinga..
"tengok jantan tu. nak je aku tunjuk middle finger ni"..


aku memang malas layan la..
sebab dah paham sangat dengan dunia lelaki ni..
kalau dengan makwe pun, boleh lagi cuci mate, luas pandangan..
sampai nak terkeluar bijik mate..
kalau jalan dengan geng2 dorang lagi lah..
mesti duk phewitt2 segala bagai.. dem!

sape tak nak cuci mate tengok ape yang makwe dia takde kan..
konklusi pertama aku nak buat..
kami lagi hot daripada makwe dia kot..
konklusi kedua..
perempuan bukan barang..
so, lelaki jangan main2 pandang sebelah mate je..


tapi aku pasti..
tak semua lelaki camtu kan..?
naluri lelaki memang tak same ngan perempuan..
pandai2 lah bawak diri..


Thursday, December 2, 2010

lelaki memang tak faham perempuan kan?? cakap lain, faham lain


Assalamualaikum wbt..


pelengkap hidup mesti ada yang lebih dan kurangnya..
macam air teh.. kena masukkan gula baru rase manis..
tapi kalau teh cine tu tak payah la gatal2 tangan nak letak gula..
takde effect la karang korang minum..hhehehee..

ni punye hal..
mesti perempuan2 seangkatan aku agak bengang kalau lelaki2 ni susah nak paham..
kite si wanita anggun cakap a,b,c, die si lelaki kacak faham x,y,z..
kite cakap tutup aurat, die faham bogel..
aduh2 pening dengan si lelaki ni..
tapi dorang pening dengan kite jugak kan??
cakap kite ni susah nak faham lah..

meh sini wahai2 pria pujangga..
sang gadis paling sopan nak share2 sikit..*okey gediks..
kite dah nak start ni..
cepat2.. 1 2 3 --> F O K U S 100%
L O A D I N G

sulk Pictures, Images and Photos


bile perempuan cakap :
" awak dah makan ke belum?? "
maksud die :
" awak, jom kite pergi makan.. saye dah lapar tahap ghaban.. "*huhuh..melampau ke aku kan?

bile perempuan cakap :
" cantiknye baju2 & seluar kat kedai ni.."
maksud die :
" awak, belikan saya baju & seluar kat kedai ni.. please2.. "

bile perempuan cakap :
" untuk kebahagiaan awak, saya sanggup berkorban. "
maksud die :
" tak mungkin sye ketepikan perasaan saya semata-mata untuk kebahagiaan orang lain "

bile perempuan cakap :
" Saya rase, antara kite berkawan lebih baik daripada bercinta.. "
maksud die :
" awak bukan pilihan tepat untuk saya, lagipun saya tak suke awak! "*hahahahha..kejam..

bile perempuan cakap :
" saya tak ade masalah kalau awak still contact ngan makwe awak. "
maksud die :
" sye tak setuju langsung awak contact ex awak. kalau camtu.. awak boleh, saya pun boleh!! "

bile perempuan cakap :
" sye boleh balik sendiri, awak tak perlu susah2 hantar sye.. "
maksud die :
" lagi best kalau awak hantar sye, tak lah sye susah2 naik public vehicles..grrr "..

bile perempuan cakap :
" saya ke, ex awak yang cantik?? "
maksud die :
" kalau awak puji ex awak, memang cari nahas la lu!! "

bile perempuan cakap :
" tolong jujur dengan sye.. "
maksud die :
" kalau something tu melukakan hati saye.. tolonglah jangan mengaku dan buat2 lah saya percaye "

bile perempuan cakap :
" sye suka style awak dan best giler keluar dengan awak.. "
maksud die :
" saya dah fall in love dengan awak ni.. tak tahu lagi ke?? "

bile perempuan cakap :
" sye rase, mesti awak pun perlukan mase dan ruang untuk bersame teman2 kan? "
maksud die :
" borink kot asyik keluar dengan awak.. maybe awak patut keluar dengan teman2 jugak kot "


huh!!penat. yang tu je ada dalam kepala otak aku sekarang ni..
maybe ada yang agak melampau.. sebab aku memang cinta hyperbola2 nih..grrrr..
so, gegirl yang bace ni.. tolong buat correction..
yelaa aku bukan expert sangat hal2 dengan lelaki.. tak khatam lagi kot.heheeh..
then satu hal lagi.. pesanan daripada penaja..
kalau lelaki boleh buat, perempuan 1001 lagi boleh buat..
so, jangan main2 sebelah mate je tengok perempuan taw!!!


*sayangx2..aku dedicate kat korang..


wahai lelaki2..
yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..
kadang2 buah akal aku bukan boleh pakai sangat..hehehehe*hell!!


Thursday, October 21, 2010

ketuk2 pun**ung! !


Haiyp...



first time kot aku duk 'haiyp2' ngan korang nih..al-maklumla..aku bukannya blogger yang mesra alam sikit..orang sebut "cheeeeeeseeeee"..aku sebut "taugehhhhhhhhhhh"...orang senyum..aku mengilai..memang aku ni dilahirkan pelik gamaknye.. tak pe la..as long as..aku rase bahagia..hahahaa..peduli apa orang kate right??


tadi dekat maghrib aku keluar rumah.. bukan aku suka sangat keluar senja2 ogeyh? tapi terpaksa la..beli barang sikit.. sementara duk tunggu adik aku masuk toilet kat shopping complex tu.. macam biasala.. aku duk usha tengok ragam2 manusia.. lebih2 agi fi'il2 mamat2 encem yang lalu depan2 aku tuh.. mak aiii.. tak tahu pulak aku ramai kat dunia ni kumbang encem2..muahahaah..
rase nak twiitt2 je kat mamat tu.. tapi sabar je la.. " ingatlah orang tersayang "..*sengal..



aku tengok la jugak pasangan2 romance-tick yang duk lalu depan aku nih..macam nak wat aku jealous je kot lalu depan2..rase nak lempang je minah2 dan mamat2 ni..tahu la aku tak de coupla nak jalan2 macam korang.. at least, ada jugak adik kesayangan nak temankan. bila adik aku dah chumil2 keluar dari toilet tu..kami teruskan perjalanan..
mak aii..



" ensem bangat ceyh mamat depan aku nih. macam Ki Bum.. eh..tak2.. cam Ryeowook lam group Super Junior tu pun ada.."


" ek eh.. macam Shah Rukh la kak long wyh.."..


ohhh..maaf la yewp.. adik aku memang tak sekepala dengan aku.. mungkinkah dia yang spesies manusia lagi pelik? aku tak kan senang2 kot compare manusia depan mate ngan mamat2 korea.. susah nak jumpa!! yang ada pun sorang je lam hidup aku ni. huhuhuuhkk3... muka tegang mengalahkan orang cucuk botox.. sebelah dia ada sorang minah.. kurang sesuai la kot. sedap2 je aku mengomen.. tapi biasala tuh.. pepatah ada mengatakan..

" orang cantik untuk orang yang kurang encem dan begitulah sebaliknya"..



baru lengkap hidup kan? kan?kan?? hahaaha.. dan instinct aku kuat mengatakan mereka tu budak2 sekolah je pown.. nak tahu kenapa?? si lelaki tu pakai kasut sekolah lagi kot.. mane tak gelaknya aku.. tengah2 khusyuk tengok mamak ni.. aduyai.. boleh dye buat gangguan seksual aka sexual abuse depan aku.. aku dah la pantang tangok orang sebegini. ghase nak sparing jep cukup2.. dia pergi pegang punggung perempuan tu sehabis-habis nafsu dia.. memang sedap kot.. fikiran aku mula jem.. nak je aku capai roti2 High5 tepi aku salut2 jem tu. takut2 menda lain pulak dia nak pegang kan? lebih2 agi tengah hot..


" haa tu.. nasi lemak 50 sen "..


arghhh..gampang! sampai je kat selekoh.. corner shopping complex tu.. that guy nak ajak perempuan tu amek side corner sekali la kot.. dia ketuk2nye punggung perempuan tu.. macam tak ada cara lain nak ajak.. sekurang-kurangnya.. habis 'sopan' la .. tarik la tangan ke.. aku dah tak tahu nak fikir pe.. lam hati aku.. " syiall!! astaghfirullah.. shiall.. astaghfirullah ".. yang tu je la duk main dari pertama kali aku tengok.. macam mudah je kan? ni baru budak sekolah.. aku fikir.. kalau makin lama diorang.. ape lagi la perkara advance yang diorang buat.. tapi syiookk je kot tengok.. siap ramas2, gesel2.. geli aii mak nyah!!!


14 Things Girls Want Pictures, Images and Photos

* yang penting, ada kena mengena ke??



aku rase malu ngan adik aku tuh.. dia baru 15 tahun kot.. macam mane kalau dia di tempat perempuan tu?? mintak simpang. jauh2.. i tak rela adik i dilihat selekeh sebegitu..

nvm, aku just nak wish tahniah kat dat guy jep. nak je aku kasi bunga sejambak 36 kuntum tu.. eh.. nak ke dia?? blurrpp..!!



yang terdetik.. asal la tak habis2 cerita pasal punggung depan aku neyh!!!

jom2..pakat tengok cerita ' cuti cuti CINTA"..
part paling besh aku tangok iklan tu..





" tuu ape tu?? ..nasi lemak 50 sen "..




bangang laaa..malu i nyah!




Friday, October 15, 2010

ada apa dengan LELAKI???



ADA APA DENGAN LELAKI?



ADA APA DENGAN LELAKI?



ADA APA DENGAN LELAKI?






Cute Boy Pictures, Images and Photos


bila dilahirkannya ke dunia..
dibalas bagaikan tidak beribu..


bila dihargai dirinya..
dilupai segala keistimewaannya..


bila dicintainya..
dipermainkan bagaikan hati itu sudah kering..


bila diajarnya perkara positif
diamalkannya segala negatif..


bila diangkat martabatnya seperti khalifah..
disalahgunakan peluang itu untuk keburukkan..


bila ditatang bagai minyak yang penuh..
dibiarkannya kejuruteraan bendalir itu mengalir melimpahi sungai...



macam mana pun rupa..
fi'il lelaki itu..
tetap kita hormat kan??
umpama dia lah lelaki terbaik dalam hidup kita..
umpama dia lah satu-satunya yang dapat bahagiakan kita..
umpama dia lah paling disegani..
umpama dia lah paling handsome..
umpama dia lah paling gagah..
umpama dia lah yang perlu dijaga..



Aku amat sedih bila dunia gempaq dengan berita transeksual..
pandangan hina tidak ak endahkan..
golongan mak nyah umpanya sering berlegar di sekitar Chow Kit dan Jalan Haji Taib..
malu? sedih? bangga?
susah untuk berteka-teki apekah perasaan sebenar mereka..
yang aku tahu..
pasti mereka juga berperasaan seperti lelaki2 normal..
yang mahukan kasih sayang serta belaian daripada seorang teman..


di fikiran dari pandangan perspektif aku berlegar-legar satu persoalan..
Mengapa kejadian Tuhan yang cukup sempurna itu mahu diubahkan?
tidak bersyukur kah lelaki sedemikian?
masakan lelaki yang cukup sifatnya dari luar..
masih ada juga yang melakukan perkara di luar tabi'ie..
masih ada lagi yang tidak segan mecintai kaum sejenis..
dapat kah golongan2 ini bertahan lama?
sampai bila perlu mereka kekalkan gubahan plastik itu??


" Aku nak cari kerja, tapi ada ke orang nak ambil aku kerja dengan keadaan fizikal aku sebegini??"..

keluhan seorang mak nyah setiap kali ingin mencari pekerjaan untuk menampung rezeki yang yang continuosly untuk diri..
Beranggapan masyarakat menyisihkan mereka..
sekaligus mendorong golongan ini juga untuk menyisihkan diri tanpa mereka sendiri sedari..
ada juga yang tidak gentar dan berani mengaku bahawa mereka memang dilahirkan sebagai transeksual..
Allah hanya jadikan manusia dua jantina untuk saling melengkapi..



Pelbagai faktor yang mendorong mereka jadi sedemikian..
kenapakah??


kita sebagai masyarakat yang prihatin..
bantulah mereka ..
jangan biarkan mereka terlanjur membawa diri ke jalan
syaitan dan iblis..
yang pekerjaannya tidak pernah lari daripada menyesatkan dan membawa manusia ke jalan yang salah...


kita tahu apa yang terbaik untuk mereka..
mereka juga tahu apa yang terbaik untuk mereka sendiri...




" men should proud for what he had..
just take the opportunity, not waste your entity "