Assalamualaikum wbt..
kerana kita perempuan sayang...
lahir dari rahim insan yang juga bernama perempuan..
perempuan adalah simbol kecantikkan..
gembira ibu bapa bila kita wujud di dunia..
kerana kita perempuan sayang...
ibu bapa gelisah sampai tak tidur malam.
memikirkan nama sesuai untuk kita di dunia dan akhirat..
moga nama kita menjadi peneguh untuk menegakkan kita
ke jalan Allah..
kerana kita perempuan sayang...
ciptaan duniawi yang unik..
kata orang.. " anak perempuan ni susah untuk dijaga. "
dan menjadi perempuan juga memang susah..
buat sesuatu perlu sentiasa berpada-pada..
kerana kita perempuan sayang...
jaga pandangan, jaga hati, jaga kemaluan, jaga iman..
jaga segala-galanya..
jangan biarkan diri kita rosak kerana satu titik hitam..
kerana kita perempuan sayang...
ramai lelaki jeling2, pandang2..
ada yang berniat untuk dijadikan ratu hati, ada yang hanya untuk suka2..
kena bijak guna akal..
jangan guna nafsu.. walaupun hakikatnya kita hanya ada 1 akal dan 9 nafsu..
kerana kita perempuan sayang...
jaga budi bahasa, lemah-lembut, dan tingkah laku..
bukan bermakna kita kaum lemah..
kita tak mampu berjaya..usaha, doa dan tawakal..
kerana kita perempuan sayang...
selalu dekatkan diri dengan Allah..
kalau kita selalu mintak dengan Dia..
Dia semakin dekat dengan kita..
kerana kita perempuan sayang...
senang mendapat dosa..
tetapi untuk mencari pahala bukan juga sesuatu yang susah..
ikut jalan Allah..
bukan jalan syaitan..
insyaAllah moga nur Allah sentiasa bersama kita..
kerana kita perempuan sayang...
perasaan hasad dengki senang wujud..
sabarlah harungi segala-galanya..
Allah sayang kita..
sebab tu banyak dugaan untuk kita..
kerana kita perempuan sayang...
kita perlu terima jika suatu hari nanti kita perlu
redha untuk menerima payung emas..
kuatlah. sesungguhnya cinta dunia adalah pinjaman semata-mata..
kerana kita perempuan sayang...
segala yang kita miliki adalah anugerah..
selagi mampu berjihadlah ke jalan Allah..
sentiasa berharap untuk menjadi bidadari di Syurga..
berusahalah selagi mampu untuk menegakkan segala hak & batil..
kerana kita perempuan sayang...
tak perlu mencari teman seindah Sulaiman..
jika diri tak secantik Balqis..
tak perlu mengharap teman setampan Yusuf..
jika kasih tak setulus Zulaikha..
tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim..
jika diri tak sekuat Sarah..
tak perlu mengharap teman sesempurna Rasulullah..
jika diri tak seistimewa Khadijah..
tapi kita mampu menjadi yang terbaik..
jika kita masih tahu menjaga diri untuk menjadi sesempurnanya kejadian di sisi Tuhan..insyaAllah
p/s : sorry.google pics semua tak kena.terpaksa letak pics sendiri.aishhkk.*alasan.nyampah.grrrr
2 shining LIPGLOSS:
Gudluck perempuan. :)
terima kasih lelaki
Post a Comment