Pages

Wednesday, July 6, 2011

HISTERIA semalam..


Assalamualaikum.


selepas isyak, aku terus menjatuhkan diri ke pembaringan..
letih, lesu.. jiwa bagaikan mati..
otak tidak berfungsi dengan stabil untuk meneruskan tutorial yang perlu dihantar keesokkan hari.
tanpa berfikir panjang.. baru sesaat aku letakkan kepala di atas bantal empuk.
aku terus berpijak di alam lain. ternyata dunia gelap dan sepi.
sekali sekala tersedar dek kebisingan roomate dan jiran sebelah yang datang bertandang.


aku ke bilik air dalam pukul 11.30 malam..
suasana malam itu tidak seperti biasa.
tiada suara pun yang dapat memecahkan keheningan malam itu.
masuk je bilik kembali.
aku teruskan tidur lagi. terasa kejam pada otak. yang membiarkan ia lemah tanpa aktif berfikir.


mungkin dalam sejam kemudian..
terdengar jeritan.. disusuli dengan ayat2 Al-Quran..
terlihat ramai manusia yang bverkumpul di bilik tv..
" kenapa pulak lah dorang memekak malam2 buta. giler ke ape? "..hati aku seperti mengeluh.
terus terang aku benci orang buat bising malam2..
ternyata apabila senja melabuhkan tirainya..
makan iblis dan syaitan lagi kuat menggoda anak Adam..


terlihat seorang perempuan meraung-raung..
lagi lama ayat Quran dipasangkan..
lagi banyak kali azan dilaungkan..
lagi kerap ibu jari kakinya disentuh dan dihembuskan ayat2 Qursi..
lagi sakit kelihatan dirinya. umpama bukan dirinya sebenar.
kuat melawan seperti bukan dirinya juga.


perasaan aku agaknya tak sama dengan yang lain.
aku tengok orang lain seperti sanggup mencelah-celah untuk melihat apa yang berlaku.
ada muka cuak. ada muka pucat. ada seperti nak pengsan.
mungkin mereka tak biasa dengan perkara2 tersebut..
aku cuba kuatkan hati dengan beristighfar..
perkara ini sudah hampir biasa aku hadapi.
sejak dari sekolah rendah, emaresem hingga ke universiti kini.
syukur Alhmdulillah.. bukan aku yang menjadi 'kawan'nya..


Allah SWT pernah berfirman berbunyi : "Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.


kenapa biasanya wanita yang hadapi histeria ini?
mungkin mereka lemah jiwa. maka kuatkan hati dengan mendekatkan diri kepada Allah..

kenapa makhluk halus itu suka hinggap kat kita?
mungkin dia seorang yang pengotor. dan cuba mendekatkan diri untuk berkawan dengan 'mereka'..

aku pun tak expert sangat pasal ni.tapi selalulah dekatkan diri kepada Allah...semakin kita banyak meminta daripadaNya, semakin Dia sayang akan kita.percayalah:)

3 shining LIPGLOSS:

ewanthology said...

belum pernah melihat situasi orang dirasuk, dan tidak pernah minta untuk melihatnya. mintak simpang la ye :-)

Mr feckry said...

berusahalah kita dengan mendekatkan diri dengan Allah

ღKekunangpelangiღ said...

Sejak dari zaman rasulullah lagi dah berlaku. Sama seperti kita marah bila kita tidak menghormati makhluk lain, yang lain pasti marah juga. :)