Pages

Sunday, March 27, 2016

Menunggu



Sendiri belum tentu kenal dengan kehendak hati.
Kau kata menunggu itu pasti.
Bila aku pasti kenal dengan hati ?


Kau lari tanpa toleh ke belakang lagi.
Tinggalkan aku dengan hati.
Yang aku sendiri uji

Thursday, July 17, 2014

PEMBERIAN



Bismillahirrahmanirrahim..


Hadits riwayat Abdullah bin Umar Radhiyallahu’anhu: Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam ketika berada di atas mimbar, beliau menuturkan tentang sedekah dan menjaga diri dari meminta. Beliau bersabda: Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah adalah yang meminta


vise versa.
mungkin lumrah sebagai manusia, memberi dan menerima.
tetapi bagaimana tanggapan untuk memberi dan menerima itu ?


memberi apa sahaja, walaupun bukan dengan harta.
kerana sesuatu itu dipandang pada ' value ' nya.
seperti kasih sayang mungkin.
jika ada keikhlasan bersulam dalam kasih sayang itu, mungkin lagi nampak nilainya.
tetapi jika dicemari dengan permainan lain. musibah menunggu.

cerita kita.
kepada setiap yang diberi beberapa tahun ini.
cuma diharapkan keikhlasan, bukan untuk menunjuk kau mampu memberi segalanya
untuk membeli kasih itu.
sebab kasih aku suci. lahirnya dari Tuhan yang bersifat Rahman dan Rahim.

masih tidak faham situasi sebenar. di mana dicarinya lagi.
aku tahu, walau diguna konsep ' BLOCK ' sekalipun, pusing2 kita tetap jejak atas bumi Tuhan.

apa-apa pun. terima kasih atas pemberian sebelum ke Vietnam.
aku tak amik pusing untuk setiap yang berlaku.
sebab hati aku mati untuk bongkar gali setiap kesilapan lalu.


aku gunakan ia sebaik mungkin.

Al-Quran dan Terjemahan, dan kisah tentang Palestin
untuk bumi Gaza yang sedang bergolak. aku ambil masa yang ada di bulan Ramadhan ini untuk mendalami kisah Palestin. biar aku sendiri cukup faham, dan tahu untuk diceritakan kepada anak cucu tentang indahnya Islam dan kisahnya. 


terima kasih.
moga kita sama-sama mendapat manfaat daripadaNya :)

Monday, May 26, 2014

cinta dunia


Assalamualaikum wbt..




lumrah bergelar insan yang singgah sementara di dunia fana.


patah tumbuh hilang berganti..
mungkin kerana itu kau tidak gundah..
tetapi bila aku mula melangkah setapak kehadapan .
meninggalkan kau keseorangan tidak berteman..
kau terkilan.


tidak terasa bila dia pergi tapi kecewa bila tidak kembali..
sewaktu bersama tidak cuba untuk menghargai , tetapi bila hilang baru mencari.
mana kasih, mana sayang.
kita mula mencari ..
mahu aku kembali mungkin tidak lagi..
memulakan sesuatu hubungan yang tidak pasti..


kau aku mungkin tidak bersatu
hanya kalimah Allah mampu pertemukan kita kembali..


kembalilah padaNya.
pintalah padaNya..
Dia lebih mengetahui.. Maha Mengetahui.


terima kasih atas kebahagiaan selama ini




Wednesday, April 30, 2014

arwah


Bismillahirrahmanirrahim..


pada malam jenazah masih dilawati oleh kenalan-kenalan dekat
si abang yang baru berumur 13 tahun duduk di sebelah arwah abahnya.
dipeluk diciumnya berulang kali.
berat bagi si abang untuk menerima kenyataan bahawa abahnya sudah tiada.
biarpun marah, rotan yang jadi sajian jika melakukan kesalahan..
dia masih dapat merasai kasih sayang seorang abah..


ditengok oleh sepupu sepupu lain..
si abang berubah menjadi pendiam.
sedih seolah-olah mengharapkan keajaiban berlaku


" kenapa letak abah dalam lubang tu? "
si kecil bertanya.
bagi anak kecil yang baru berumur 3 tahun.
belum mengerti apa yang terjadi. dilihatnya keadaan orang sekeliling
yang menangis, yang berlinang air mata.
disengihnya seolah-olah itu satu permainan.


Allah. berikan mak su kekuatan untuk hadapi semua ini.
La Tahzan. aku tahu berat untuk hadapinya.


tetapi untungnya arwah.
dia pergi sebelum ibunya.
kurang2 masih ada doa yang berkat mengiringi pemergiannya.
moga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, serta dicucuri rahmat.



moga arwah mohd fadzlul che yusof tenang di sana. inshaAllah amin





Thursday, April 24, 2014

HUSNUDZON


Assalamualaikum wbt..


hidup haruslah sentiasa pandang ke hadapan.
kerana apa yang sudah di belakang tidak dapat diperbaiki lagi
dan kita tidak mungkin mengharapkan perkara yang sama terjadi lagi
baru sentiasa positif


tapi bagi aku.


terkadang kita perlu menoleh ke belakang.
kerana itu pengajaran dan pengalaman
maka istikamahnya dengan HUSNUDZON
iaitu bersangka baik bahawa perkara yang tak elok di belakang
tidak akan berulang kembali


aku kuburkan segala kesilapan dan kekhilafan yang dahulu dengan taubat
dan mengharapkan keampunan dariNya
aku tahu semua itu kerja Tuhan
maka kita perlu HUSNUDZON pada Tuhan (ALLAH)
semoga yang baik menunggu di hadapan.





tak perlu mencari aku untuk menunjukkan kau hebat
mempunyai yang lain untuk dibanggakan
ataupun mencari sebab untuk berkata rindu
sebabnya itu jalan yang kau pilih


aku tak menyesal melepaskan kau
pasti yang lagi baik menuggu

walau kau buruk mana
aku tetap cuba mencari baik kau
aku cari
aku cuba




Sunday, April 13, 2014

K E K A S I H



Assalamualaikum wbt..


orang kata jodoh pertemuan milik Allah.
lagi dikatanya, tak perlu cari dia datang sendiri.
lain yang kata.. kalau tak usaha tak jumpa.


jangan dikatakan lama menjamin sesuatu hubungan..
tidak mustahil hubungan tujuh lapan tahun pon boleh berpisah
atas kesilapan diri atau kehadiran pihak lain..
sedangkan yang berkahwin pon boleh bercerai (nauzubillahiminzalik)
sesungguhnya yang lagi baik sedang menanti kita..
atau mungkin kita akan dipertemukan pada waktu yang lagi sesuai.
doa itu usaha, tawakal itu redha dengan ketentuanNya..
aturan Allah itu terbaik..
kau sakit sekarang, mungkin nanti kau bahagia..


" Berjalanlah dengan penuh harapan,
Walaupun hidup tidak selalu bahagia,
Sedekahlah satu senyuman, walau hatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka. "




aku tak berharap untuk bersamamu.
tetapi mengharapkan untuk bersama yang terbaik untukku.
inshaAllah. jika di Lut Mahfuz ku ada kamu..
aku terima :)


Saturday, November 9, 2013

bunga




aku rindu.
anganku. setiap ruang yang aku lihat.
ada engkau. ada putih. ada romance.

biar tak cerah. biar tak panas.
gelap dan tegap.
kata orang german. dunkel.
cukup cukup ruang untuk kita.
untuk diskusi mata ke mata
hati ke hati..

bukan mr.arrogant yang aku cari.
tapi mr.elegant..
biar tak korean. tapi melayu islam !

moga setiap saat.
pesanan suci.
khalimah Ilahi diakhiri



bagaimana aku tak suka?
bila ruang itu dipenuhi carnation flowers .
simbolik kita bersama : ]



Tuesday, July 16, 2013

Cinta aku MAHAL

Assalamualaikum wbt..



disukai kaum berlainan jenis bukan pilihan..
malah aku makin gerun, takut dengan dugaan itu..
ya. aku shortlist kan ia sebagai dugaan..
sebab aku rasa Tuhan mahu aku KUAT..
kuat membina tubuh teguh untukNya.


mungkin aku tak secantik model.
tak seglamour retis..
memang bukan itu aku kejar..
cukup menghambakan diri padaNya..


kalau diberi peluang..
ingin aku turnback 360 degree..
biar aku baiki mana kurangnya diri
biar aku baiki hidup aku dahulu..


biar mereka tahu.
CINTA aku MAHAL..
MAHAL untuk dikejar.
MAHAL untuk diraih..


biar yang dapat rasa bertuah..
biar yang memiliki rasa bersyukur..
biar yang berusaha rasa berbaloi..
maka kau patut rasa semua itu .



ya KAU



Sunday, March 31, 2013

punah


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


bukan kasih sayang bukan mahram aku dahagakan.
sebab aku tahu dia haram tanpa ikatan.

ini detik pertemuan bersama yang aku rindukan.
aku rindu kau yang dulu..
bertalamkan seribu muka untuk aku.
agar aku terima apa yang kau rasa

tapi sekarang hambar
setiap pertemuan bernoktahkan titik
hitam, pahit, busuk.

mana pergi kau yang dulu?
moga Dia pimpin kau untuk bersamaku.
LIMITED EDITION untuk aku. aku sahaja




Wednesday, December 19, 2012

kewujudan


Assalamualaikum wbt.




mata bertentang mata. bibir mengukir senyum. manis tanpa sedikit kelat.
lumrah. bila berlainan jantina, caj positif tertarik dengan caj negatif.
bila hati diasah dengan sapaan. zarah yang kecil sekalipon bertukar virus.
cebisan kasih sedikit, berbukit jugak lamanya dengan sayang.


bertuhankan Yang Esa. masih buntu mencari pemilik hati.
kekadang Dia wujudkan insan untuk menyakiti.
agar kita tahu hidup tak selalunya indah.
Dia wujudkan insan untuk disenangi.
supaya kita sedar. di sebalik kesusahan, masih ada yang menyayangi.


" sometimes you fall for someone you'd never expect "




kau bukan sunyi. Tuhan wujud untuk kau




Monday, November 5, 2012

ujian tanpa henti



Assalamualaikum wbt..


untuk peringatan sendiri..




Kekadang Allah takdirkan ujian dan dugaan untuk menyedarkan kembali jiwa-jiwa yang lalai dan hati yang terleka agar kembali semula kepadaNya.

Adakalanya musibah itu terjadi untuk menyedarkan jiwa dan hati ke atas setiap perbuatan-perbuatan kita.

Dan adakalanya juga, musibah yang menimpa hidup kita itu tanda kerinduan Allah untuk mendengar luahan hati kita lantaran sunyinya hati dan lidah kita dari berdoa, meminta
kepada Allah.

Bersyukurlah kita masih ada iman.
Allah menguji, kita masih mampu bersabar dan redha.
kita diperli masih mampu kita merasa pedihnya.

sebab apa? 
sebab hati kita tak pernah mati, tak pernah luput selagi malaikat Izrail tidak dipinta untuk mencabut nyawa.
hati kita masih hidup untuk selalu mengingatiNya.
bersyukurlah. bersyukurlah. Alhamdulillah..




" Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinyaa dengan kesusahan "

( Riwayat Al-Bukhari )



Wassalam :)




Sunday, October 28, 2012

baik dan buruk



Assalamualaikum wbt..



belum terlambat untuk aku ucap Selamat Hari Raya AidilAdha kan?
takde ahli keluarga yang involve dengan korban pun. tapi faham-faham je la.
kalau duk kampung, dah nama pun dekat negeri Terengganu ni. tok sah nak cakap la.
dari pagi 10 Zulhijjah sampai senja 13 Zulhijjah makan daging korban tak henti2, tak pernah muak. dan insyaAllah tersangatlah berkat.

nak share sikit apa yang classmate aku share.

sila klik thumbnail untuk enlarge

dan semenjak aku layan drama2 kat televisyen sempena raya ni tetibe tersentuh sikit la dalam hati.*ingat aku tau layan korea je?
hati dan jiwa manusia sangat lembut. dan aku berani cakap bahawa Allah sayang aku insyaAllah, dan Alhamdulillah masih ada iman dalam diri aku untuk terasa dengan setiap jalan cerita yang disampaikan. bukan derhaka atau durjana. tetapi mengenali setiap kekhilafan diri.


setiap manusia melakukan kesilapan. hanya dengan kemaafan dapat meredhakan rasa khilaf itu. but the one thing I realize is, maybe 'FORGIVE. yes. FORGET. no'. bukan semua orang dapat pegang dengan perisai 'forgive and forget'. jiwa manusia jugak memang kalah dengan hasutan iblis dan syaitan. penuh dengan dendam, kebencian dan kedengkian.


"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)


teringin meminta maaf kalau2 salah dan silap aku yang lampau masih tidak bisa diampuni oleh segelintir insan. tapi aku buntu, bagaimana untuk mencari? and what way i have to use.? ada jugak aku temui cara mudah untuk berinteraksi dengannya, tapi aku khuatir kalau2 dendam kesumat dalam dirinya belum terpadam walaupun bertahun-tahun lamanya perkara itu berkubur. walaupun dia bahagia dengan yang lain. walaupun banyak lagi perkara lain yang bermasalah pada diri dia.


aku berutusan dengan Ilahi. sesungguhnya aku maafkan dia jika luka pernah aku dapat daripada dia.  persoalannya bagaimana aku? macam mana kalau salah aku tak diampuni orang itu? maka aku dapat jawapan daripada Ilahi. kerna aku tau, setiap perkara baik yang terdetik dalam hati ini datangnya daripada Allah. moga TELEPATHY aku untuk meminta kemaafan daripada kau sampai wahai insan yang merantau di bumi Misr dan insan di bumi penuh sejarah.


p/s : even aku tahu kau impossible akan baca entry ni. tapi aku sangat berharap moga Allah gerakkan hati kau untuk berpijak di sini.. moga kau tau. aku ikhlas!




*takde kaitan pun lagu ni





WASSALAM :)





Wednesday, October 24, 2012

ramai followers pun belum tentu orang betul2 suka !



Assalamualaikum wbt..


wahhh. pepagi lagi dah marah title aku. takde lah kan. cuma terkilan sedikit dengan dunia vlogsiput cengkerek ni.



aku hidup dalam dunia blog ni lebih kurang 3 tahun lebih. memang tak lama sangat. tak se'LEGEND' blogger yang otai dengan followers beribu-riban. tapi apa guna kalau followers beribu-riban, buat page kat facebook dan twitter bagai. tapi kalau orang tegur mudah melenting. orang tegur tak layan. orang twit sikit kau kat twitter tu diam seribu bahasa. orang 'hai' sikit kau kat facebook macam tak wujud. tapi bila insan yang UPs, famous, retis sikit twit kau, kau nak kepochi biar satu dunia tahu. duniawi kan? nampak sangat permainan kau. tak ingat langsung yang kita ni sama pangkat dan darjat je di sisi Allah. yang membezakan kita adalah amalan. tapi kita tahu ke banyak mana amalan baik buruk kita nak dibandingkan dengan orang lain..? masa tak famous, still merangkak dalam dunia blog. kau datang blog orang tu, orang ni. mintak follow. komen2 sikit. dah bermaharajalela dengan kecantikkan, kehandsomean, bisnes, peminat semua. terus kau lupa asal usul. maaf jika aku cakap. orang macam ni saling tak tumpah macam :



kau sediakan page, 'shoutbox', letak gambar konon photoshoot tu. bagi aku lah kan selagi kau tak 'private'kan menda tu. makanya kau dah letak persediaan untuk dipuji, dimaki, diherdik, di'stalk' oleh orang ramai. kalau tak ready dari segi fizikal dan mental, tak payah nak showoff sini sana la muka kau. lepas tu buat entry simpati terkilan dikeji. orang yang tak tahu menahu selok belok cerita antara 'kau dan dia' sokong kau umpama peguam yang akan bela anak guamnya walaupun dia tahu anak guamnya itu seorang pembunuh sekalipun. aku dah masak dengan semua ni.


aku sangat respect abg BEN, kan NURULBADIAH, si mejah, dan segelintir lagi yang dikenali, takde pun nak pandang serong kat orang. tak pilih orang nak melayan. hamis jalikha pon tak berlagak macam kau yang otai tu.. puuihhhh!!

sombong lebih daripada artis. artis pun layan peminat dia twit2 tau. kau ader??
tapi agak sedih semasa aku tengok satu rancangan kat tv ari tu..
artis tu sangat kecewa dengan seorang je blogger kot. tapi dia keluarkan statement ni.

" saya memang tak berkenan dengan blogger ni. diorang kalau nak buat cerita sesuka hati je. takde usul periksa dulu".

hello mak cik. bukan semua blogger camtu. seciput je. ada blogger yang suka share pasal fashion2 je, education, holiday.. bukan semua nak mereka cerita. tu yang memang takde modal. nak cari modal murahan je sebab tu siap post2 gambar bogel artis.


LAST but not least..


WASSALAM :)



Sunday, October 21, 2012

go GET MARRIED



Assalamualaikum wbt.


sekarang macam trend kahwin awal kan?
tapi kalau dah jodoh. nak kata trend tak munasabah jugak.
kahwin, nikah ni bukan hal yang boleh bawak main2.
ini antara kau dan dia bersetuju, dan bersedia dari segala segi. insyaAllah dipermudahkan segala perjalanan.
perkara yang baik tu kan datangnya dari Allah. yedak?

remind me about something.
one of my bestie had post on her fb's wall that.

" go get married. trust me. rasa macam kasih sayang tu mengalir dalam urat nadi & darah. if you closed one room of haram thing, ALLAH SWT will open many HALAL rooms for you. insyaAllah "

SWEET RITE? and so true!



aku tak boleh lah nak cakap lebih sebab aku pun belum kahwin lagi. calon pun tak ade. ooppss!
tapi kalau kau rasa kau mampu untuk pikul tanggungjawab. teruskan lah niat murni lagi mulia tu.
khuatir lama2 jadi perkara tak elok. kita bukan malaikat tidak bernafsu.
tak perlu nak hantaran tinggi2. kita bukan nak JUAL DIRI. ikut pada pangkat dan darjat kau. lebih elok bersederhana. Allah murka pada pembaziran dan korang cukup bijak dan tahu membazir tu amalan syaitonirrojim.


aku nak share korang satu artikel.



"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)



WASSALAM :)

Friday, October 19, 2012

kaunter luahan hati

Assalamualaikum wbt.



sebab banyak sangat cerita nak dikongsi.
finally tercipta jugak entry kali ni.
konon tunggu genap 5 bulan.
nehi3.. blog is a part of my life. tak tahan dah !!!
yet i'd done nothing for almost 5 months.
so, aku nak rebut balik.
Alhamdulillah final exams had end bout 6 days ago.
so, i've so much time to storymory.
i is rindu blogging!

bila berkawan. mungkin ada yg rapat. dan mungkin yg muncul depan mata wat sakkkkiiittt je.
tapi siapa kita nak membenci orang?
dan lagi siapa kita untuk menghukum kesalahan orang?
paling utama ingatlah. mungkin orang yg pernah jauh dengan kita.
suatu hari tak mustahil dia ialah orang yg paling kita perlukan kala kita susah.


jangan letak 'talak' kosong dalam jiwa umpama kotak tanpa isinya.

 

sesungguhnya Allah ada.
bukan ke mengingati Allah, hati pasti tenang..? insyaAllah.


aku paling suka bila orang datang pada aku untuk berkongsi tentang masalah jiwa, masalah mental, masalah hati or everything *pe aku mengarut ni?*.
bukan nak jadi gossip girls uolls. no no. i tell you what. sometimes, kita dapat gain pengajaran or teladan from story of someone else.
bila orang cari kita, rasa sangat sangat diperlukan. dan dari situ, kita boleh rasa yang orang percaya pada kita. orang mengharapkan kita, orang tenang share something dengan kita.


cubaan yang Allah berikan pada kita mungkin dapat kita kongsi jugak dengan yg lain kan?
itu fungsinya ujian bertalu-talu menimpa kita. dan Allah tak kan uji hambaNya jika dia tak boleh hadapinya.

bila seseorang dalam problemo, seriusly, needs someone to talk to, need someone to be a pillow to comfort to, to calm to and tsk tskk. korang mesti faham kan situasi ni? so, jangan kedekut bahu. bila orang susah orang cari kita, jangan kau lari sampai hujung dunia. karang jatuh dalam gaung takde sape yang tau. bila kita susah mungkin dia pulak yang akan ada untuk kita.. ? hidup kena diverse la derrr!! jangan fix dengan hidup kau kau, aku aku je


fikir-fikirlah :|

*sorry rasa kaku sangat2 update blog ni.

Wednesday, June 6, 2012

pelangi tanpa warna


Assalamualaikum wbt..


thanks Allah for giving me a chance to love somebody..
to love by somebody..
Alhamdulillah..

here i come!
busy for the preparation of my sis's wedding..
congratulation to her!


this is da pitcha
ooomaiiii. sangat comel!


terlalu ramai yang membina masjid lately ni.
Alhamdulillah..
buat perkara baik ni perlulah dengan segera..
sekurang-kurangnya dapat kurangkan dosa daripada berzina kan?
ikutkan aku pun kalau ada rezeki. dah ready..
nak jugak ..heheeee *gatal. cepat lempang laju2.
bila selalu pergi walimatul urus orang lain ni
kadang2 rasa macam seru kita pulak dekat..
tapi dengan siapa?
nak pakai apa? batu? daun?
sekarang semua nak kena pakai duit maaa..
wohaaa..


& last 2 weeks kalau xsilap.
cari jugak peluang tengok kak nurulbadiah wedding.
sumpah sweet dengan warna pink, purple gituww .
seri pengantin kak nurul ngan abang amirul hanya Allah yg tahu..
cantik sangat2 ..


and today.
tak nak cakap banyak.
bersyukur sangat2 dapat kenal this guy for six years.
06.06.06 - 06.06.12
& hope our loves keep long lasting till die.
please guide me to the right way.
be my soul mate till jannah.
the BEST MAN ever that Allah really gives to me.


keep respect, keep relax, keep response :)

thanks Allah
thanks parents
thanks friends
& this one guy, thanks Dailami Daniel ..




Tuesday, May 1, 2012

ayat-ayat layang


Assalamualaikum wbt..



betapa setiap saat nafasku berharga..
syukran Ya Rabbi atas segala nikmat yang Kau kurniakan.
mungkin tidak semua yang aku pinta.
akan aku dapat segera.
terima kasih kerana masih memberi aku dugaan..
kecil dan besar dapat aku hadapinya.
sesungguhnya kekuatan yang aku dapat hanya daripadaMu Ya Allah.
cuma kadang2 diri ini semakin alpa. lemah.
mengharapkan setiap usaha ada ganjarannya.


moga kau mendengar si insan kerdil
terima kasih kerana memberi aku ruang dan peluang menyayangi hati
sesuci bersih sepertimu..
aku tidak lagi mampu memberi kebahagiaan kepada hati itu.


moga kau bahagia.
bersama insan yang dapat membawamu ke Jannah.
insyaAllah..


Monday, March 12, 2012

puzzle


Assalamualaikum wbt..


masih tak terlepas dari genggaman..
'WHY MEN DON'T LISTEN & WOMEN CAN'T READ MAPS'.
bukan buku ilmiah yang menjadi peneman..
tetapi buku yang berunsurkan logik akal, fact dan experimental.
membiarkan akal memahami setiap kata2 yang disampaikan penulis.
sungguh tipikal.


aku memalaskan diri di pembaringan.
lalu membiarkan rambut terurai panjang ke bawah.
mesti rambut ni marah ..
sebab berjam lamanya ia dikemaskan dengan penyepit ungu.
memandang sekeliling..lalu senyuman terukir di bibir.
lucu melihat ketiga-tiga tubuh terkujur kaku..
untunglah dapat bermimpi indah di waktu hujan tak henti2 membasahi bumi.


akal masih bermahkota.
mengiakan setiap perkara yang diutarakan dalam buku ini..
'wanita akan mudah nampak stoking yang kotor di celah perabot walaupun 50m jauhnya..
tetapi lampu merah di dashboard tak pernah di sedarinya. sebab itu kaum adam amat pelik dengan wanita..'..means pandangan wanita lebih meluas daripada lelaki lah kan?

'wanita dapat bercakap pelbagai topik dan dapat mendengar dengan jelasnya dalam satu masa tetapi lelaki perlu diutarakan satu perkara yang jelas sahaja untuk difahaminya dalam masa tertentu. dan mereka yakin mereka kaum yang bijak manakala wanita merasa dirinya bijak.'.


konklusinya. memang lelaki dan wanita ini sama di sisi Tuhan..
tetapi mereka tetap makhluk yang berbeza jantina.
dan apa yang disampaikan.
diterimanya pasti berlainan cara menginterprasikannya.hurmmm..

hidup ni cam puzzle kan?
kenapa? aku pun tak tauuuu..
rumitnya hidup..



Sunday, March 11, 2012

jikalau


Assalamualaikum wbt..


jikalau dia masih di sampingku..
akan aku habiskan sisa detik2 terakhir bersamanya.
akan aku hiasi hatiku dengan cantuman cintanya..
akan aku pahatkan namaku pada hatinya..


namanya sentiasa di hati..
bukan dahulu..
bukan sekarang..
tetapi selalu..

teringat matanya yang bercelak..
biar tak berwarna..
tetapi kemelayuannya tetap ada..
mengajar aku menjadi wanita..
bukan normal..
tetapi natural..


lembut suaranya bersyahdu di bunga telinga..
nasihat yang tak pernah lekang di bibirnya..
kata sayang dan cinta yang sentiasa berlirik..
bukan untuk dihafal..
tetapi untuk dilagukan setiap masa.

bukan kenangan hanya tinggal kenangan...
tetapi kenangan yang terindah kau untuk aku.



Friday, March 9, 2012

duka noda






Assalamualaikum wbt..


tiga hari berturut-turut busy..
hari selasa hari tu pergi meronggeng sekejap & thanks hero for the secret recipe.
dapat menikmati spaghetti meatballs & chocolate indulgence cake with passion.
untuk birthday girl katanya.
padahal dah sebulan lepas.kuikuikui.
bdw, i love chocolate indulgence damn much..
last year dapat tiramisu for my birthday.
untung pulak rasa every year dapat makan cake marvelous selalu.hehehe


hari rabu pulak dari Kuala Terengganu berangkat terus ke Kemaman
because of industrial visit..
actually, aku ada family kat Kemaman..
sumpah lama tak jumpa.last jumpa pun time aku darjah 5..
dorang excited giler nampak aku..
dulu degil sekarang macam nak ayu, sopan je.hahaha.
dorang tak tahu lagi perangai sebenar aku ni.ngeeeeeeeee..


then Khamis kami ke Perwaja Steel Sdn. Bhd..
ingat senang ke nak pergi?
one of company yang buat besi terbesar kat Malaysia.
so, amat beruntung taw..





balik je kampus.
aku mula tak sedap badan.
asyik rasa nak muntah..
awal2 boleh bergerak okey lagi..
tapi lepas aku makan pisang, minum air masak banyak..
tak henti2 muka aku je terpampang kat toilet..
muntah tak henti2. penat tawuukk!
kalaulah dugaan yang Allah beri ni sebagai balasan aku kerana ada yang berduka..
aku terima, redha dan pasrah dengan ketentuannya..
sesungguhnya memang ini yang patut aku dapat kan?


kawan2 datang malam tadi..
tolong picit kepala, picit belakang.
letakkan minyak angin.. aku still boleh ketawa..
mama yang call pun pelik yang aku ni main2 sakit ke, betul..
tengah2 tidur..
perut buat hell...
dari 2.30 pagi sesampai subuh aku berulang-alik ke toilet..
seriously tak tahu kenapa.
sekarang pun sakit lagi..
mama, hero suruh pergi klinik..sebab maybe keracunan makanan..
tapi tak tahu nak mintak tolong siapa hantarkan.. :(
plus apa yang aku makan, kawan2 turut sama makan..
sekarang dalam badan aku macam da kosong!
takde lagi tenaga nak tampung kekuatan..


kalau sakit ini adalah untuk hidup aku yang berkalang noda..
moga Kau hapuskan segala noda2 kecil ke atas diriku.amin..