Pages

Showing posts with label aku tahu dia sayang. Show all posts
Showing posts with label aku tahu dia sayang. Show all posts

Monday, March 21, 2011

burung peliharaan..

Assalamualaikum wbt..



lorong2 gelap kembali terang dengan hadirmu..
kau pimpin aku sehingga ke akhir jalan..
aku sunggul di bahumu..
kau gagah bawaku ke situ..
aku hanya biarkan bibit asmara antara kita wujud..
jangan mati sampai takdir yang mahu..


kau suamkan seribu satu kisah kita dalam hidupmu..
tanpa perlu aku pinta..
kau biar hatimu dibuka tanpa kunci azimatku..
" aishi teru.. "..
hatiku terharu dengan ungkapan itu..
terima kasih palitkan bahang2 cinta kembali ..


setiap detik kau panaskan harapan yang kelam..
ragu2 tidak lagi..
"sayang anggap abang burung peliharaan sayang.. sayang mahu abang terbang bebas.. tapi sedar bahawa abang untuk sayang.. abang pulang.. kembali ke pangkuan.. asal abang tahu.. sayang sentiasa perlukan abang.. ".


Tuesday, March 15, 2011

aku tahu dia SAYANG..


Assalamualaikum wbt..


semasa dia jalan2 meneliti setiap sudut ruang..
matanya merenung tepat ke mataku..
seperti satu bayang indah menerpa di hadapan..
aku tahu dia sayang..


dia berusaha untuk mendekatkan diri kepadaku..
dia mendalami satu persatu kisah hidupku..
aku mula rasa dihargai dan dari situ..
aku tahu dia sayang..


bila dibuka secebis hati untuk dia miliki..
aku rasa dunia ini hanya untukku..
ranjau hidup mula berwarna..
aku tahu dia sayang..


hari bertukar malam..
malam bertukar siang..
setiap yang indah. bukan selalu menyanjung perjalanan..
aku tahu dia sayang..


dia mintak pegang...
aku cuba larang..
dia merajuk. aku memujuk..
dia diam membisu. aku petah merayu..
tapi aku tahu dia sayang..


munculnya tidak lagi selalu..
tawanya tidak lagi ku dengar..
hanya sekudus doa untuk kami aku harapkan..
aku tahu dia sayang..


aku lihat dia bahagia..
bersama insan yang lebih membahagiakannya..
aku bahagia melihat dia bahagia.
walau tiada sepatah ungkapan perpisahan darinya..
aku tahu dia sayang..


hari berganti hari..
dia mula bertandang..
meminta hati kembali kepadanya..
aku tahu dia sayang..


aku tak mahu kisah cinta aku..
hanya sebagai persinggahan untukmu..
biar pahit aku telan..
manis aku ludah..
aku tahu dia sayang...


aku punyai sebab untuk semua ini..
sesungguhnya hati ini tak pernah melontarkan dusta..
aku sayang dia.. dan ..
aku tahu dia sayang..