Pages

Showing posts with label kau. Show all posts
Showing posts with label kau. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

jikalau


Assalamualaikum wbt..


jikalau dia masih di sampingku..
akan aku habiskan sisa detik2 terakhir bersamanya.
akan aku hiasi hatiku dengan cantuman cintanya..
akan aku pahatkan namaku pada hatinya..


namanya sentiasa di hati..
bukan dahulu..
bukan sekarang..
tetapi selalu..

teringat matanya yang bercelak..
biar tak berwarna..
tetapi kemelayuannya tetap ada..
mengajar aku menjadi wanita..
bukan normal..
tetapi natural..


lembut suaranya bersyahdu di bunga telinga..
nasihat yang tak pernah lekang di bibirnya..
kata sayang dan cinta yang sentiasa berlirik..
bukan untuk dihafal..
tetapi untuk dilagukan setiap masa.

bukan kenangan hanya tinggal kenangan...
tetapi kenangan yang terindah kau untuk aku.



Monday, March 21, 2011

burung peliharaan..

Assalamualaikum wbt..



lorong2 gelap kembali terang dengan hadirmu..
kau pimpin aku sehingga ke akhir jalan..
aku sunggul di bahumu..
kau gagah bawaku ke situ..
aku hanya biarkan bibit asmara antara kita wujud..
jangan mati sampai takdir yang mahu..


kau suamkan seribu satu kisah kita dalam hidupmu..
tanpa perlu aku pinta..
kau biar hatimu dibuka tanpa kunci azimatku..
" aishi teru.. "..
hatiku terharu dengan ungkapan itu..
terima kasih palitkan bahang2 cinta kembali ..


setiap detik kau panaskan harapan yang kelam..
ragu2 tidak lagi..
"sayang anggap abang burung peliharaan sayang.. sayang mahu abang terbang bebas.. tapi sedar bahawa abang untuk sayang.. abang pulang.. kembali ke pangkuan.. asal abang tahu.. sayang sentiasa perlukan abang.. ".