Pages

Friday, October 14, 2011

teachers in dilemma


Assalamualaikum wbt..


zaman sekolah dulu kalau diingat balik memang banyak kenangan.
kalau nak cerita memang tak pernah ada ending.
even umur pun dah masuk angka dua kat depan.
tapi rasa nak tokok tambah buat cerita sendiri je hal sekolah2 ni.
dengan cikgu dan warden2 yang comel.
orang ingat duduk asrama ni budak bijak2, baik2, nerd.
itu satu kesilapan. even aku dan kawan2 habis 5 tahun kat MRSM pun.
perangai tak ubah macam korang2 jugak.
dah nama pun manusia biasa kan?? kan? kan?? ke tak kan?? hewhew..


aku ada tonton whi@tv3 tajuk mengenai 'herdik atau didik'..
yap2. rata2 penonton kasi feedback positif.
takdelah yang nak cerita buruk2 pasal kerjaya guru ni.
mana taknye kadang2 kite tengok news banyak pasal guru pukul murid sampai meninggal.
murid rotan guru sampai koma. murid rotan guru? cam mengarut pulak aku pagi2 ni.
tapi hal2 camtulah yang buat parents yang tak alami perkara sebegini geleng kepala laju2 sampai nak tercabut sebab kalau dulu2.. murid2 hormat guru.
sekali kena rotan, terus tak buat hal. sekarang. sekali kena rotan, ditorehnya kereta guru tu macam toreh getah.


tapi hari tu aku adalah gosip2 dengan kawan2.
biasalah perempuan. kalau tak, takdenye orang nak wat cerita GOSSIP GIRLS. but! bukan semua gosip tu negatif ada yang positifnya. pakwe kawan kepada kawan aku ni jenis yang baran.
hari tu dipukulnya makwe dia ni sebab layan jantan lain. banyak kali jugak. tapi still pakwe ke sekarang? aku pun tak tahu hal rumahtangga mereka. sikit2 nak emo dan psiko la lelaki ni. lelaki ni merupakan pelajar di maktab perguruan yang bakal mengajar murid2 kurang upaya.
yang dijadikan bahan gosip. kalau hal dengan makwe pun tak boleh handle nak lepuk, cepuk, kepuk. camner nasib budak2 kurang upaya tu nanti? kadang2. pelajar yang amik bidang perguruan ni jugak ada yang terlalu sosial.. adegan kiss2 dengan pakwe, clubbing. aku hanya sebut perkara yang berlaku di sekeliling aku. juga terfikir, kalau kerjaya mereka nanti adalah mendidik, bagaimana untuk mendidik jika attitude sendiri pun tak terdidik??
dan kalau kita tengok sekarang kerjaya yang menjadi pilihan dan terlalu majoriti kini adalah guru, doktor, nurse. kadang2 orang tak layak pun, dapat jadi semua tu . okey, atas rezeki mereka. tetapi tidak ke kerajaan terfikir untuk menapis golongan yang bakal merosakkan masyarakat?


saudara aku merupakan salah satu golongan majoriti itu. membuka cerita.
kat sekolah tu, kadang2 guru nampak budak2 tengah dating, peluk2.
budak zaman sekarang memang lebih advance daripada parents dorang lagi.
duduk bawah meja lab tu, buat adegan 18sx. kiss2 segala bagai tu macam mainan je.
ada jugak bila tiba waktu solat berjemaah kat sekolah.
sanggup si perempuan lukakan bibir dan calitkan sedikit pada tisu.
berkongsi darah pada tuala wanita. konon dorang ni tak boleh solat. sedang uzur.
eh. aku sangat2 terfikir. susah sangat ke nak solat daripada menipu sampai menyakitkan diri?
tak paham aku dengan budak2 ni.


kalau si lelaki pulak pecah masuk seludup rokok dalam sekolah. hisap rokok ramai2 dalam toilet.
eh. tak boleh tunggu habis sekolah ke nak hisap rokok pun? kalau nak hisap sangatlah..
rasa macam hero atau heroin ke ek kena tangkap, pahtu kena hadap bahagian disiplin?
cerita2 ni semua pun aku dengar daripada adik2, saudara2 aku.
kalau kat MRSM dulu aku kurang dengar cerita2 kurang enak didengar ni.
setakat fly, pecah masuk library sebab nak online, dating tu perkara biasa.
guru2 kadang2 tahu perasaan budak2 cam kite ni membesar mahu disayangi dan menyayangi tetapi mereka sengaja menghalang secara keras-kerasan untuk mengelak daripada berlaku perkara2 yang buruk.

yang menyebabkan guru2 ni dalam dilema tak amik peduli sebab apa?
budak2 ni lah. yang dah pijak2 kepala mereka.
guna cara kotor.
kalau tegur sikit, nak melenting, melantak, sentap. pukul guru sampai lunyai,simbah asid, toreh kereta guru. kalau setakat kancil jenis lama takpe jugak. ni VOLVO, BMW, Marcedes tu jugaklah dorang nak torehnye. dan silapnya sebab parents serah 100% soal mendidik kepada guru2. tak ke sepatutnya parents yang perlu memberi perhatian serius kepada anak2 mereka?


huh! aku pulak yang buat sesi luahan hati.
dan jangan salah faham. guru bukan bidang aku. wink3. saje nak utarakan persoalan yang masih tiada jawapan yang pasti. hurmmm :(


p/s : melentur buluh biarlah dari rebungnya. tetapi aku rasa seseorang akan mula mengenali dan mencari identitinya pabila dia mula jauh dengan family. balajar di mana2 insititusi. i mean, setelah seseorang itu habis pangkat sebagai seorang murid sekolah. tak rasa camtu ke???



4 shining LIPGLOSS:

Ain Zulaikha said...

em2, betul tu... kalau kita dah matang baru lah kita tahu nak bedikari tu macam mana..

n yg pasal cikgu tu, huhu sampai nak pukul2 entah lah mgkin cikgu tu guru besar tak bayar gaji.. hehe tak berani nak cakap lebih..

Puteri Iqa Izyan said...

bdk2 sekarang ni mcm2 mslh. sbb dunia terlalu moden..

parent knelah tgk skit ank2. yela, tkut kalau jd bnd bukan2..

WAHIDA ALIAS said...

rndu zaman sekolah...hukhuk..

NuR 'aQiLaH said...

zaman skang dah lain dr zaman dulu
-__-"