Pages

Showing posts with label dunia ini hny smntara. Show all posts
Showing posts with label dunia ini hny smntara. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

ketuk2 pun**ung! !


Haiyp...



first time kot aku duk 'haiyp2' ngan korang nih..al-maklumla..aku bukannya blogger yang mesra alam sikit..orang sebut "cheeeeeeseeeee"..aku sebut "taugehhhhhhhhhhh"...orang senyum..aku mengilai..memang aku ni dilahirkan pelik gamaknye.. tak pe la..as long as..aku rase bahagia..hahahaa..peduli apa orang kate right??


tadi dekat maghrib aku keluar rumah.. bukan aku suka sangat keluar senja2 ogeyh? tapi terpaksa la..beli barang sikit.. sementara duk tunggu adik aku masuk toilet kat shopping complex tu.. macam biasala.. aku duk usha tengok ragam2 manusia.. lebih2 agi fi'il2 mamat2 encem yang lalu depan2 aku tuh.. mak aiii.. tak tahu pulak aku ramai kat dunia ni kumbang encem2..muahahaah..
rase nak twiitt2 je kat mamat tu.. tapi sabar je la.. " ingatlah orang tersayang "..*sengal..



aku tengok la jugak pasangan2 romance-tick yang duk lalu depan aku nih..macam nak wat aku jealous je kot lalu depan2..rase nak lempang je minah2 dan mamat2 ni..tahu la aku tak de coupla nak jalan2 macam korang.. at least, ada jugak adik kesayangan nak temankan. bila adik aku dah chumil2 keluar dari toilet tu..kami teruskan perjalanan..
mak aii..



" ensem bangat ceyh mamat depan aku nih. macam Ki Bum.. eh..tak2.. cam Ryeowook lam group Super Junior tu pun ada.."


" ek eh.. macam Shah Rukh la kak long wyh.."..


ohhh..maaf la yewp.. adik aku memang tak sekepala dengan aku.. mungkinkah dia yang spesies manusia lagi pelik? aku tak kan senang2 kot compare manusia depan mate ngan mamat2 korea.. susah nak jumpa!! yang ada pun sorang je lam hidup aku ni. huhuhuuhkk3... muka tegang mengalahkan orang cucuk botox.. sebelah dia ada sorang minah.. kurang sesuai la kot. sedap2 je aku mengomen.. tapi biasala tuh.. pepatah ada mengatakan..

" orang cantik untuk orang yang kurang encem dan begitulah sebaliknya"..



baru lengkap hidup kan? kan?kan?? hahaaha.. dan instinct aku kuat mengatakan mereka tu budak2 sekolah je pown.. nak tahu kenapa?? si lelaki tu pakai kasut sekolah lagi kot.. mane tak gelaknya aku.. tengah2 khusyuk tengok mamak ni.. aduyai.. boleh dye buat gangguan seksual aka sexual abuse depan aku.. aku dah la pantang tangok orang sebegini. ghase nak sparing jep cukup2.. dia pergi pegang punggung perempuan tu sehabis-habis nafsu dia.. memang sedap kot.. fikiran aku mula jem.. nak je aku capai roti2 High5 tepi aku salut2 jem tu. takut2 menda lain pulak dia nak pegang kan? lebih2 agi tengah hot..


" haa tu.. nasi lemak 50 sen "..


arghhh..gampang! sampai je kat selekoh.. corner shopping complex tu.. that guy nak ajak perempuan tu amek side corner sekali la kot.. dia ketuk2nye punggung perempuan tu.. macam tak ada cara lain nak ajak.. sekurang-kurangnya.. habis 'sopan' la .. tarik la tangan ke.. aku dah tak tahu nak fikir pe.. lam hati aku.. " syiall!! astaghfirullah.. shiall.. astaghfirullah ".. yang tu je la duk main dari pertama kali aku tengok.. macam mudah je kan? ni baru budak sekolah.. aku fikir.. kalau makin lama diorang.. ape lagi la perkara advance yang diorang buat.. tapi syiookk je kot tengok.. siap ramas2, gesel2.. geli aii mak nyah!!!


14 Things Girls Want Pictures, Images and Photos

* yang penting, ada kena mengena ke??



aku rase malu ngan adik aku tuh.. dia baru 15 tahun kot.. macam mane kalau dia di tempat perempuan tu?? mintak simpang. jauh2.. i tak rela adik i dilihat selekeh sebegitu..

nvm, aku just nak wish tahniah kat dat guy jep. nak je aku kasi bunga sejambak 36 kuntum tu.. eh.. nak ke dia?? blurrpp..!!



yang terdetik.. asal la tak habis2 cerita pasal punggung depan aku neyh!!!

jom2..pakat tengok cerita ' cuti cuti CINTA"..
part paling besh aku tangok iklan tu..





" tuu ape tu?? ..nasi lemak 50 sen "..




bangang laaa..malu i nyah!




Friday, October 15, 2010

ada apa dengan LELAKI???



ADA APA DENGAN LELAKI?



ADA APA DENGAN LELAKI?



ADA APA DENGAN LELAKI?






Cute Boy Pictures, Images and Photos


bila dilahirkannya ke dunia..
dibalas bagaikan tidak beribu..


bila dihargai dirinya..
dilupai segala keistimewaannya..


bila dicintainya..
dipermainkan bagaikan hati itu sudah kering..


bila diajarnya perkara positif
diamalkannya segala negatif..


bila diangkat martabatnya seperti khalifah..
disalahgunakan peluang itu untuk keburukkan..


bila ditatang bagai minyak yang penuh..
dibiarkannya kejuruteraan bendalir itu mengalir melimpahi sungai...



macam mana pun rupa..
fi'il lelaki itu..
tetap kita hormat kan??
umpama dia lah lelaki terbaik dalam hidup kita..
umpama dia lah satu-satunya yang dapat bahagiakan kita..
umpama dia lah paling disegani..
umpama dia lah paling handsome..
umpama dia lah paling gagah..
umpama dia lah yang perlu dijaga..



Aku amat sedih bila dunia gempaq dengan berita transeksual..
pandangan hina tidak ak endahkan..
golongan mak nyah umpanya sering berlegar di sekitar Chow Kit dan Jalan Haji Taib..
malu? sedih? bangga?
susah untuk berteka-teki apekah perasaan sebenar mereka..
yang aku tahu..
pasti mereka juga berperasaan seperti lelaki2 normal..
yang mahukan kasih sayang serta belaian daripada seorang teman..


di fikiran dari pandangan perspektif aku berlegar-legar satu persoalan..
Mengapa kejadian Tuhan yang cukup sempurna itu mahu diubahkan?
tidak bersyukur kah lelaki sedemikian?
masakan lelaki yang cukup sifatnya dari luar..
masih ada juga yang melakukan perkara di luar tabi'ie..
masih ada lagi yang tidak segan mecintai kaum sejenis..
dapat kah golongan2 ini bertahan lama?
sampai bila perlu mereka kekalkan gubahan plastik itu??


" Aku nak cari kerja, tapi ada ke orang nak ambil aku kerja dengan keadaan fizikal aku sebegini??"..

keluhan seorang mak nyah setiap kali ingin mencari pekerjaan untuk menampung rezeki yang yang continuosly untuk diri..
Beranggapan masyarakat menyisihkan mereka..
sekaligus mendorong golongan ini juga untuk menyisihkan diri tanpa mereka sendiri sedari..
ada juga yang tidak gentar dan berani mengaku bahawa mereka memang dilahirkan sebagai transeksual..
Allah hanya jadikan manusia dua jantina untuk saling melengkapi..



Pelbagai faktor yang mendorong mereka jadi sedemikian..
kenapakah??


kita sebagai masyarakat yang prihatin..
bantulah mereka ..
jangan biarkan mereka terlanjur membawa diri ke jalan
syaitan dan iblis..
yang pekerjaannya tidak pernah lari daripada menyesatkan dan membawa manusia ke jalan yang salah...


kita tahu apa yang terbaik untuk mereka..
mereka juga tahu apa yang terbaik untuk mereka sendiri...




" men should proud for what he had..
just take the opportunity, not waste your entity "

Tuesday, October 5, 2010

pakai tudung saji pun gerenti beres..

Salam...


hening malam menyuburi kamar..
letih, penat lelah digandakan dengan kejutan..
bahawa esok kuiz calculus..
aku redha, pasrah..
bukan sebab mentaliti aku cukup tajam..
tetapi hanya skill, plus formula yang aku perlu kisar..
pahat dalam2 kat otak ni..
biar tak terlog time nak guna nanti..

bab kate lecture Organic Chemistry aku..
kalau dah exam oriented student..
memang rasa cemas sebab tak cukup bersedia..
tapi aku lain dari yang lain..
cukup yakin pun..
hasilnye tetap hampeh...


tengah2 duk jalan tadi..
aku terjumpa dua orang minah ronggeng ni..
aku selalu jugak perasan akan kehadirannya di kampus ni..
asal pergi kelas je muka diorang...
sekejap pakai selendang, sekejap tak..
cantik, gebu..tak hairan jika mereka idaman kalbu..
suka tengok diorang pakai tudung..
menampakkan ciri2 muslimah sejati..
orang kate,,..
kalau perempuan cantik2 ni..
lagi cantik bila tutup aurat..tutup segala cleavage yang nampak terang2 situ sini..
kena mahal dengan lelaki..
diorang tahu puaskan hati je..
bagi diorang..
REJEKI'...(bahasa Indon)..
so, aku tak hairan dengan kelemahan yang lelaki ada itu..

girl Pictures, Images and Photos
*pantang posing camni sikit..mesti dah cair..

aku lagi tak hairan bila dua minah ni yang sekejap litup, tak litup duk lepak2 ngan jantan2 maskulin.. macho.. bravo.. tough macam Dense:)..
nama pun lelaki..
kalau tak cukup kuat iman..
gasak2 dah cair..
mudah sangat..
aku tak buat eksperimen lagi pasal ni..
tapi observation dah cukup kukuhkan assumption aku..


aku kasihan tengok minah2 tu..
tak tahulah kot2 mereka suka..
sampai masuk mimpi basah..muahahaha
imagine secara advance sikit yup pada insan2 berfikiran suci macam aku..
lelaki yang duk lepak ngan diorang lebih kurang 5 orang..
touch2 diorang ikut suka hati makbapaktiri...
minah2 tu tunjukkan muka tak suka dan halang..
tapi jantan2 itu suka2 tanda menang..


aku tak suka tengok situasi itu..
lain la pasangan couple yang duk bertepuk tampar tu..
maybe boleh accept lagi kot..
even tu pun dosa besar, zina, maksiat setebal langit ketujuh..
aku tak boleh bila ada yang menunjukkan wajah kemenangan
kerana puas hati dapat menakluk perempuan itu..

aku nak pesan kepada minah2 tu jugak..
tak payahlah pakai macam2 fesyen sangat selendang tu..
kalau tempatnya bukan kat atas kepala..
baik pakai tudung saji ogeyh??
ada cun jugak..


kami bukan insan lemah..
cukup kami ditindas..
usah kamu lupa akan 'wanita mampu menakluk dunia"..
hormati lah wanita dunia ni..

Saturday, October 2, 2010

lucah vs porno

selamat~


tengok tajuk entri pun tak sedap bunyinya..
so, aku rasa..
lagi indah bahasa aku dimulakan dengan selamat sahaja..
dua hari tak berblog..
rasa sangat habuk setebal plat logam yang deposited dengan logam yang lebih aktif..
ala2 process electrochemistry gitu..


aku bukannya nak bercakap tentang keaiban terang2 seseorang...
bukannya sepakar telordibasuh yang lali dengan entri keaiban dunia..
bukannya sesopan terbang tinggi tinggi berbicara tentang kelucahan..
bukannya sekarisma borak kosong bermanis madah tentang porn ngeporn..
tetapi mereka tahu menepis segala sumpah seranah dunia..
ibarat dunia blog juga tempat mereka tumpahkan segala hakikat yang tak dapat
disangkal..
mereka lelaki..
itu keistimewaan mereka bergelar lelaki di dunia ini..
normal jika lelaki open berbicara tentang itu..
akan itu juga.. ada batasnya..


jejaka ini suka amik pitcha lam toilet..
takut jugak aku dia ni dijadikan bahan porno..*ngeks


seriusly aku tak suka bercakap tentang sesuatu yang berkaitan dengan
bahasa lucah ini..
even seseorang yang melatah tanpa disengajakan pun aku haram nak dekat..
bagi aku..
itu boleh diubah..
sebab melatah ni..terjadi bila seseorang itu selalu fikir dan sebut bout something tu..
lebih2 lagi orang tua..
jika ada je yang melatah menda2 karut camtu..
aku tak suka..
mereka perlu dijadikan contoh..bukan tatapan umum yang gedik buat2 suka tengok kelincahan mereka melucah sana sini..
pernah sekali...time kenduri kahwin saudara aku..
hari baik bulan baik..
boleh pulak orang tua ni duk melatah macam2 depan pelamin pengantin..
dah la banyak bahasa2 porn..
panjang pulak tu..
anak dara seperti aku pulak yang malu dengan jejaka2 encem sekeliling..
hahaha*galoks..


paling2 aku geli gelemat tahi ayam bila
lelaki atau perempuan yang nak sumpah seranah sebut alat kelamin sendiri..
agak2 la..
tak ada perkataan lain ke korang nak guna??
tolong jangan lakukan gangguan seksual depan aku..
wajib aku benci..
dendam dalam2 hati macam kena hiris pisau..
sampai vernier calliper pun tak boleh nak ukur..
banyak mana lagi space untuk aku buat baik dengan orang sebegitu..
tapi itu hanya sementara..
jangan risau..*tetap aku benci..


kenapa tetiba aku nak beremo sebab ni??
memang ada sebabnya..
kalau tak aku tak begini pagi2 indah ni..

alkisahnya..

di kampus aku ni..
sedang berlangsungnya fiesta..
satu minggu..
kami perlu kumpul merit untuk dapatkan merit sebenar..
macam2 aktiviti diadakan...
forum perdana, ceramah, debat, pasar minngu, pc fair & macam2 lagi lah..
sewaktu aku sibuk nak isi perut..
singgahlah kaki aku ni kat gerai CHESS yang menawarkan..
pelbagai jenis burger..
aku tak mahu terkecuali menguntungkan diorang..
aku mahu tolong saidara sendiri..
so, aku beli..


sedang penat2 main ngan asap bakar daging burger tu..
aku dikelilingi lelaki,,
slumber2 duk kutuk orang keluarkan bahasa lucah..tak jurang juga..
porno..
malu la aku...
"fuck"!
'cibai la jantan tu".
'pantat lawa..tengok2 jantan!"..

tu lah kate2 yang ada ku dengar..
tak nak amek kisah..
tapi aku benci..
buat telinga aku terngiang-ngiang menda alah tu..
nak kutuk kaum sespecies pun..
lantaklah..
dia nak tukar jantina ke, ape ke..
itu hal dia ngan Allah..
tak perlu korang nak penuhkan masa yang senteng tu..
ngan bercakap perkara2 keji..
sumpah aku tak suka..





p/s : jauhkan gangguan seksual terhadap wanita seperti aku..




status : fikiran suci:)

Friday, September 24, 2010

percaya itu ada...

Assalamualaikum wbt..


rembulan persis menunjukkan rasa bahagia..
memang tidak boleh dijangka senang2 ..
apa kata hati MALAYA??


semakin hari, semakin hidup si gadis rundum..
hampir tersungkur..
akibat pertarungan serta persaingan sihat dalam janaan minda..
susah untuk si gadis target..
berapa keuntungan yang mampu dicapai untuk semester ni..


si gadis pernah pasrah akan itu..
hanya berserah pada Maha Kuasa..
tapi sampai bila?
sampai bila harus hidup si gadis ini perlu berserah...
dalam diri si gadis..
dia percaya..
bahawa jika ada usaha yang tidak putus-putus..
dia masih dapat berikan yang terbaik untuk dirinya..


tinggal beberapa minggu lagi perhitungan jumlah usaha perlu didouble, triplekan..
teringat akan nenda di kampung..
hanya beliau paling tua dalam hidup si gadis..
yang dia hormati..amat jua dia sayangi..
nenda tersayang mahu sangat2 si gadis pegang ijazah sebagai guru..
paling tidak pun..
asalkan dalam profesian pendidikan..
akan tetapi jiwa kental si gadis yang tidak mudah mengalah..
dan memilih laluan yang lebih banyak dugaan...
akhirnya...dia memilih untuk berada dalam jurusan kejuruteraan kimia..


sungguh mendalam minat itu..
sampaikan..
pernah satu ketika..
temannya menyatakan bahawa kimia mem'borinkkan'.
si gadis amat bengang dan mengambil keputusan untuk tidak lagi
berada pada kondisi yang amat baik kepada temannya itu..

lupekan..itu kisah lama..
tidak mungkin si gadis mahu pahatkan lama2 perkara
yang memahitkan dalam hidupnya..
menghempedukan sejenis madu yang banyak khasiatnya..


hari ini..
si gadis percaya...
selagi masih ada kekuatan dalam jiwa..
tidak longgar skru yang dipasang oleh tangan yang diibaratkan seperti..
screw driver..
tidak patah ibarat kayu yang digergaji dengan gergaji..
tidak hancur ibarat logam yang dicanai..
dia masih boleh teruskan hidup..

biar tanpa teman di sisi..
biar tanpa kenangan terindah..
biar tanpa belaian sang kekasih..
biar tanpa suara berharap..
biar tanpa janji manis..
biar tanpa khabar berita..


si gadis tahu..
akan jalan hitam putih yang perlu dipilihnya...
bukan satu simpang..
bukan dua ..
tetapi sehingga enam puluh enam simpang..


dia masih berpijak pada bumi yang nyata..









nota kaki :
tak semua yang diimpikan indah belaka..
nama pun hidup ini ibarat roda..
kadang kala di atas, kadang kala di bawah...
perlu berusaha, tawakal dan redha dengan segala ketentuannya..

inshaAllah..



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah 2x
Insya Allah we`ll find the way

Wednesday, September 22, 2010

melepaskan ke, merelakan??

Salam...


mungkin ada cara lainkah untuk merawat sekeping hati yang sudah rapuh..?
ibarat bunga sakura yang sudah kering di sebatang pohon yang rendang..
bertaburan di tanah matahari terbit..


hati kering...
mungkin itu tanggapan untuk orang yang tidak mempunyai perasaan..
yang sudah hilang keberanian untuk mempertaruhkan hati lagi..
tetapi untuk apakah terciptanya hati ini??
memang nawaitu itu datang daripada hati yang suci..
untuk mencintai Allah??
insyaAllah tidak ku lupuskan dari akal fikiran yang dicipta oleh Allah All Mighty..


coffee art heart swirls Pictures, Images and Photos


aku terfikir sejenak...
perlukah sebuah perhubungan yang kekal lame tanpa ikatan yang sah?
sampai bila perlu hati menjadi hak milik makhluk lain?
sedangkan hati yang dicipta untuk kite sendiri pun, belum tentu kite dapat
penuhi dengan sepenuh ganjaran yang dijanjikan olehNya..


aku merelakan diri kali ini untuk melepaskan ape yang kabur menjadi tempat letaknya aku..
blur..tak ada direction..mahupun displacement..memerlukan velocity high speed untuk membahagiakan hati ibarat di'asid'kan dengan hydrochloric acid..
owhhh..panahan kecai dari asid yang amat kuat..
agar dapat meneutralkan kembali kebebasan yang aku ada dahulu kala..


memang susah untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang..
yang kita jaga dengan lame..
yang terus-terusan menjadi milik kite..
tapi untuk ape setia pada sesuatu yang kite tidak pasti..?
hanya Allah yang tahu segala-segalanya..
aku hanya menunggu detik berputarnya masa itu..
masa yang benar buat hormon aku benar2 pada stability yang tak boleh digoncang..


kadang-kadang untuk melepaskan tidak mudah jugak kan?
if tak ada kekuatan dalam diri ni..
aissshh..susah jugak ni...
aleh2..suruh mama je cari satu..
senang..confirm2 dapat restu ah tu..
tak perlu hentamkeromo main planning nak kahwin siam tuh..


mak aii.....jauhnye fikiran aku melayan...
umur baru setahun jagung..dah fikir nak kahwin..
dah2..aku cukup melalut ngan entry ni..
tapi kalau korang baca betol2..
ada makne tersurat jugak..







p/s : jangan kasi komen power sampai hati aku tambah asid lagi sudah yup:(

Tuesday, August 31, 2010

duniawi sudah.ukhrawi bila??

Assalamualaikum wbt..


31 ogos!

PEACE no WAR!

Alhamdulillah..
tadah dua tangan melangit ke hadrat Allah SWT..
atas kurniaan rahmat keamanannya pada kite kan?? kan??
hangguk sekarang!!nyum nyum..

tahun ini..
tak silap aku..
tahun ke-2/ ke-3 kite menyambut Kemerdekaan pada bulan Ramadhan..

jika dulu2..
lebih2 lagi yang berkumpul kat Dataran Merdeka..
terkinja-kinja bagai manusia mabuk..
pakaian si anak gadis atas pusat..
singkat! bagai tak cukup kain..
sang lelaki pula dengan barang2 kemasnya..
jaguh menyentuh si wanita sesuka hati tempatnya di tubuh gersang itu..
kini aku tidak lagi amek peduli akan ape terjadi di luar sane..
untuk menyambut Kemerdekaan..

beginikah rupa anak merdeka?

banggakah kita menjadi sebegitu rupa?

banggakah kita melihat ini?



bagi anak2 muda yang seusia aku..
belum matang berfikir..
yang tidak menggunakan asas ilmu agama sebaik-baiknya..
Kemerdekaan seumpama meMERDEKAkan satu tubuh badan!
Nauzubillah..aku mintak sangat2 jauh..

aku hanya hamba Allah..
yang masih ketandusan ilmu agama sesempurnanya..
sesungguhnya aku masih mencari & mencuba
upload iman banyak2 dalam diri..
moge sejuk kandungan mama aku ngandungkan aku 19 tahun dulu..
insyaAllah..

aku juga tidak mahu anak2 yang bakal berada dalam dakapan aku..
mengikut-ngikut budaya negatif kini..
malah aku percaya+yakin bahawa dunia pada millenium yang plantinum masa hadapan..
anak-anak muda jika tidak berubah+ dibimbing sebaik-baiknya..
saling tak tumpah seperti kehidupan manusia2 di negara Barat..
Ya Allah..itu juga aku mintak jauh..

sama2 lah kite panjatkan doa..
moga..
dunia kini dan masa depan tidak seperti zaman Jahiliah.
sesungguhnya aku malu!
MALU melihat anak muda seusia dan lebih muda, juga lebih tua daripada aku..
seperti tidak cukup perhatian daripada orang tua mereka..
clubbing situ sini..
arak merata-rata..
seks mana-mana..

kita ada maruah..



pertahankan!



bdw,

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE-53!



" sesungguhnya Syaitan itu musuh kamu..Jadi..jadikanlah mereka benar2 musuh kamu!! "

Thursday, August 12, 2010

ujian DUNIA..

Assalamualaikum wbt..

korang tahu kan ape hukumnye zina bagi penzina2 dunia ni kan..
ye la dunia..
takkan akhirat nanti..
tengah2 ka padang Mahsyar ..
time perhitungan hisab tu..
sempat lagi mereka2 nak berzina..aiigooo!

yeah! aku tangah marah ni..
korang nak tangok muke marah aku cam ner??
ada lah rupe cam ni..:)

*amat burukkan??so, xmo marah2..*


pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ni..
ape kate kte same2 membuat anjakkan paradigma..
cube membuat perhitungan..
motivate diri sendiri tentang dose yang dilakukan pada mase2 lampau..

YA ALLAH! terlalu banyak..
sampai korang pernah terfikir tak??
boleh ke bulan Ramadhan ni kte amek kesempatan..
untuk hapuskan segale kesalahan kte???

so, jemput2 lah upgrade iman..
setting nawaitu wat2 baik betul2 high speed..
clean enjin hati ngan download banyak2 sabar..
install software TAUBAT.exe..
search enjin PAHALA juta2..


masakan sebagai umat Islam kamuorang tak tahu zuna tu perkare baik or buruk..
paling aku sedih..
bile orang tue mereka2 yang bersalah..
turut berprovokasi.. tidak tahu mengatakan TIDAK pada anaknye..
siap kasi green lite kat anak wat zina.
WHATTHEHELLnyah! menyampah!!!
huh!! kurang pahala puasa aku.
ni kes bace akhbar pagi2 la ni..
try klik ni (engine buruk! ).

amat memalukan..
dah la kerja2 sebegini rupa banyak dilakukan oleh umat Islam..
bangsa Melayu..
umat akhir zaman..
KIAMAT sudah dekat la weh..
aku malu ngan kamuorang yang terlibat..

dan sebagai orang tue..
hanya kte diharapkan dapat prevent anak2 daripada melakukan perkara yang ditegah dalam Islam..
key la..aku malas nak bebel panjan2..
aku pun bukannye arif sangat tentang Islam..
tapi insan yang baru berumur 19tahun seperti aku..
tetap tahu yang mane halal, haramnye sesuatu itu..

p/s : bulan Ramadhan ni la nak top up pahala banyak2..jom tarawikh!!hehehe

Tuesday, August 10, 2010

detik-detik terakhir ber'HEAVEN'..

Assalamualaikum wbt..



di kesempatan ini..aku ingin mengucapkan. . . .

Selamat tinggal Sya'ban..

dan aku pasti..
bagi yang beragama Islam..
muslim, muslimat sekalian tentu tak sabar2 menunggu ketibaan Ramadhan..


mane tak nye kan???
lepas Ramadhan ..Syawal..
korang memang tunggu nak raye je kan? kan ? kan?
baik korang hangguk..lau tak..ada je merah2 body glove kat muke korang..mahahah..
yeah! hari kemenangan umat Islam..
Raye.Raye..semua baru..!!!
suke suke suke!!

ignore ignore ignore
bukan sebab raye yang aku nak bebel untuk entri kali ni..
aku bukan cam dailamidaniel..
semangat nak raye. huh!!
bulan Ramadhan WAJIB didahulukan noktah
*hahaha..gelak sakan.jgn marah ye der..



minggu ni..mood puasa amat dirasai oleh girls generation da CHEMIST..ngah5..*sengal..
kami planing awal2 lagi nak puaskan nafsu makan pe..
baru2 nie..seperti yang tercatat pada entry yang lepas..PIZZA HUT telah dibom..
dan ditabur wang berjuta-juta demi perut kami...secret recipe, donashi.huuuu...bahagie ceyh..
memang lazat!!! berkrim disukai ramai.guguguuu..

semalam lak..nasib ada guy classmate aku realisasikan kempunan kami nak makan KFC..
auwwwwmm..yumm yummy.. sehingga menjilat jari kami menikmati Dinner plate, cheesy wedges, kentang putar pada pukul 11 malam..hek5..



imagine la..



selama hidup sebulan di kampus.. kami xpernah melahap jam 8 malam ke atas ngan kolestrol, karbohidrat segala bagai..
pandanglah lihatlah wahai dunia..
kami broke da rules!!!!!
yeah! dinner pada lewat malam..
name pun dinner kan..
actually, aku jealous ngan dailamidaniel dapat makan KFC 4 hari berturut-turut. OMG!!
jangan xmuat baju raye tahun ni sudah..hahaha..

Malam ni tarawikh!!!
insya Allah..dengan khudrat & kegagahan yang aku ada..
niat aku setiap tahun pada bulan Ramadhan adalah melaksanakan tarawikh sepanjang bulan Ramadhan..
Lau tahun lepas aku tergelincir 2 hari tarawikh sebab busy ngan assignment dan terpaksa sembahyang sunat sendirik.. kali ni aku tekad nak full tarawikh ngan imam masjid..xmo bakal imam mude..ngeh5,,

meh pakat ramai2 tadah tangan.

cepat2..


'Ya Allah.. berikan kami kekuatan agar kami dapat menahan nafsu kami daripada melakukan perkara2 mungkar..dan berikan kami ketabahan agar dapat melaksanakan bulan Ramadhan ini dengan sempurnanya..moge kami bertemu dengan Malam Lailatul Qadar ..'.amin..



mekasih korang:)..



cam ner preparation korang for Ramadhan??
hope korang semangat cam aku..
hahha..semangat la sangat..



LBNL..tak de nye k.balqis lam group girls ni..so, budak2 ni.
dah bising nak bukak pose ramai2 kat umah aku..
aku WELL WELL je..muahaha..
dah plan pun ngan mama..tapi mama agak busy..
dan warnin cepat2 kat aku bahawasanya beliau agak busy pada minggu ke-2 puasa..
so, RED LITE kat aku nak balik la..
pe2 pun..aku harap dapat bawak diorang pergi rumah aku..
baru senyap sikit mulut diorang..haha*gelak kejam!!!
mane tak nye..diorang siap cakap kot rumah aku banglo, tak pun.. rumah kayu..
yang tendang sekali, terus roboh..hahaha..
aku keturunan rakyat biasa je..so, rumah ala2 full house je kot.hek5..kerek2..



aku perlu pen-off..
petang ni..lau tak silap last ko-Q..
dah la banyak kena wat 'replacement kelas'..
hari ghayer eidilfitriy punya pasal..
semua dah beli tiket nak balik seminggu awal..
lau dulu aku leh la wat alasan dah beli tiket ,sebab tu kena balik awal..



tapi sekarang..
no more reason!! huwarghhhh..
dailamidaniel pulak sibuk duk ajak aku teman die beli baju raye kat Key Ell..
bapak ah!! lau aku ada kereta sendiri, helikopter segala bagai..lame dah aku ulang-alik
amek dye.*huuu!!tipu..
rase nak tangok 'The Last Airbender' lor.huikks








pe2 je la..kerek2..
Selamat Menyambut Ramadhan:)









p/s : jangan lupe pergi tarawikh=)

Monday, July 26, 2010

ampun.aku tak sengaja jadi pembunuh.KEJAM!!

Salam..

Mungkin entry ni tak sesuai didahulukan dengan perkataan ‘salam’..

Memandangkan belum diceritakan lagi perbuatan aku..sudah terang lagi bersuluh bahawa aku bukan dalam kalangan orang yang bertudung labuh, selalu beribadah di masjid, yang 24 jam dirinya disaluti bingkisan ayat suci al-Quran..yang terlalu taat dengan perintah Allah SWT..tetapi sekurang-kurangnya aku mencuba..dan berlakunya sesuatu yang memakan diri sendiri ni bukannya aku merancang agar ia terjadi..:’( ..Ya Allah..ampunkan aku.


Tetapi korang perlu faham..

Aku manusia biasa..insan lemah..yang sentiasa melakukan salah & silap..

Bukannya maksum seperti para anbiya’ yang t’hindar daripada dosa dan noda..

Dan aku juga berharap bahawa korang mampu berjanji ngan aku..


Janji.


Janji demi Allah..


Janji bahawa korang akan rahsiakan hal ini daripada semua orang yang xsinggah di blogspot aku..


YUP!!


Mesti korang fikir aku dah lakukan perkara bodoh bila mengambil tindakan menceritakan hal ni..

Tapi aku percaya..korang mampu rahsiakan ia..

Tolong..tak de tempat lagi aku nak mengadu.. aku terpaksa bisukan mulut daripada menceritakan hal ni daripada mama & papa.. aku sayang mereka..aku xmahu diorang kecewa ngan perbuatan keji aku..

Aku berharap korang dapat bantu aku..

Fikiranku buntu.. buntu memikirkan jalan yang terbaik untuk keluar daripada masalah ni..


Tapi sampai bile??


Sampai bile perlu aku tanggung..?

Mungkin sampai tiba ajal aku pun..aku xdapat hindarkan diri daripada perbuatan ni..

Sesunggguhnya.. ia wat aku rasa sesak.. aku cuba memanipulasikan diri ke arah yang lebih positif..

Tapi tak dapat lagi..ia benar-benar mentraumakan aku*erkk...maaf jika t’salah tatabahasa...

Seperti biasa aku akan menunaikan sesuatu yang harus setiap jam 6.30 petang..kadang2 roomateku akan bersama-sama turut serta..kan lakukan sesuatu berjemaah lebih afdal..begitu la hidup kami..mandi pun same2..oppss..jangan berfikiran kiri..senang la sikit sebab waktu Maghrib pun lam 7.00++ petang..sesudah sampai di shower..punyala xde orang yang beratur berebutkan shower room seperti setiap jam 7.00 pagi ..Alhamdulillah..syukur.



Lam beberapa minit aku menikmati kewangian liquid yang mengalir di badanku a.k.a sabun mandi tu..datang beberapa musuh aku..aku xsuke mencari musuh..tetapi jika dah selalu muncul lam hidup aku & mengacau kebahagiaan aku..xsenang tengok aku happy..busuk hati.wat kerja memang xguna akal..aku memang xleh terima.dan aku akan wat something kat musuh aku ni tanpa letakkan kesabaran aku di tahap yang maksima..sabar aku ada limitnya..jika xfaham, xkenal dengan diri aku sebenar..aku nasihatkan.KAU BERAMBUS dari hidup aku!xguna!! ceeyyytt!!memang sumpah seranah aku tabur kat musuh aku. Aku lempang, pukul gunakan kekerasan tangan .nampak lembut..tapi ilmu belt hitam taekwando tak pernah aku lupakan.aku gunakan ia sebaik-sebaiknya..nak gunakan kaki, xtergamak dibuatnya..xpasal2 dinding shower tu pecah, roboh..


evil Pictures, Images and Photos


Wachaaa!!!! Siot punya serangga terbang2 ni..memang sentiasa nyusahkan aku..nak mandi pun xsenang..dah la giler aku ngan monyet2 yang nakal duk ceroboh hostel perempuan sesuka hati xhilang lagi..sekali terbang punyala 2,3 ekor nak hinggap ..kadang ada rupa macam rama2 version kupu2..tapi warnanya cantik..but satu kaler je..huh!! aku harap esok, luse nak mandi, menda alah tu dah xde.. Al-maklumla..lau dah tiap2 hari aku bunuh..habisla kot dunia diorang..xde generasi la..haha*gelak ngan kejam..

Samalam pun kawan = corsemate aku = kak zura , jugak bersaing ngan aku jadi pembunuh..tapi xsengaje la kot..boleh dye terpijak katak ..ee..yerk!!bayangkan..time dye pijak, lidah katak tu menjelir-jelir keluar cam manusia kena cekek..eeee..mesti katak tu menyesal lalu jalan tu..xpasal-pasal dah sampai ajal..nama pun ajal, maut, jodoh, pertemuan di tangan Tuhan kan? Kte hanya merancang, Allah yang tentukan segala-galanya..

Evil Monkey (Animated) Pictures, Images and Photos


Berbalik pada cerita aku..even aku rase sangat berpuas hati dapat bunuh serangga-serangga tu..tapi rasa cam kejam sangat2 je..huhu..& xsilap aku jugak la kan..bunuh serangga xberdosa.. lagipun aku xdera ia... tapi terus bunuh..hek5...



p/s : aku tidak pancing korang ngan title tu..tapi cerita aku tu leh dikategorikan membunuh jugak kan??ngeeee

Friday, July 2, 2010

it's not easy as ABC

Salam buddies..


M A N U S I A..
satu nama yang dipandang tinggi oleh makhluk Allah yang lain jika seseorang itu benar2 menggalas tanggungjawab, amanah olehNya. Namun, sehebat mana kte sebagai insan yang hidup di dunia tanpa sempadan kala ni??

YA!!

tnpa nama yang gahhhhh siapalah kita??

tnpa pangkat yang tnggi siapalah kita?

tnpa ilmu yang menggunung siapalah kita?

tnpa wang yang banyak siapalah kita??Money

tapi jika ada semua tu pun..
siapalah kita d akhirat nanti??


bukan senang nak jadi yg sempurna d mte orang..plus nobody is PERFECT!!
tpi tetap ada yang berusaha untuk mnjadi yang sempurna*xkurang jga ngn diriku... dgn gunekan bomoh untuk dapatkan kesenangan, pangkat dan segala-galanya*dis is not my type.. Tak kurang juga manusia yg pntingkan kecantikkan..susuk, botox segala bagai..xtaw ke perbuatan tu hnya mnyukutukan Allah SWT?? Nauzubillah..It's a Beautiful Thing

bukan senang jga nak dapatkan kasih sayang daripada semua orang.. In Fact..pasti ada yg xsenang duduk ngn kelebihan kte..yang cemburu ngn kebahagiaan yg kte dapat..Lau x, xkan ada yang duk trompong kat formspring ngn soalan2 b'nada kecewa.hahaa..*masih hntar gagak hitam serang xtahan..aku? aku pun masih berusaha dapatkan kasih sayang daripada semua orang..lau ngn parents tu..walaupun kte taw mreka syg kte..tp xsalahkan lau kte try tmbat aty dorg lagi??uhuhuu..kawan2 pun sme la..knpe ada istilah, b'KAWAN biar 1000, b'CINTA biarlah satu..??Love Youaku pun xfaham camne leh kuar istilah ni..ada sape2 leh jawab??heheh...

OTOH..bgaimana pulak nak dapatkan kesempurnaan lam idop spya kte bahagia ngn pe yg kte wat??aku bukannya pakar phsycology atau ahli nujum untuk jawab soalan yg agak abstrak ni..sebab ni smue b'kaitan ngn ati, perasaan, mental manusia skeliling..yang pasti kepercayaan pada diri tu perlu ada!! Lau kte xprcye kat dri kite nak wat smthing tu..camne kte nak lakukan ia dgn s'ikhlasnya kan?? tepuk dada, tnya selera la yup..:)..
If ada kepercayaan lam diri..perlu lah tanam keyakinan jugak kan?? YAKIN lam pe2 saje kte wat..xrugi combine dua2 ni..kpercayaan tu ibarat usaha & yakin tu as tawakal..kan dua2 tu penting..kan?kan?*baek korang angguk!!hehehe..


LBNL..usaha tangga kejayaan..xperlu nak hairan ngn kejayaan yang orang lain dapat..even lam study ke..lam bisnes ke..lam percintaan ke..hek5..Allah itu Maha Adil kan?? Usaha lebih, dapat lebih..Funny



Last..aku kasi korang tatap sungguh2 video ni cam korang tengok grup FIFA korang main kat padang tu..harap korang dapat faham tol2 pe yg nak disampaikan ni..enjoy it!!


as a conclusion..u can shine..
if u believe & confident with urself:)


p/s : xperlu serang aku ngn macam2 cara..aku xgentar..malah aku percaya..Allah itu Maha Mengetahui..