Pages

Showing posts with label terlanjur cinta. Show all posts
Showing posts with label terlanjur cinta. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Cinta aku MAHAL

Assalamualaikum wbt..



disukai kaum berlainan jenis bukan pilihan..
malah aku makin gerun, takut dengan dugaan itu..
ya. aku shortlist kan ia sebagai dugaan..
sebab aku rasa Tuhan mahu aku KUAT..
kuat membina tubuh teguh untukNya.


mungkin aku tak secantik model.
tak seglamour retis..
memang bukan itu aku kejar..
cukup menghambakan diri padaNya..


kalau diberi peluang..
ingin aku turnback 360 degree..
biar aku baiki mana kurangnya diri
biar aku baiki hidup aku dahulu..


biar mereka tahu.
CINTA aku MAHAL..
MAHAL untuk dikejar.
MAHAL untuk diraih..


biar yang dapat rasa bertuah..
biar yang memiliki rasa bersyukur..
biar yang berusaha rasa berbaloi..
maka kau patut rasa semua itu .



ya KAU



Saturday, June 18, 2011

longer love makes you change


Assalamualaikum..



untuk biarkan aku sedih..
tak mungkin..
untuk biarkan orang lain sakiti aku..
lagi jauh sekali..
tempat aku bukan untuk orang lain..
hanya dengan kau..


kiasan semata-mata untuk permulaan hubungan..
hari demi hari..
makin lama bercinta.. makin besar kasih itu dipupuk..
tapi kau tak sedar..
dalam diam kau permainkan kepercayaan yang selama ini aku beri..
adakah kau tak tahu? atau buat2 tak tahu..?
bahawa sekali kau pudarkan kepercayaan itu dengan kekhilafan yang sama..
ia akan layu dan tak mungkin berkembang membenihkan madu yang manis untuk dinikmati..


memang aku maafkan kau..
tapi luka dalam hati sudah berparut tanpa ada penawarnya..
tak perlu guna bio oil.. tak perlu guna grease..
asal kau tahu sekali kau ragut kepercayaan itu..
tak mungkin lagi ia dapat kembali ke kondisi asalnya..

| kau ingat hati aku ni pepejal? |


Friday, March 11, 2011

jangan dustakan yang haram


Assalamualaikum wbt...


clear day..
semalam gerimis membasahi bumi..
bau tanah cukup tersemat dalam diri..
tenang untuk aku berbicara panjang hari ini..
teringat dan terhantuk dengan 1001 pertanyaan dan jawapan..


sedang aku berbicara dengan seorang teman dua hari lepas..
dia begitu sedih mengenangkan hubungannya dengan si jejaka..
mungkin hidupnya lebih bermakna semenjak jejaka itu hadir mewarnai kehidupannya..
dan tak hairan bila ia menjadi kelam..
pabila jejaka itu sepi tanpa berita..


"mesej tak reply, call tak angkat..
tapi status kat fesbuk selalu je update.."
teman aku membebeldisulami tangisan sedu-sedan..

maybe i can put myself on her shoes..
tapi aku mungkin tak dapat memahami sedalam mana luka yang dia hadapi..
hampir dua tahun mengenali jejaka itu..
bond, relation antara mereka semakin hari, semakin utuh..
mungkin perasaan rindu riduan makin kuat sejak dua2 berjauhan..
sorang belajar kat kutub utara, sorang kerja kat kutub selatan..

seriously aku just boleh mintak dia bersabar..
dan melontar persoalan yang sama..

" nape jadi camtu sebenarnya..?"

akhirnya dia membuat pengakuan...

minggu lepas dia terpaksa ke se;atan untuk bertemu jejaka tersebut..
akibat perasaan rindu yang mendalam..
dia pergi. even terpaksa ponteng dua kelas sekaligus takde test dan kuiz, dia dengan yakin tetap mahu menjejakkan kaki untuk bertemu jejaka tersebut..

sesudah sampai di sana..
jejaka itu sambutnya dengan baik, manis muka..
even dia menumpang bilik di kolej rakannya..
jejaka itu still amik, hantar dia dengan baik..

tibalah satu siang sewaktu dia dan jejaka tersebut melepak di satu kawasan rekreasi..
waktu itu, orang masih sibuk bekerja..
mungkin itu alasan kenapa tempat itu tak ramai pengunjung..
kawan yang bersih, damai dan menenangkan...
setiap pasangan yang datang, memang asyik kalau nak bermadu asmara..

jejaka itu mula memegang tangannya..
"first time, jejaka bukan muhrim pegang2 ni..
hati aku berdebar kencang, tapi mahu itu mengiakan segala-galanya...
dia sentuh pipi aku lembut, puji cakap aku cantik..
terus mendekatkan mukanya merenung tajam ke mata aku..
menyandarkan pipinya ke pipi aku.. kami melaga pipi..aku rasa enak bagai ada orang menghargai aku sangat2..
aku senyum.. lalu bibirnya sentuh lembut bibir aku.. aku terdiam.
terus tangan aku laju membahang pipinya..
aku marah2 dia.. tak sangka perkara itu terjadi dengan pantas.." katanya..

aku sumpah terkejut dengan pengakuan itu..
tak tahu apa lagi yang perlu dikatakan..
aku mintak dia jangan cari lelaki tu..
kalau lelaki itu sedar dan rasa bersalah dengan perlakuannya..
forsure jejaka itu akan cari dan memohon maaf atas kesalahan dia..


" ada satu malam tu.. aku hantar mesej mintak maaf..
dia cakap, dia boleh maafkan aku..
tapi kena tidur temani dia sewaktu dia ke utara untuk melaksanakan satu kerja .. aku terus letak.. sedih dengan permintaan dia.. "..

aku berulang kali bercakap..

" kau try lah sungguh-sungguh lupakan dia.. from that, kau sendiri boleh fikir yang dia bukan terbaik untuk kau.. kau cantik, bijak.. tolong jangan sia-siakan masa depan kau dengan lelaki tak seberapa tu.. takde guna kau sekolah asrama.. buat A-Level tapi bila dengan lelaki.. fikiran kau terus kolot.. tak rasional.. segala maruah sanggup tergadai.."..

dia membalas kata2 aku..

" aku tahu, aku sedar bahawa kumbang bukan seekor.. tapi selama dua puluh tahun aku hidup.. even kau cakap aku cantik, pandai sekalipun.. dialah orang pertama yang beri aku sepenuh kasih-sayang, kebahagiaan.. he is my first love thiea.. mungkin dia tersilap langkah sebab kawan2 dia ramai playboy.. effect daripada kawan dia kot.. "

aku..

" please. kalau kau sayang diri kau, bukak hati terima orang lain.. he is not a smart guy that can guide you to the best way.. "..


aku tak reti nak handle masalah orang bercinta.. lebih2 lagi kalau letak diri tak setaraf dengan IQ sewaktu study.. even kau orang bijak pandai sekalipun.. tak semestinya kau solat.. kau tahu bezakan mana halal haram kehidupan.. tolong letak iman kau setinggi-tinggi langit ke-tujuh..
tak perlu sebab seorang kekasih yang kau anggap hidup mati kau..
kau sanggup gadaikan segala-galanya.. tiba masa dia bosan, dia akan tinggalkan kau. percayalah..
sedangkan yang bercinta sebelum kahwin pun, ramai yang bermadu, berpisah sekarang ni..
even semua orang tahu

' couple itu haram '..

tapi perasaan kasih sesama manusia tak dapat dihalang..
haram itu ada sebabnya, dan dari segi ia haram juga ada spesifikasinya..
sedangkan adam pun bertemu hawa tanpa baginda ketahui bahawa hawa itu pelengkap hidupnya..



p/s : fikir dulu, sebelum membuat apa2 keputusan.. dan terimalah apa saja pandangan orang.. sesungguhnya pandangan orang lebih bermotivasi dan menyedarkan kau yang masih berada dalam keadaan tak rasional.. tak semestinya dia first love kite, dia adalah sempurna untuk kita.. sometime, others just gunakan kita untuk mengisi rasa kosong dalam hidupnya..





Friday, November 19, 2010

tolong mengingatkan aku..? terima kasih banyak2 la!

Salam..


hari minggu menambah kebosanan di jiwa..
lebih2 lagi cuti semester umpama menyeksa zahir dan batin..
dulu bukan main mengejar cuti..
sampaikan takde cuti.. buat2 cuti..


fiona berguling-guling atas tilam empuk..
tetapi berpuluh-puluh kesan koyak-rabak..
umpama tilam yang digunapakai oleh orang susah..
padahal ayah dan ibunya seorang jurutera terkemuka di Malaysia..


tek tek tek tek..briiipp ( bukan signal lucah yaa )
bunyi mesej masuk ..
fiona cepat2 membuka mesej itu..
hidup single-mingle agak berbeza dengan adanya couple..
3 bulan sudah berpisah dengan pakwe..
umpama 3 dekad lamanya..
Alhamdulillah bagi fiona ..
dia senang melupakan lelaki yang melukakan hatinya itu..
bukan tiada perasaan sayang langsung sebelum ini..
tetapi hatinya cukup robek. dan dia tak mahu lagi menyeksa hati, diri
gara2 lelaki tidak berguna itu..
fiona hanya menganggap forgive & forget adalah alasan kukuh untuk
mengkuburkan cinta yang 3 tahun bertahan lamanya sebelum ini..

( 1 ) message received
from : Hazrul


nama yang sudah 3 bulan menjadi abu dalam handphonenya..
itulah nama yang munghunus dirinya..
pakwe tercinta dan sekarang merangkap ex-pakwe tersial..
dia bukan menghukum lelaki itu dengan gelaran sedemikian..
tetapi dengan apa yang lelaki itu buat..
sudah cukup menumbuhkan rasa benci dan lara dalam jiwa..


Hazrul : Salam yunx.. lame tak dgr khabar.. sihat??

fiona confuse.. sama ada dia perlu reply mesej tersebut atau tidak..
dia cuba untuk bersikap bersahaja.. tetapi ' yunx '??
bukan kah itu panggilan untuk fiona semasa mereka masih bergelar couple?


Broken Heart Pictures, Images and Photos

Fiona : wsalam..aii..clap hantar mesej ke??

Hazrul : tak lah..mahu hantar salam syg kat fiona tercinta la..


demn lelaki ini! kenapa mahu hidup lagi dalam gua hati gua?? huh! calm down fiona.. tabah2! cool beb! * cuba memujuk dirinya..


Fiona : tak takut kena marah kat makwe ke??

Hazrul : makwe okey je kot.. rileks sudah ye yunx..kalau syg tak bagitahu.. takde la dye tahu..

Fiona : elow.. dont be such a player again. what goes around comes around. hate u!

Hazrul : ikut suka syg la nak hate ke pe ke? abg lebih suka kalau syg love:)

Fiona : jantan apekah kamu ini? * mula berkasar denga ex nya itu..tidak suka melihat perempuan lain dipermainkan oleh Hazrul lagi..

Hazrul : u r my 1st love syg.. takkan i nak senang2 lupa u..miss u sgt2..

Fiona : so??????

Hazrul : dah2 la merajuk lagi.. u nak taw tak??

Fiona : pe ke hell????

Hazrul : kalau abg tgk muka makwe abg skrg.. selalu trbayangkan fiona syg..

Fiona : like i care!!

Hazrul : tak kisah lah.. paling abg tak leh lupa. perfume dia.. persis bau Fiona..passion giler..

Fiona : i dont want to know!

Hazrul : abg tgk Fiona tukar status kat facebook dah ' in a relationship '.. ngan sape ek??

Fiona : Ehh! pe hal ko nak menyibuk hal aku? ada aku kisah hal ko?

Hazrul : syg.. actually, serius. i still love u.. abg silap selingkuh ngan syg.. masing2 buat silap.. please forgive me..

Fiona : i dah lame maafkan u.. & i pun dah boleh terima relationship u dengan perempuan tu. so, back off from me! & please tak perlu buat baik yang u still ingat i sbb persamaan i dgn perempuan tu

Hazrul : please stick with me.. abg tak rase hgbn abg ngan makwe skrg lama.. abg lebih sygkan fiona..

Fiona : i not like u! i appreciate org yang betol2 sayang kat i. so, u jgnlah m'harapkan i kmbali lgi kepada u.. dalam hati i takde lgi u..

Hazrul : please wait for me.. i'll back to u syg..


Fiona tidak membalas mesej terakhir itu. sejak itu juga.. Hazrul selalu text, call fiona. dan menyatakan kemahuannya untuk berjumpa fiona. ternyata fiona gagah mendindingkan diri daripada Hazrul. dia percaya, andai hubungan itu terputus dan menyambungkan ia kembali.. tidak mustahil, suatu hari nanti.. cinta dia bakal dipermainkan lagi oleh hazrul..


dia pernah berfikir 150 juta kali..
telah berkali-kali hubungan mereka terputus..
dan sebab mereka putus dan kembali adalah sama..
mungkin itu kesilapan besar bagi dirinya.
dia seolah-olah memberi peluang kepada hazrul
agar berkali-kali juga melukakan hati dia..
dia tidak sanggup!
pergi ko dari hidup aku!
ko bukan pencinta setia!
mati ko dari hidup aku!
mati!!!




p/s : kepada yg single..



ending:x