Pages

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Saturday, November 9, 2013

bunga




aku rindu.
anganku. setiap ruang yang aku lihat.
ada engkau. ada putih. ada romance.

biar tak cerah. biar tak panas.
gelap dan tegap.
kata orang german. dunkel.
cukup cukup ruang untuk kita.
untuk diskusi mata ke mata
hati ke hati..

bukan mr.arrogant yang aku cari.
tapi mr.elegant..
biar tak korean. tapi melayu islam !

moga setiap saat.
pesanan suci.
khalimah Ilahi diakhiri



bagaimana aku tak suka?
bila ruang itu dipenuhi carnation flowers .
simbolik kita bersama : ]



Thursday, March 24, 2011

ubat pengasih fatian athiea


Assalamualaikum wbt..


kau nak orang yang kau sayang, sayang kau balik tak??
soalan cepumas betol kan??
siapa tak nak semua orang kat dunia ni sayang dia..
ishkk3..


first of all.. guwa nak sarankan..
kau pinggir jauh2 segala pawan..
tak perlu mintak dia sawan2kan orang guna segala ilmu dari Iskandariah Yunani..
tak perlu tak perlu..
cukup guwa dulu yang letupkan pawan2 ni dengan bom nuklear hancurkan hiroshima tu..
guna cara baik dan betul.. baru nice everythings kan??


sweet 1 : jangan berpegang pada 'what you give, you get back'

kalau kau betul2 sayang orang tu.. jangan mengharapkan apa yang dia pernah buat kat kita like being unfaithful or keluar dengan jantan or betina gatal lain , dia dapat balik kesengsaraan itu. mungkin itu silap dia. yang hanya letakkan mentaliti celah2 ibu jari kaki masa tu sebab kecewa kau tak layan dia. terima dia seadanya. kalau tak boleh terima, jangan benarkan dia masuk dalam seribu satu kisah hidup kau lagi. kau saja boleh berfikir secara rasional tentang hubungan kau dan dia. kalau masih sayang, try untuk buang kisah pahit itu, jangan kau telan. ludah sampai ia bersih. puihhh puiihhh!


sweet 2 : berserah. just go on.

we will fall in love with someone new when we are at the new place. kau sumpah kau setia segala bagai pun. guwa tak percaya. guwa pun 1001% admit yang guwa ni setia nak mampus. tapi bile kau sedar, kau jumpa je orang lain kat satu tempat yang baru. for sure, one day, kau akan attract with someone. yang jenis kaki tak boleh tahan nafsu. memang akan tinggalkan orang yang sayang dia bagai nak rak untuk orang yang dia baru suka ni. tapi yang kaki setia, akan try untuk minat2 saje. minat tu kan datang tanpa kite paksa, pergi tanpa kita rela, rite?? kau jagalah hubungan kau baik2.. guwa tak cakap what you give, you get back kalau kau mainkan perasaan orang.. tapi the karma is ' what goes around, comes around '.. do you believe in karma? kau lari macam mana pun. Allah itu Maha Adil. jangan tunjuk kau jahil sangat tahu nak mainkan perasaan orang je. kau percaya, jujur. cukup jadi ubat untuk cinta hati jauh nun di sana.


sweet 3 : may Allah bless the relationship

guwa mintak double triple super duper kau mintak banyak2 dengan Allah jaga hubungan korang baik2. tak semestinya nak mintak dia sayang, kau kena korbankan maruah demi buktikan cinta kau kat dia. cukup kau sujud, berserah, biarkan mutiara jernih jatuh di pipi dan angkat tangan menadah kebaikan. tak semestinya pegang2, i lap you, you labi air setiap masa can make your bond of chemistry punyai high viscosity. kalau suami isteri aku percaya. tapi kalau kau still takde hubungan yang sah. mintak dengan Allah agar jodoh korang berpanjangan.. bukan ke Allah pun suka dengan cara camtu.. ye dak??




aku pernah dilukai. tapi sabar jadi perisai dari segala kesedihan.
aku pernah dicurangi. tapi doa jadi penawar segala kesakitan.
aku pernah dibenci, tapi aku tahu Allah masih sayang aku.
aku ada dia, dia ada aku. kami ada Allah..


cuba untuk jadi engineer cinta hati sendiri.

Sunday, March 20, 2011

Akan Namamu..


Assalamualaikum wbt..


gurindam jiwa, luntur harumnya..
rindu hati siapa tahu..
jalanku sepi digalas tiada..
jeling di sisi tak siapa mahu..


ke mana langkahku kau turuti saja..
ku pegang erat tanganmu..
kau sisir lembut rambutku..
"abang janji letak sayang dalam hati abang selamanya.."..
aku senyum, tanda bahagia..
harapan ku pasang menggunung dunia..


kita riang santai di pantai..
wajah cintamu sebersih putih pepasir..
aku dakap lama tubuhmu..
aku tahu kau hanya ada aku, aku juga hanya ada kamu..


siang silih berganti..
malam malap sunyi..
ku intai engkau dalam mimpiku..
namun masih tiada kau muncul kembali..
berlinang air mataku..
bernanah jiwa ragaku..
hati ini tiada lagi penawar yang kau racuni..
aku berkalam noda..
cuba suci kenangan kita..
biar ku rantainya walau tanpamu..
moga bila ku seru namamu..
kau sentiasa ingat padaku..


bila ku sebut nama mu..
kau terasa rindu padaku..
" kita ada chemistry kan?? chemistry kite ada strong bond.. "..



kini sisih tanpa kamu..



Tuesday, March 15, 2011

aku tahu dia SAYANG..


Assalamualaikum wbt..


semasa dia jalan2 meneliti setiap sudut ruang..
matanya merenung tepat ke mataku..
seperti satu bayang indah menerpa di hadapan..
aku tahu dia sayang..


dia berusaha untuk mendekatkan diri kepadaku..
dia mendalami satu persatu kisah hidupku..
aku mula rasa dihargai dan dari situ..
aku tahu dia sayang..


bila dibuka secebis hati untuk dia miliki..
aku rasa dunia ini hanya untukku..
ranjau hidup mula berwarna..
aku tahu dia sayang..


hari bertukar malam..
malam bertukar siang..
setiap yang indah. bukan selalu menyanjung perjalanan..
aku tahu dia sayang..


dia mintak pegang...
aku cuba larang..
dia merajuk. aku memujuk..
dia diam membisu. aku petah merayu..
tapi aku tahu dia sayang..


munculnya tidak lagi selalu..
tawanya tidak lagi ku dengar..
hanya sekudus doa untuk kami aku harapkan..
aku tahu dia sayang..


aku lihat dia bahagia..
bersama insan yang lebih membahagiakannya..
aku bahagia melihat dia bahagia.
walau tiada sepatah ungkapan perpisahan darinya..
aku tahu dia sayang..


hari berganti hari..
dia mula bertandang..
meminta hati kembali kepadanya..
aku tahu dia sayang..


aku tak mahu kisah cinta aku..
hanya sebagai persinggahan untukmu..
biar pahit aku telan..
manis aku ludah..
aku tahu dia sayang...


aku punyai sebab untuk semua ini..
sesungguhnya hati ini tak pernah melontarkan dusta..
aku sayang dia.. dan ..
aku tahu dia sayang..



Sunday, March 13, 2011

jangan KHIANATI aku,,


Assalamualaikum wbt..



Jangan KHIANATI aku,
jika cantikku hanya seketika untukmu...
sebagai tanda bangga untuk kau bermegah-megah dengan yang lain..
sukamu tak lagi riang seperti dahulu..


Jangan KHIANATI aku,
jika cinta yang aku beri tak sebesar istana yang kau bina..
tak seabdi hamba untuk rajanya..
tak seindah rupa di kayangan sana..


Jangan KHIANATI aku,
tika aku tak mampu lagi mengisi kekosongan dalam jiwamu..
lupus dengan kata2 azimat pujuk dan rayu
kuntum2 bunga yang dulu mekar..
kini layu kekeringan...


Jangan KHIANATI aku,
bila sang puteri malam belai setiap lena mimpimu..
kau rasa hangat lalu sisa2 cinta untukku mati..
terus terkubur tinggalkan aku..


Jangan KHIANATI aku,
kerana aku lemah untuk senyum dalam sakitku..
menatap setiap kebohongan dari jujur matamu..
sekadar setia dalam kecurangan..


Jangan KHIANATI aku,
aku perlu simpan cinta ini hanya pada yang sudi..

Saturday, February 26, 2011

Cinta, Hati . . .(dot dot dot)

Assalamualaikum wbt..

pada suatu hari..
di sebuah pulau..
terdampar dua orang makhluk Allah iaitu Cinta dan Hati..
mereka saling menyalahi antara satu sama lain..
kerana tersesat di pulau tersebut..


nak dijadikan cerita..
mereka terpaksa melupakan perasaan sakit hati yang mendalam
akibat hidup rumit yang mereka perlu survive di pulau itu..
tiada talian hayat boleh didapati..
justeru, mereka hanya redha menunggu bantuan..
hati sentiasa meminta pada Allah agar mereka diberikan peluang menemui jalan keluar..
manakala cinta hanya tahu merungut dan meminta hati untuk mencari jalan..


lama-kelamaan..
tanpa disedari akibat segala-galanya perlu dikongsi..
bibit2 manis dalam perhubungan terbit..
al-kisahnya disebabkan..
cinta yang sakit kerana kerinduan yang amat mendalam terhadap keluarga..
hati sentiasa sabar melayan dan merawat cinta..
cinta mula rasa bahawa hati adalah manusia yang tepat Allah cipta untuknya..
"mungkinkah apa yang berlaku ini satu hikmah???"
cinta mula tertanya-tanya dalam dirinya..


pada suatu malam..cinta sangat lapar..
hati yang melihat cinta tak tahan dengan situasi itu..
terus hati sedaya-upaya mencari ikan dan buah kelapa untuk dimakan dan minum..
sedang hati membakar ikan..cinta melihat hati sedalam-dalam renungan..
hati merasa kekok..
" kenapa cinta tengok aku je dari tadi??
punggung aku terbakar ke??
muka aku naik jerawat banyak sangat ke?? "
hati mendengus..
cinta pun mulakan perbualan..

cinta : hati...terima kasih sebab banyak susah2 untuk saya..

hati : takde yang susahnya.. masa ni je saya boleh tolong awak.. lepas kita dapat keluar dari pulau ni.. masing2 dapat jalani kehidupan seperti biasa lagi.. tak sabarnya..

cinta : tapi saya mengharap kita masih bersama..

hati : apa maksud awak???

cinta : sejak kita sesat kat pulau ni.. saya rasa awaklah teman hidup saya yang tepat..

hati : kenapa awak rasa macam tu???

cinta : sebenarnya saya mengikuti rombongan ni sebab nak lari daripada pressure akibat kena kahwin dengan pilihan parents..

hati : kenapa kamu tak terima saja?? kan pilihan parents itu lebih berkat..

cinta : tapi saya tak sayang dia, macam mana saya rasa sayang kat awak sekarang..

hati : saya mintak maaf.. saya tak sengaja buat sesuatu sampai boleh timbul perasaan sayang kat saya..

cinta : kenapa?? salah ke saya sayang awak???

hati : saya sudah ada iman.. saya perlukan iman sangat2.. saya tak nak curang pada dia..
lagipun kami dah berjanji akan sehidup semati.. kalau iman takde dalam hidup sayang..
dunia bagaikan kiamat..

cinta : tapi iman pasti dah lupakan awak.. kalau tidak dari dulu lagi kita dah boleh balik..

hati : tolong jang beerprasangka buruk kat iman.. iman kurang sihat.. mungkin sekarang kondisi dia lagi parah akibat ketiadaan saya di sisi..


tiba2 datang bot penambang..
cinta dan hati terus melambai-lambai ke arah bot itu..
walaupun cinta terasa dengan pengakuan hati..
cinta mula faham kenapa tak semua cinta nak, cinta boleh dapat..
mungkin dalam hidup hati....


" kadang2 hati kering tanpa sinar hidayah daripadaNya.. Oh iman.. janganlah tinggalkan hati, pasti hati terluka... Imanlah penawar hati.. keranamu iman.. Hati mengenal Sang Pencipta yang Maha Pengasih.. Yang telah mengurniakan iman pada hati.. Iman, hati perlukanmu iman.. Ya Allah.. peliharakanlah imanku ini.. Imanlah sebaik-baik teman yang indah sekali buat hati "..



cinta tidak cukup untuk membahagiakan hati..
lebih2 lagi, manusia sekarang lebih berpegang pada cinta nafsu..
bukan cinta ikhlas kerana Allah..
carilah orang yang beriman..
moga dia dapat membimbing hati kita yang kering hati untuk merasai cinta yang sempurna dari Ilahi..



Tuesday, February 22, 2011

jangan kembali lagi..

Assalamualaikum wbt..


cinta ibarat bunga tahi ayam...
indah dipandang dan disentuh..
tetapi hakikatnya busuk bak tahik ayam..
itulah hakikat cinta..
kata orang..
jika kita pernah memberi cinta itu pada seseorang..
biarkan dia menjaga ia setulus hati..
jika dia tidak hargainya lagi..
tinggalkan dia...
sesungguhnya jauhkan cinta itu daripada berdarah kembali..


tepat jam 12.30 semalam..
aku senyum melebar teringat akan apa yang telah berlaku kelmarin..
pertunangan angan, musnah di tepi jalan..
mungkin ia akan menjadi realiti beberapa tahun lagi..
insyaAllah..doakanlah untuk aku..

lagu speak now mengilai di malam hari..
aku terus angkat henpon..
khuatir jika lagu itu mkembuat roomate jadi gila pagi2 kerana aku..
aku reject ia beberapa kali..
akhirnya aku terpaksa akur..

aku : Assalamualaikum...

dia : Waalaikummussalam wbt.. beb.. syasya ni.. asal kau reject call aku weh??

aku : alahh.. sorry lah.. roomate aku dah tidur.. takut mengganggu.. belum sempat aku mesej.. kau terus masuk line terus-terusan..

dia : beb.. dia mintak kembali..

aku : siapa?? apa ni?? aku tengah maimai lagi.. kau mengarut malam2 buta.. kau nangis ke??

dia : yelahh.. kau tak dengar ke suara aku dah lain?? mata aku dah macam bisul.. bengkak tunggu masa nak pecah je..

aku : aisshhkk.. ada2 je kau ni???acu citew, acu citew.. ape ke hell ni??

dia : dia mintak putus dulu, kau tahu kan??

aku : yeah.. then???

dia : dia cari aku balik.. mintak sambung.. dia cam tahu2 je aku lonely.. and need someone to share with..

aku : dah2 lah.. kalau aku kat tempat kau.. mungkin aku akan mintak kekuatan daripada Allah untuk jauhkan dia daripada aku.. tapi kalau kita dah usaha giler2 untuk jauh.. tapi dia semakin dekat.. mungkin Allah tetap mahu jodohkan kita dengan dia..

dia : tu lah yang aku fikir.. kawan2 selalu kutuk2 dia.. tapi aku tak sanggup tipu diri..

aku : aku just berani cakap.. kalau kau terima orang yang kau pernah sayang dan tinggalkan kau.. kau kena berani hadapi satu je.. probability untuk dia kecewakan kau... dan lakukan perkara sama 95 out of 100%..

dia : dah kau macam mana??

aku : aku macam kau lah..try positif kan diri.. sesungguhnya aku dah mintak banyak2 dengan Allah.. apa yang akan jadi lepas ni.. mungkin itu yang aku perlu hadapi.. percayalah.. semua tu atas kita..

dia : thanks.. aku dah speechless after cakap dengan kau.. kau lah jawapan atas semua persoalan aku..

aku : apa.. kau ingat aku dictionary or wikipedia ke??heheee..


talian berakhir dengan kegembiraan.. mungkin jika aku berada di hadapan dia, sudah tentu aku dapat lihat muka yang suram, bercahaya kembali..


mintaklah dengan Tuhan apa yang terbaik untuk diri..
semua orang pasti merasa madu hempedu dalam perhubungan..
cukup kau percaya dengan diri..
dan letakkan kepercayaan kepada orang yang kau sayang..
kau akan rasa tenang..
sebab tak perlu susah2 bebankan diri fikir sesuatu yang tak perlu kau fikir..


cheers

Wednesday, February 2, 2011

jangan pernah kau cuba untuk berubah..


Assalamualaikum wbt..


anda mempunyai masalah percintaan yang agak kronik??
anda mempunyai masalah tenaga zahir batin yang tiada penawarnya??
anda masih tidak mendapat penghargaan daripada suami isteri??
anda masih kekurangan anak??
yess! BUKAN aku orang yang anda cari..
pergilah jumpa tok leman tongkat Ali ke..
mak leman Pearl kacip fatimah ke..
baru ohmmmmmm kot..


kalau dulu2 pernah terjadi kejadian ini..


aku : makan tak lagi??

dia : makan dah..nasi lemak.. nak?? boleh abg tolong suapkan..

aku : takpe lah.. esok nak buat ape??

dia : tak tahu lagi..yang pasti rindu kat syg sepanjang masa.. tak lengkap lah hidup tak rindu kat syg..

aku : hehehe..yelar tu..*malu mula menular dalam diri.. cayang tak syg??

dia : syg giler.. kalau diberi pilihan harta kekayaan sekalipun, abg pilih syg je..



tapi sekarang.. betul cakap orang tua2.. makin lama bercinta, makin terhakis perhatian.. lebih baik bercinta selepas kahwin..

aku : apa perlu dibuat untuk rasa dihargai??

dia : buat sampai dirasa hargai..

aku : dah makan?

dia : dah.

aku : cayang tak syg?

dia : hermmmm....


cess! kepala hotak hang.. pantang nenek moyang gua der.. kalau terjadi..
gua dah bagi green light kat mama gua untuk carikan jodoh untuk gua..
tapi situasi ni memang agak sering terjadi..
time mengorat.. bukan main jawapan tak muat space henpun double three ten..
tapi bile dah dapat, jadi hak milik lame2.. space mesej lebih2 dalam blackbelly pun tak nak guna..
inilah manusia yang hanya pentingkan nikmat jangka pendek.bukan untuk cuba menjaganya for a long period..


bile tibe time nak dapatkan si perempuan or si lelaki.. yang tukang mengorat ni.. haishhh..bukan main.. pagar yang ada cerucuk tajam2 nak belah lembu pun sanggup panjat.. duit habis pun tak kisah.. beli barang tak main low class.. beli yang branded2 punya.. asal keluar jalan2, date ke.. nak je kasi something.. buat yang kena ngorat tu cair.. terpikat sampai meleleh lah beb.. nak makan tak sampai perlu bersuap pulak kan? makan pulak secret recipe.. hotel lima bintang.. warung mamak tepi jalan tengah2 laluan chow kit pun dah tak pandang.. even sebelah mata je pun. uhh! berkire.. nak kasi keselesaan lah konon untuk buah hati pengarang jantung pisang cicah budu.. mesej tak kire masa.. sampai mak ayah tengok pun kehairanan.. kalau boleh, si anak ni macam nak masuk dalam henpun.. lambat reply sikit.. giler risau.. terus call.. tak kirelah tengah berak ke, makan ke.. cakap fon lagi lah..
kalau boleh lapan jam orang kasi waktu tidor.. lapan jam tu lah perabis kredit call si awek or si pakwe.. yelah.. tidor tak lena kalau tak dengar suare si pecinta ni..


tapi bila dah dapat.. yang baik dah tak nampak kat mate.. asyik nak tegur je serba kekurangan dan kelemahan.. jangan diharapkan something time keluar.. atleast cam gula2 ke.. ni hadiah birthday pun langsung dah tak dapat.. kalau wish birthday pun tak tunggu untuk jadi yang first dah.. macam " caring is nothing ".. makan toksah nak cakap.. kalau dulu semua nak belanja.. sekarang punya hell.. " you belanja i hari ini okeh?? duit i tak masyuk lah bulan ni ".. makan pun setakat beli hot dog cucuk or jagung rakyat, makan dalam kereta je.. alasannye... " romantik sikit kan?? ".. hidup pun dah tak kisah mesej ke, tak.. call ke, tak perlu.. kalau tak mesej seminggu pun, macam takde pe2.. " you dengan hidup you, i dengan hidup i ".. asal yang kena ngorat dulu top up kan kredit untuk si pengorat sudah.. mesej dengan orang lain, call orang lain pun tak rasa bersalah.. tak ingat langsung jasa baik orang tolong top up kan.. bile dah selalu bersuap-suap.. lama2.. " you ada tangan, makan sendirilah.. "..


jadah ada manusia gini..
berusaha giler mereng nak dapatkan apa yang dia nak..
bila dah dapat sia-siakan..
bila dah sia-siakan, sebelah pihak mula rasa tak dihargai..
bila terus terang cakap hal sebenar..
" i dah malas nak layan2 perasaan ni "..
pastu bila kena tinggal.. merayu-rayu nak balik..
bila dapat balik.. tak hargai balik..
asyik pusing2 sampai nak mampus..
baik tunggu jodoh lagi baik kot..

kalau dulu
"sharing is caring,
caring is loving.."
tapi sekarang..
" sharing is caring,
caring is loosing"..
chitt!!


"He is loyal to his own career but only incidentally to anything or anyone else. "


Saturday, January 15, 2011

S E P I

Assalamualaikum wbt..


bile hati berbicara tentang keindahan hidup..
tiada yang pasti selain kurnia daripadaNya..


bila ditanya soalan tentang cinta??
ada kau fikir apa jawapan yang sesuai untuknya..??
ada kau fikir untuk siapa kau mahu memberi cinta itu??
ada kau fikir demi siapa kau hidup untuk cinta??
ada kau fikir kesetiaan yng kau sajikan untuk siapa??


hati sepi.. kosong umpama tin susu cap tip top teko
yang tiada lagi sebarang kemanisan dapat dikongsi bersama..
penuh karat.. dan tiada lagi kegunaannya..

untuk merenung sejenak tentang cinta..
aku lebih memilih untuk berdiam tanpa kata..
biarkan minda menguasai ilusi..
yang nyata.. cinta antara manusia tiada kemanisannya sehingga ke hujung nyawa..
pada suatu hari.. ia akan tetap jua bermuram dengan noktah cinta..
untuk mengejar cinta sehingga ke akhir garisan..
lemah.. bertafakur kepada Allah..
tentu tenang hati..
tiada lagi kekusutan yang memaksa diri menyumpah-nyumpah tentang keadaan hidup...


" sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah..
yang jelik itu daripada diri kita sendiri "..


biar pahit mana pun cinta lebih daripada hempedu..
aku hanya biarkan sahaja ia bertandang..
agar hidup aku dihiasi dengan bunga-bunga cinta yang mekar..


moga orang yang bertindak zalim terhadap cinta, yang tidak tahu menghargai kewujudan cinta dalam hidup.. tidak wujud dalam hidup aku.. yang hanya memerlukan cinta suci , bermula daripada nawaitu hanya kerana Yang Esa.. aku sujud mohon Kau jauhkan aku daripada manusia sebegitu rupa..


Monday, January 10, 2011

rythm of LOVE ...


Assalamualaikum cinta..:]

di keheningan malam..
termenung ke keseorang...
tak lena mata dipejam..
lalu ku belek2 setiap helaian buku Thermodynamics..
tibe2 henfon ber'brip brip'..
menandakan mesej masuk..


Dia : hye syg.. watpe??

Aku : kebetulan tengah teringat kat abg la ni.. tengok2 abg mesej.. kite macam elektrik kan??

Dia : a'ah.. nampak sangat kite ada chemistry..

Aku : a'ahhh.. nampak sangat kite duduk satu ship..lebih2 pulak.hehehe..


chemistry?? al-kebetulan gua budak kimia.. ship? dia pulak budak shipping a.k.a marine..
takde hal perasaan gua nak kongsi di sini.. tetapi cukup terbukti secara logik dan highest mentalitynye cinta kepada manusia boleh ditimbang tara dan diumpakan dengan pelbagai ciptaan Maha Esa, mahupun ciptaan makhluk species same..


sudah terang lagi bersuluh bila wujudnye cinta Romeo and Juliet.. Jack n' Jill.. Mr. & Mrs Smith.. whateva lah yang gua dah agak mengarut.. bila besarnya cinta manusia ini juga diumpamakan dengan Taj Mahal.. tingginya pula seperti KLCC.. kekuatannya juga lautan api ku redah jua.. see.. manusia suka bandingkan cintanya itu dengan sesuatu yang wujudnya hanya sementara.. terbukti, kita sebagai manusia juga tak yakin dengan cinta yang bakal kita puitiskan.. sekadar petik dan buang apabila ia layu..


sesungguhnya, kita mungkin sudah mengerti dan faham sedalam-dalam kejadian bahawa cinta Allah adalah cinta paling agung di dunia ini.. bukan hanya kekal duniawi.. malah berpanjangan sehingga ukhrawi kelak.. kau nilai lah sendiri cinta kau mampu bertahan sampai bila untuk makhluk bernama manusia, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan.. maka kau bandingkan ketahanan kau untuk bercinta dengan Ilahi..


bagi gua, semenjak lekatnya benih dalam rahim mama gua.. cinta kepada Allah sudah sebati dengan diri.. makanya.. dekat-dekatkan lah diri kita dengan Ilahi..


kiamat dah dekat lah weyyy!!
peace:)


Thursday, December 23, 2010

kerja lelaki bila berkasih..


Assalamualaikum wbt..

sepasang kekasih duduk bertenggek kat tepi tasik..
yang lelaki panggil perempuan 'ma' ..
yang perempuan pulak panggil si lelaki ni 'pa'..
memang heaven hidup berkasih-kasihan bagai suami isteri tak halal..

pa : can i kiss u ma??

ma : i give u blow kiss yap!!

pa : alah ma.. cepat la.. comolot je.. takde orang ni..cepat2..

ma : comvontot nak??..mmuahhkkss.*^^*

pa : GOTCHA! dapat pun pegang tangan dia..

ma : ape ni pa ?? tak suke larh...

pa : alaa..sikit je..

ma : sikit2, lame2 jadi bukit.. cayang tak ma??

pa : u are my passion ma..arghhhh..


kau percaya dengan semua ni??
aci tengok !! pe2 mesti lelaki start semua haram jadah ni kan??
kalau perempuan yang start dulu..
maknenye.. kau as lelaki dapat perempuan yang tak tahu malu la tu..
kalau dapat lelaki yang start dulu..
gua boleh cakap 'N O R M A L'.
kenapa normal??
even lelaki tu ada satu je nafsu, sembilan akal agak terbaik lah..
tapi satu nafsu tu besar..


tapi gua rase..
same2 salah.. tok sah nak tunding jari kat sape2..
sebab kalau si perempuan tak layan kehendak si lelaki..
si lelaki takde nye nak gatal lebih,
over limited edition ni.. ye dak???


tengoklah sekarang..
banyak cerite kat newspaper..
isteri diseksa di ranjang..
aishhkk orang kite..ape nak jadi??
dengan isteri pun nak ganas2..
bagi lah space kat isteri dulu nak ready2..
ni pakat baham macam harimau, pe ke hell??
gua tak paham lah dengan nafsu lelaki ni..
bermaharajalela sangat kan??
tension2 kalau dapat yang macam tu..




konon aku terima kau seadanya.
kau terima aku seadanya lah sangat..
konon aku sayang kau..
kau sayang aku lah sangat..


lari lintang pukang la mak oiii.
nafsu. duniawi semata-mata..



Wednesday, December 8, 2010

pengorbanan harum untuk hidupku..


Assalamualaikum wbt..


aku kebas2 setiap cibisan debu yang hinggap di kerusi buruk itu..
ternyata cuaca hari ini agak baik..
barcahaya tidak seperti hari sebelumnya.. malap, bawa gundah gulana saja..
aku mula melabuhkan punggung di atas kerusi itu..
menyingkap pandangan ke luar jendela..
kelihatan anak-anak kecil gelak nakal sambil bermain ting ting..


hatiku tenang riang.. sedang diulit dengan kepetahan kanak2 itu..
angin menyusur..menghembus lembut ke wajahku..
habis rambut yang ikal hitam legam menyerabut penglihatan tajam ..
tersentuh akan kedua-dua mata hatiku..
mata yang dulu pernah disakiti, ditusuk dan dipiatukan dengan bahan kimia..
aku hanya bersyukur kerana ada yang sudi berkorban untuk itu..


saat titis air mata ini tidak pernah kering jatuh..
seorang teman menasihati agar jangan deritakan mata itu lagi..
biarkan mata yang dulu pernah menjadi milik orang yang aku sayang..
kini bertemu bahagia di sampingku..
aku memaksa agar mata ini sentiasa tenteram bersamaku..
namun bila kenangan lampau menerjah ke lubuk khayalan..
aku goyah..jatuh dan tidak dapat menahan jilid kenangan itu..


pemuda yang pernah membawa syurga ke halaman hidup aku..
moment indah sentiasa dikongsi bersama..
seorang phtographer yang tidak jemu mempotretkan aku sebagai suri hidupnya..
aku lah peneman, aku lah penghibur, aku lah penawar..
semua dari tulus dasar hati yang tidak angkuh mengaku cinta..
obses itu telah melunturkan ego aku..
yang dulu pernah menolak mati-mati cinta itu..


tetapi kini, semuanya telah dirampas kembali apabila..
cecair yang digunakan untuk mencuci foto2 ilhamnya..
terpalit, mencabut nyawa kedua-dua mataku..
aku tahu dia menyesal..
sebab itu matanya kini menjadi milikku..


manusia durjana yang tidak mahu aku bahagia.
sering saja menggempar-gemparkan alasan..jahil.
konon si dia sudah pergi untuk selama-lamanya..
namun aku percaya.. percaya dengan permainan hati..
bisikkan hati itu tidak pernah tipu..
pernah terdetik, mungkin dia pergi kerana sesal..
tetapi aku tidak peduli..
sesungguhnya dia telah bayar sesalannya itu dengan hadiah paling bermakna..
sesungguhnya juga aku sesekali tidak mengharapkan semua itu..


di mana ada dia, di situ jantungku tidak akan berhenti-henti memanggil..
aku tahu dia ada untuk aku..
aku mahu dia pulang..
pulanglah ke pangkuanku..
kau adalah milikku selama-lamanya..


cinta itu tidak perlu dibayar dengan berdulang-dulang hantaran..
cukup dengan doa dan makbul dari Yang Esa..
membawa cinta itu bahagia ke akhirat selama-lamanya..
bawalah aku melakar cinta. harum di pintu Syurga..


adaptasi dari sebuah lagu:)

Wednesday, November 3, 2010

nak berpacaran boleh??



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


fuuhhhh..fyuuhhh.. kena hati2 nak berkata-kata ni..silap haribulan padah menimpa.. Al-Maklumla..zaman dunia tanpa sempadan ni.. budak2 4 tahun pun dah tahu pasal cinta..
kenapa aku cakap camtu??

adik sepupu aku sorang ni la..


aku : sabrina2..ramai tak kawan kat sekolah???

sabrina : ramai..

aku : siapa?? bina rapat ngan siapa?

sabrina : boboy..

aku : boboy je??

sabrina : dia suka kat bina..bina pun suka kat dia..dia bagi ais krim kat bina ari tu..


aduyaii adik sepupu aku sorang nih..bikin aku pening saja.. aku yang 19tahun ni pun belum tahu apa maksud sebenar cinta.. tengok, jeling2 orang sekeliling pun..rasa macam tak ada yang layak nak buat laki a.k.a suami lagi..hehe *^^*.. terus malu..blushing2 pipi aku.. hahaha..


dengan pelbagai berita tentang pasangan yang sedang sodap bercinta.. ada yang kena pukul, dibunuh oleh pakwe sendiri.. family perempuan kasi racun kat pakwe dia akibat tak restui hubungan mereka. huhh!! gerun.. macam salah pulak bercinta kan?? tapi ada baiknya.. Allah dah cipta perempuan dari rusuk lelaki.. tentulah Allah dah tetapkan siapa jodoh kita. So, watpe susah2 nak cari kan?? kan?? kan?? anything happens for a reason right??*speakin la pulak..



bak kata dailamidaniel :

" cinta bkn b'maksud m'cari yg sempurna. Cinta bkn b'maksud m'cari yg t'baik TETAPI cinta adalah bagaimana kite mmpu m'yempurnakan hidupnya dan b'usaha utk m'jadi yg t'baik di matanya. Cinta tu tak buta. Cinta tu sentiasa m'lihat. Lihatnya dri mata, tafsirannya dari hati. Cinta yg sejati adalah ketika kite hadir dalam hidupnya, kite dpt menjana 1 k'hidupan yg lbih baek. Jgn biarkn cinta tu BUTA krna cinta tu akan musnah. Biarkan cinta tu s'tiasa MELIHAT agar kite dpt m'nilai antara putih dan hitam. "


pandaikan beliau berkata-kata.. ? belajar dari mana pun aku tak tahu.ngeh5.. tapi camtu lah.. semua orang ada definitionnya tersendiri pasal cinta. aku hanya mampu mengkategorikan diri aku ni sebagai orang yang masih mencari cinta sebenar.. susah nak dalami setulus-tulus hati orang yang cintakan kita.. semua orang boleh tunjukkannya dari segi luaran, tapi dalaman?? hanya Allah yang tahu ..sedangkan cinta Allah aku belum puas nikmati, inikan cinta antara sesama manusia..


aku pernah terjah2 majalah.. memang banyak group cinta ini.. cinta kerana Allah, cinta kerana nafsu.. cinta kerana paksaan..fyuhhh!! macam2 dunia. sebab tu aku takut nak kenali manusia ini sedalam2nya.. bukan aku serik bercinta. bukan aku serik berhadapan dengan orang yang aku letakkan dia sebagai pecinta.. tetapi lihatlah dunia. ramai wanita yang terjerumus dalam ledakan nafsu lelaki. seumpama wanita ini barang yang senang2 mereka perkotak-katikkan.. dan buang tanggungjawab mereka untuk ditemukan di neraka nanti. Nauzubillah.. kenapa membiarkan mati hati, bankrap akal, muflis jiwa manusia itu??


janji yang manis dibibir tak bawak kemana-mananya.. mula2 bercinta.. macam2 janji yang ditaburkan .. tapi bila dah putus.. mula lah nak kaitkan 'jodoh di tangan Allah' la.. 'kita dah tak serasi' la. hello!! talk to my hand! wadefakk la manusia camni. kenapa mula2 bercinta tak fikir tu semua? senang2 suruh parents carikan jodoh. tak pun tunggu bulan jatuh ke riba boleh? memang kita bercinta untuk mencari keserasian.. bila dah serasi, pasti bahagia tu ada kan?
hrmmm.. entahlah nak bicara apa lagi.. aku dah muak bercerita tentang cinta.. yang aku sendiri pun belum jumpa2 kefahaman sebenar cinta nih..

kawan2 aku cakap ..

" tian.. tolong!! engkaulah dr.cinta ku.."

hahahahaa..mahu aku guling2 dengar camtu..
sedangkan aku pun masih buta mengenali cinta. boleh lagi mereka puji2 camtu..
trimas2..hehehehe..


last but not least..
korang layanlah video ni..
before tu, pergi kat sidebar. 'pause'kan page's song tu yepp:)




Sohaimi Mior Hassan

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarangKorus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayangBiar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


Ana Raffali

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mamaHantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus


Altimet

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketigaAku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apaBerani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah


adios x)


Wednesday, September 29, 2010

24 ciri-ciri orang yang mencintai kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”