Pages

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Cinta aku MAHAL

Assalamualaikum wbt..



disukai kaum berlainan jenis bukan pilihan..
malah aku makin gerun, takut dengan dugaan itu..
ya. aku shortlist kan ia sebagai dugaan..
sebab aku rasa Tuhan mahu aku KUAT..
kuat membina tubuh teguh untukNya.


mungkin aku tak secantik model.
tak seglamour retis..
memang bukan itu aku kejar..
cukup menghambakan diri padaNya..


kalau diberi peluang..
ingin aku turnback 360 degree..
biar aku baiki mana kurangnya diri
biar aku baiki hidup aku dahulu..


biar mereka tahu.
CINTA aku MAHAL..
MAHAL untuk dikejar.
MAHAL untuk diraih..


biar yang dapat rasa bertuah..
biar yang memiliki rasa bersyukur..
biar yang berusaha rasa berbaloi..
maka kau patut rasa semua itu .



ya KAU



Tuesday, September 7, 2010

diari RAMADHAN 19

Salammualaiq..


perkara yang sedikit pelik..
kalau nak buat diari tentang Ramadhan..
sudah tentu dari first2 Ramadhan aku perlu b'diari..
tapi sekarang punya cerita..??*apekah??.hahaah


korang pernah dapat hadiah di bulan Ramadhan tak???
huh! pasti ada yang jealous ngan aku. buat muka cam bentuk benzene je memanjang.hahaha
lau dari segi makanan.fuhhh.
memang tak menang tangan la..
ada je yang sudi belanja besar..
lebih2 agi time sekolah2 dulu..
ayam golek wajib!

untuk hari raya pulak??
haaa...jom share2...
ngeeee:)


aku pernah dapat kain sembahyang...

motif : supaya aku tidak lupa pada Yang Esa..
aku pernah bergurau-gurau ngan kawan2..
" alaa..sengaja kasi aku kain sembahyang..nak sakat aku la tu.."

dan disebabkan itu..aku kena sound dengan pemberinya..
" bukannya kasi kain sembahyang tu sebab nak sakat ke..pe? tapi itu pemberian ikhlas dari hati!!" *blurpp..aku mula sedih..:(


aku dapat brooch!!

ini rupanya..


motif : untuk dipakai agar tampak berseri-seri di pagi Syawal..
* kalau tak pakai pun..berseri-seri jugak kot.hahaha..
cantik kan?? lepas dapat yang ni..aku terus pulaukan brooch butterfly aku.hahaha


urmmm..ape lagi ek??
kad raye...


motif : nak nyanyi, mintak maaf depan2 segan silu..
so, hantar la ni..bila bace balik.mak aiii..lawak habis zaman mude2 dulu..


haa..tok sah nak cakap la..setiap tahun dapat..tapi semenjak habis sekolah ni..kurang memuaskan..lagi2 tahun ni..semua kawan2 pakat duk guna kelajuan dunia tanpa sempadan..
upload kad edit banyak2..tag kawan ramai2...
termasuklah dailamidaniel yang rajin2 buat untuk kami & da geng.huh!



tapi bagi aku..yang dulu, time kami form 4 tak silap lagi cantek....habis satu sekolah kecoh pasal kad raya kami..time tu friendster jadi tempat kami bermaharajelelabermaduasmara..muahahahha.*sengal!!!


yang paling special..
im da one je dapat..pitcha empunya pemberi barang kepada barang2 di atas..
ini dia...


motif : nak aku tatap muka dia selalu la tu.ahhaha

aku tak kisah pun sebenarnya dapat ke, tak..
bagi aku..saling maaf memaafkan bagi setiap kekhilafan sudah memadai..

hari tu bukan main semangat aku nak raye..
tapi makin dekat nak raya..makin mood itu..
melayang-layang cam carbon dioxide berterbangan di udara.fuh fuh..



jap2..kenapa diari RAMADHAN 19??
sebab aku dah 19 tahun..heheheh..
bukan title mak cik beranak 19..hek5..









dense : tak sabar nak balik..nak lepas rindu puas2..
aku : geli..wekss!!hahah

Saturday, September 4, 2010

sudah tiba masanya..


Salam...


bulan Ramadhan hampir menutup tirainya..
sedar tak sedar..
more and less one week lagi ..
Ramadhan akan pergi meninggalkan kite begitu sahaja..

Aku menadah tangan ke langit tanda syukur kerana masih dapat bersua
dengan Ramadhan tahun ini..
Sesungguhnya setiap Ramadhan ada kelainannya bagi aku...


Kadang2 aku isi masa aku dengan bangun pagi untuk bertemu dengan yang Maha Esa..
Sungguh kerdil diri ni bila mengenangkan ape yang telah berlaku...
tetapi..
sekurang-kurangnya..
aku cuba baiki kelemahan diri ini..
aku tidak suka mengelak dari kelemahan diri..
bahkan aku rasa..kelemahan lebih mematangkan aku..


aku fikir..sudah tiba masanya

memandangkan aku jenis cepat sedar akan kekhilafan diri ni..
tapi memendam rase lame-lame..
aku palitkan sedikit keegoaan..
akhirnya..
aku pilih hari ni untuk mengikat sillaturrahim..

bukan sebab hari ni, tika ini..
adalah bulan Ramadhan..
dan tak lame lagi kunjungan bulan Syawal bakal menjelma..

tapi aku perlu amek kira persepsi manusia zaman kini..
aku penat..lelah menahan hiba untuk memohon maaf..
sesungguhnya..
aku tak mahu lagi hidup dikelilingi mata2 jelingan maut..


kepada yang aku ada wat salah...
kepada yang bekerja as stalker half time tu..
kepada sahabat2 pena..
kepada rakan2 bloggers yang aku tak sempat nak follow balik tu..
kepada 'adik2', 'kakak2', 'abang2' aku..
kepada sepupu-sepapat terchenta..
kepada classmates2..
kepada pakwe makwe...


aku mohon ampun..
maaf yang amat dari hujung rambut sehingga hujung anak jari kaki..
internal, external..
luaran dalaman..
zahir dan batin...

dan aku kire..
ni tidak terlalu awal..

kite tak tahu pe yang tertulis untuk kite selepas ni..
so, aku fikir..
sudah tiba masanya...

aku harap semua dapat memaafkan aku..
kesalahan aku..
bak realiti hidup zaman budak2 dulu...kosong kosong ek..0-o

mungkin ada yang masih tak dapat memaafkan diri ni..
owwhhh tidak mengapa..
sekurang-kurangnya aku sudah memohon ampun daripada kamu..
tak dapat aku tunjukkan tingginya keikhlasan ni..
sesungguhnya keikhlasan tu tak leh nak predict ngan thermometer..
tak leh nak ukur ngan pembaris kayu 100m..
tak boleh nak timbang ngan neraca..
tak boleh nak accuratekan ia ngan vernier calliper..


" sedangkan Nabi memaafkan umatnya..inikan pula kite sesama manusia "..

aku hanya hamba Allah yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan..
dan aku juga berani mengaku...
jika ada manusia yang terus-terusan menyakiti hati aku..
luka hati yang disakiti perlahan-lahan
akan bertukar menjadi seperti nanah dendam..
tapi dendam aku tak dapat bawa ke mana..
akan ku pendam sahaja..
tiba masa dengan pertolongan Maha Esa..
dendam itu akan hilang begitu sahaja...


aku percaya ngan pertolongan Maha Esa..
jika kite tekad untuk tidak mendekati lagi kekhilafan lampau..
mohon Maha Esa sahaja delete dari memori ni..
pasti sudah tiba masanya..
ia akan hilang jua...

special dedicate..

mama, papa : please forgive for all mistakes i'd done..i try to be da best daughter but sometimes i can't get away for a long time from made any mistakes before..


classmates : nak sangat2 having bukak puasa same2..tapi mase tidak mengizinkan..so, aku harap next Ramadhan..kita jumpa lagi yup..


ex-MRSM & SKSS2, SMKSS, SBPSP : sorry banyak2..aku hulur 10 jari-jemari halus ni..moga kisah2 hampeh dulu tidak lagi jadi bantal busuk dalam dakapan korang..0-0..


cikgu2 & lecturer2 : terima kasih selama ni..mohon ampun jugak if sometimes datang lambat kelas.. tak leh score kuiz, test full marks..


sepupu-sepapat : ecspecially untuk sepupu kesayangan seusia aku, atiza.. maaf ler sebab usik tak boleh balik kampung awal2..tu la..nak jadi sangat budak medic..baik pergi sambung korea..tak pun Mesir tu..balik awal2 lagi.bhaahahah..

honeybunnydense : mintak maaf atas salah silap selama kite berkenalan..kadang2..masalah mematangkan kite..moga hidup ni lebih bermakna dengan petunjuk Allah SWT..saya sedar sape saya di mata kamu..dan saya harap kamu juga sedar, siapa kamu sedalam-dalamnya di hati saya..

rakan2 bloggers : terima kasih sebab sudi melawat blog ni..mintak maaf yup sebab tak serajin-rajin bloggers lain selalu update blog diorang..sesungguhnya..kamulah insan bertuah menyinggah kat entry ni:)..

it's not easy..but the benefits of forget & forgiving are ---> POWERFUL!


cayang + peluk korang ketat2..
mmmuaaahksss


p/s : doakan yang terbaik bila tibe masanya aku di bumi teknolgi canggih nanti..akan aku bawakan bunga sakura satu flight untuk korang sebagai tanda terima kasih kerana sudi jadi teman tika hidup aku masih panjang..*itu cita-citaku..insyaAllah..amin..


Wednesday, September 1, 2010

aku nak menang MALAM ANUGERAH



Salam..


sedar tak sedar..
kite sudah di 10 malam terakhir Ramadhan..
pasti ada yang sudah tahu..
dan ada jugak yang masih blur2 ..
ada jugak yang pura2 tidak tahu,,
aku mengerti..
dan aku tak salahkan sesiapa..

masakan dosa, pahala..
masing2 cari..
kubur pun masing2..
tapi if aku tak sayang korang..
tak de maknenye aku nak remind korang bout Malam Anugerah ni..


sebagai insan biasa..
setiap tahun aku berazam tuk mencari malam Lailatul Qadar..
kadang aku terfikir..
adakah hamba Allah bergelar gadis, perempuan, wanita yang normal seperti aku mampu
bertemu dengan malam Anugerah itu??
tunduk aku mengenang amalan2 aku sepanjang Ramadhan ni..

kalau zaman kecik2 dulu..
tunggu sangat2 7 hari akhir Ramadhan..
lebih dikenali..
malam TUJUH LIKUR..
pakat duk main mercun pum pang pum pang!!
pelita duk nyala sane sini..

tapi bila dah makin dewasa..
aku cuba hidup lebih matang..
mahu akal aku seiring dengan usia ku..

urhmm...

tapi aku nak sangat BONUS daripada malam Anugerah tu!!

Nabi saw berpesan: 'Barangsiapa melaksanakan puasa Ramadan kerana iman dan hendak mendapatkan pahala, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.'(HR Bukhari dan Muslim).


Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra:

'Dihantarkan kepada Rasulullah saw seorang lelaki Bani Israil yang begitu berani menghunus pedang di atas kudanya untuk berjihad (berperang) membela agama Allah selama 1,000 bulan.'


Nama pahlawan itu ialah Syam'un daripada Bani Israil. Beliau berperang dengan musuh selama lebih 83 tahun sehingga tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya daripada darah. Sesungguhnya orang-orang kafir amat gentar apabila berhadapan dengannya.


Rasulullah amat terpegun dengan hal itu dan mengharapkannya untuk umatnya. Maka baginda berdoa:

'Ya Tuhanku, Engkau jadikan umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya.'

Kemudian Allah swt mengurniakan baginda dan umatnya 'Malam Anugerah' atau Lailatulqadar yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

Sahabat Abu Hurairah ra mengatakan:

'Pada malam Lailatulqadar, para malaikat yang turun ke bumi lebih banyak daripada batu kerikil. Pintu langit dibuka untuk mereka turun sebagaimana telah dijelaskan. Maka tersingkaplah kerajaan ini oleh pancaran cahaya.'


Kerajaan langit dan bumi itu dibukakan tabirnya hingga dapat melihat para malaikat dalam rupa asal mereka. Ada yang berdiri, duduk rukuk, sujud, berzikir, bertasbih dan bertahlil.

Ada juga yang dibukakan tabir syurga dan dapat melihat mahligai-mahligai, taman, para bidadari, sungai, pepohonan dan buah-buahnya. Bahkan ada juga yang dapat melihat tempat para nabi, para rasul, para wali dan syuhada.

Kemudian ada juga yang melihat neraka dengan segala isinya serta tingkat orang-orang kafir. Malahan ada pula sesetengahnya yang dibukakan tabir antara dia dan Allah swt.

Sayidina Umar ra menukil Rasulullah saw bersabda:

'Sesiapa yang menghidupkan malam 27 bulan Ramadan hingga ke subuh, dia lebih kusukai daripada beribadah tiap malam Ramadan seluruhnya.'


Sayidatina Fatimah lalu bertanya: 'Wahai ayahku, apa yang mesti dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang tidak mampu beribadah malam?'

Baginda menjwab: 'Hendaknya mereka jangan terus tidur, kemudian mereka duduk sesaat sahaja pada malam itu untuk memanjatkan doa kepada Allah swt. Itu lebih aku sukai daripada ibadah umatku seluruhnya pada bulan Ramadan.'


Sayidatina Aisyah ra menukil baginda:

'Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatulqadar, melakukan solat dua rakaat, dan memohon keampunan kepada Allah, tentulah Allah mengampuninya. Dia menyelam sedalam-dalamnya rahmat Allah, serta Jibrail mengusapnya dengan sayapnya. Dan sesiapa yang diusap dengan sayapnya dia akan masuk syurga.'

Al-Quran tidak menetapkan masa tepat dalam 10 hari Ramadan terakhir mengenai detik Lailatulqadar.

Allah sekadar membayangkan salah satu daripada malam-malam ganjil 10 malam itu. Jadi kita perlu berusaha mendapatkannya.

Namun ulama cuba memecahkan rahsia dengan pelbagai ikhtiar. Ada yang berpendapat malam itu berlaku pada malam 27 Ramadan. Ada yang menyatakan pada malam ke-21, ke-23, ke-25. iaitu malam ganjil..teringat aku mase kecik2 jugak..tak la kecik sangat ..lam form 3,4.. aku terlalu mengikut hawa nafsu kemalasan tahap maksima..sehinggakan aku hanya beribadat lebih pada malam2 ganjil 10 akhir Ramadhan saje..sengal kan??


Masing-masing dengan alasan dan hujahnya. Bagaimanapun, hanya Allah swt yang lebih mengetahui.

Untuk merebut malam hebat itu, dianjurkan berjaga malam dengan menghidupkannya melalui pelbagai solat sunat, bertadarus, berzikir, berdoa dan lain-lainnya.


Hadis Bukhari dan Muslim menyatakan:

'Adalah Rasulullah apabila masuk 10 akhir (daripada Ramadan) baginda bangun dan berjaga malam untuk ibadah. Baginda menghidupkan malam itu dengan menambahkan ketaatan kepada Allah dan menghidupkan jiwanya (dirinya) dengan tidak tidur, kerana tidur itu sebenarnya saudara mati.'

Saturday, August 14, 2010

pemusnah diri.SEKSA lah lagi

ujian

ujian

ujian


fuhhh!!!
nak mengeluh lebih2 pun rase bersalah..
bukak puasa tadi sekadar makan nasi..
dan tiada sedikit pemanis mulut pun dihiasi pada bibir ni..
pape pun..aku bersyukur dengan rezekiNya....


malam ni kena stay up lagi.
haa!! amek ko kerja last minute sangat.
dah la pagi nie lam kul 8.00 pagi ada WORKSHOP!!!!!
hormon lam badan aku pun react cam tak stabil dah..
gusar. gundah-gulana jugak hati ni..
kot2 akhir bulan puasa, nak dekat2 raye nanti..
biji2 merah sayang kat aku lebih..
habis di make-up muke aku .oh TIDAK mungkin!

So Tired Pictures, Images and Photos

aku tak menyesal pergi tarawikh, then balik lebih kurang pukul 10.00 malam..
terpaksa stay up untuk siapkan assignment.
as long as aku still ada kekuatan hadapi semua ni..
aku hanya mampu beri senyuman penuh bermakne pada diri aku..;)

aku mengkaji tentang peradaban tamadun lampau..
lebih2 lagi Andalusia yang banyak memberi impak dari segi intelektual
dan kebudayaan pada kebangkitan dunia.


walaupun aku agak tak suke duk hadap menda alah ni sepanjang cuti weekend ni..
tapi aku mulai sedar ..sejarah mungkin berulang.


few kawan2 aku duk busy mendietkan diri..
aku pun tak faham untuk ape..
padahal semua dah tip top ala2 model..
malah lebih cantik daripada model..
ye laa..kan ramai model yang kurus kering cam nak mati jep.oppss!!*maaf2..

eat it fast!! Pictures, Images and Photos

sudah beberapa kali aku bilang sama mereka..
" PUASA adalah diet terbaik "..
so, dont worry la kawan2 ku sayangx..
" SOLAT itu exercise paling berkesan "..
so, jom tarawikh ramai2.yukk!!!

tapi duk pilih jugak bukak puasa dengan makan sup ayam je..
ye laa..maybe bagi diorang, dah bersyukur yang amat..
tapi aku rase cam seksa diri je kot..
dah la tak bangun sahur..
bukak puasa pun makan menda2 camtu je..


tetapi..ada je aku rase nak sekeh sorang2..
malam2..mula la mulut duk bising nak makan.
panggg!!!!!!!!!!!
walhal, aku dah remind awal2..
aku tak nak dengar perkataan 'lapar'..
or whateva berkaitan makanan pun after terawikh.
huh!! TU LA..
xmo dengar cakap orang awal2..
padan muke!
blueekkss..


so, aku nak pesan, habak kat hang awal2..
jangan pakse diri if rase tak mampu nak hadapinye..
think for what will be..not for what is happening!


p's : maaf pada sesiapa yang makan cili lekat gigi.huhaaaaaaa

Friday, August 13, 2010

bulan ramadhan yang PANAS.PANAS.macam pisang goreng

Salam...


straight forward.huh!
*xpe kot mengeluh sikit pagi2 ni..xpuasa lagi pun..baru time sahur..ngeeee..

buan Ramadhan = bulan PANAS!!

sunshine Pictures, Images and Photos

OYEAH!! sampai kering dah anak tengkak aku ni..
aku terpakse stay up sehingga sahur pukul 5 pagi..

kenapa??

anda tahu kenapa???
aku perlu siapkan assignment CTU151..
hari Sabtu ni dah kot kena hantar..
kadang2 betul jugak kate orang..
'jangan buat kerja Last Minute!!".. tapi bagi aku..kerja last minute tu lah buatkan aku begitu bersungguh-sungguh untuk siapkannya..
YEAH!!

tapi apakan daya..jika ada salah dan silap tu..harap2 la dimaafkan..
name pun last minute jugak..

actually, aku tangah bengang ngan dailamidaniel..
tahu la banyak kredit..
tapi perlu ke call je kerjanye..xperlu mesej????
GERAM GERAM GERAM!!.
but aku try act cool.
*cool la sangat!!
pastu time orang nak tido ni la..dye baru nak hantar mesej..
aku dah malas nak layan..di call2 banyak kali.
arghh! lupekan..


hati aku terubat+bertambah sejuk..
bila aku terbaca entry ni :)
aku jumpa kat kelab blogger by BEN ASHAARI tu..
borink kot xjumpa2 cari source untuk assignment ni..
roomate aku pun tak tinggalkan space kat aku langsung nak tidur..
ganas betul!hek55..*gurau jep..


aku teringat la zaman kecik2 dulu..
mesti korang bukak je satu blog tu..
cakap sal puasa..sket2 puasa..kenangan..
tapi pe salahnye korang layan je kan??
kali ni jep..
nanti raye..mood bloggers Malaysia ni..
pasti raye pulak..uhuhhuu..


aku diajar b'puasa pada umur 5 tahun..
bayangkan..umur seperti aku..
sudah full puasa.xde ponteng2..
kadang ada niat jugak nak ponteng..
tapi semangat aku..ditiup kuat2 dalam diri..
supaya tahan tahan..fyuhh fyuuhh!!

tapi pernah la sedang asyik main2 ngan sepupu sepapat tu..
cousin aku sorang ni tengah syiokkk makan2..gula-gula je pun..
reaksi dye..
makk aii!!..
macam makan Lamb chop..
tak pun pizza..huh!
aku pun dengan tak ingatnye bulan puasa..
selamber badak pergi mintak...
makan gula2 tu sampai nak habis da..
tetibe nenek aku datang.
pang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

candies Pictures, Images and Photos

kena tegur..
nenek aku tak seganas orang lain la nak lempang2 ni.hek5...
adess!! terus kena sound..
duit rye tahun ni tak dapat..
dengan petahnye dan bagi aku agak 'sopan'..
aku menjawab..
"atin bukan puasa sebab nak duit.tadi pun, tak ingat je"..


nenek aku senyum2..dan menuju masuk dalam rumah.
aku langsung tidak mengerti senyuman itu..sama ada sinis ataupun pujian..
tapi yang mengingatkan aku sangat2 adalah...


puasa tahun tu lah..duit raye paling banyak pernah nenek aku kasi.
wahhhhhhhh!! bayangkan rm100 untuk budak2 comel macam aku*perasan wekkss!!
lol..tak banyak ke??tetapi..as budak kot.memang tu amount yang amat melampau.
nenek cakap..
"ni ganjaran untuk puasa yang amat bermakne"..


ape2 je nenek aku cakap, langsung tak masuk otak..
but now,.. bile difikir balik..
baru mengerti.
huh! lambat betul neuron ni bereaksi.haha..

aku teringat ni pun..
sebab 1st day puasa..
tengah duk seronok2 aku dan kawan2 pilih juadah untuk berbuka
kat dining tu..
tetibe sorang daripada kami..
dengan selamber menjilat jarinya yang disaluti..
kuah puding caramel!.
huh!tak pasal2 ko dapat malu sygx..

pe2..dye bukan sengaje..tapi TER..
insyaAllah dapat diampunkan lagi.hehe.


pesanan kak thieya kat korang..
tahan nafsu daripada buat sesutu yang boleh membatalkan puasa yup.heeheh

Wednesday, August 11, 2010

bangun bangun.SAHUR!

Salam...


tetibe kenangan berpuasa bersame rakan2 di MRSM dan matrik dulu menggilai aku..
arghh!! mase yang xdapat diputar lagi..
tapi itulah kenangan..
yea! kenangan yang mengingatkan aku pada zaman silam..*wahh!!ayat...


pe yang aku paling ingat time form 4 till form 5 la..
sebab time tu je aku selalu turun bsahur kat dining..
upsss.silap2..dewan selera..
tapi tak heaven..
sebab ..
hostel kami xb'gabung DS ngan dak2 laki daa..cam time form 1-f3..hahah*gatal!!
so, xleh la tengok muke2 bakal husband time bangun pagi tu cam ner..bhahaha:)

seperti biasa, tugas aku senyap2 mengingatkan c dye bangun sahur..
even handfon ibarat barang HARAM.yang HARAM dibawak masuk maktab.dbusshxx!!
dye punye pasal ..aku bawak.hek5..kantoi sudah..
dah la kami berjawatan tinggi kat maktab tu..
teruk betul..
tapi lam ramai2 couple kat maktab..kami la paling baik..sebab no date!!
tapi sumpah aku jealous tangok kawan2 lain.*haha..ngarut da..


form 5 punye angkara..lagi aku rase busy sket la..
after Sahur terus ke surau...
amat seronok rupenye time sekolah2 dulu..
walaupun pahit untuk dilalui..
waktu SUBUH & MAGHRIB mengikut MRSM adalah wajibbillaghunnah..
tapi maktab aku amek kire..semua waktu adalah wajib..
lau nak tangok ramai mane kat surau tu..tok sah cakap la..
lau tak de warden kat maktab uh..
satu batang hidung manusia pun..susah nak nampak..ngeeee..

teringat aku akan kate2 ustaz..
beliau adalah ketua warden kami..
katenye...
' time ni je kamu semua nak beribadat kat surau pun..selalu solat berjemaah..time kat uni nanti..tak de da yang nak kejut..pakse korang wat semua ni.. "..


aigoo..memang sweet semua tu..hasilnya..aku rase berkesan sangat2..
sebab lau tak tarawih sehari..aku rase cam tak de maknenye puasa hari tu..
memang tak baik mewajibkan perkara sunat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT,,..
tapi aku rase ada baiknye..perkara itu diwajibkan kot..baru kte rase nak buat something tu b'sungguh-sungguh..
ye tak??*hangguk!!!!!!!!!!


imam2 surau yang terdiri daripada kalangan form 5 pun tak ramai..
so, kawan2 perlu lah amek langkah seperti aku..
wat request kepada c dye.. nak dengar beliau azan..
tak pun jadi imam..hahaha..terasa diriku begitu berharga..pabile c dye laksanakan permintaan kte..huk5...


sewaktu kat matrik..
spirit berpuasa, aku ingatkan tak se'GRAND' maktab, zaman sekolah dulu..
ye lah..kawan2 xrapat sangat lagi..
duduk pun satu bilik 4 orang, bukan cam dorm 24 orang..
tapi sangkaan aku benar2 salah..
malah bulan Ramadhan ni adalah waktu yang amat sesuai untuk kami merapatkan hubungan silaturrahim..bukak pose satu praktikum same2, pergi tarawikh ngan budak2 wing same2..time Sahur pun..tanpa rase b'salah ketuk2 pintu bilik orang lain..ngeh5..
HEAVEN glerr beb!!

hari ni Sahur..
aku tak de mood lagi nak sentuh nasi..tadi pun aku makan biskut + cereal jep..
bukan diet..
tapi dari kul 1.00 pagi aku bangun..study kejap..sampai la aku online sekarang..
perut aku tak boleh menerima nasi lagi..
aku b'cerite pada mama..
terus mama suruh balik..
"cian anak mama"<-- kate mama..ngeeee


aku rindu pada mereka2 ini:)

*geng sedozen..tapi selalu xcukup kuota*

*roomate kat KMM*

*ni la time bukak pose yang aku rindu sangat2*

kay la..
nak solat subuh da...
trimas=)

Tuesday, August 10, 2010

detik-detik terakhir ber'HEAVEN'..

Assalamualaikum wbt..



di kesempatan ini..aku ingin mengucapkan. . . .

Selamat tinggal Sya'ban..

dan aku pasti..
bagi yang beragama Islam..
muslim, muslimat sekalian tentu tak sabar2 menunggu ketibaan Ramadhan..


mane tak nye kan???
lepas Ramadhan ..Syawal..
korang memang tunggu nak raye je kan? kan ? kan?
baik korang hangguk..lau tak..ada je merah2 body glove kat muke korang..mahahah..
yeah! hari kemenangan umat Islam..
Raye.Raye..semua baru..!!!
suke suke suke!!

ignore ignore ignore
bukan sebab raye yang aku nak bebel untuk entri kali ni..
aku bukan cam dailamidaniel..
semangat nak raye. huh!!
bulan Ramadhan WAJIB didahulukan noktah
*hahaha..gelak sakan.jgn marah ye der..



minggu ni..mood puasa amat dirasai oleh girls generation da CHEMIST..ngah5..*sengal..
kami planing awal2 lagi nak puaskan nafsu makan pe..
baru2 nie..seperti yang tercatat pada entry yang lepas..PIZZA HUT telah dibom..
dan ditabur wang berjuta-juta demi perut kami...secret recipe, donashi.huuuu...bahagie ceyh..
memang lazat!!! berkrim disukai ramai.guguguuu..

semalam lak..nasib ada guy classmate aku realisasikan kempunan kami nak makan KFC..
auwwwwmm..yumm yummy.. sehingga menjilat jari kami menikmati Dinner plate, cheesy wedges, kentang putar pada pukul 11 malam..hek5..



imagine la..



selama hidup sebulan di kampus.. kami xpernah melahap jam 8 malam ke atas ngan kolestrol, karbohidrat segala bagai..
pandanglah lihatlah wahai dunia..
kami broke da rules!!!!!
yeah! dinner pada lewat malam..
name pun dinner kan..
actually, aku jealous ngan dailamidaniel dapat makan KFC 4 hari berturut-turut. OMG!!
jangan xmuat baju raye tahun ni sudah..hahaha..

Malam ni tarawikh!!!
insya Allah..dengan khudrat & kegagahan yang aku ada..
niat aku setiap tahun pada bulan Ramadhan adalah melaksanakan tarawikh sepanjang bulan Ramadhan..
Lau tahun lepas aku tergelincir 2 hari tarawikh sebab busy ngan assignment dan terpaksa sembahyang sunat sendirik.. kali ni aku tekad nak full tarawikh ngan imam masjid..xmo bakal imam mude..ngeh5,,

meh pakat ramai2 tadah tangan.

cepat2..


'Ya Allah.. berikan kami kekuatan agar kami dapat menahan nafsu kami daripada melakukan perkara2 mungkar..dan berikan kami ketabahan agar dapat melaksanakan bulan Ramadhan ini dengan sempurnanya..moge kami bertemu dengan Malam Lailatul Qadar ..'.amin..



mekasih korang:)..



cam ner preparation korang for Ramadhan??
hope korang semangat cam aku..
hahha..semangat la sangat..



LBNL..tak de nye k.balqis lam group girls ni..so, budak2 ni.
dah bising nak bukak pose ramai2 kat umah aku..
aku WELL WELL je..muahaha..
dah plan pun ngan mama..tapi mama agak busy..
dan warnin cepat2 kat aku bahawasanya beliau agak busy pada minggu ke-2 puasa..
so, RED LITE kat aku nak balik la..
pe2 pun..aku harap dapat bawak diorang pergi rumah aku..
baru senyap sikit mulut diorang..haha*gelak kejam!!!
mane tak nye..diorang siap cakap kot rumah aku banglo, tak pun.. rumah kayu..
yang tendang sekali, terus roboh..hahaha..
aku keturunan rakyat biasa je..so, rumah ala2 full house je kot.hek5..kerek2..



aku perlu pen-off..
petang ni..lau tak silap last ko-Q..
dah la banyak kena wat 'replacement kelas'..
hari ghayer eidilfitriy punya pasal..
semua dah beli tiket nak balik seminggu awal..
lau dulu aku leh la wat alasan dah beli tiket ,sebab tu kena balik awal..



tapi sekarang..
no more reason!! huwarghhhh..
dailamidaniel pulak sibuk duk ajak aku teman die beli baju raye kat Key Ell..
bapak ah!! lau aku ada kereta sendiri, helikopter segala bagai..lame dah aku ulang-alik
amek dye.*huuu!!tipu..
rase nak tangok 'The Last Airbender' lor.huikks








pe2 je la..kerek2..
Selamat Menyambut Ramadhan:)









p/s : jangan lupe pergi tarawikh=)