Pages

Friday, June 24, 2011

sakit kau, sakitku jua (cinta itu anugerah)


Assalamualaikum wbt..


terdapat sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah kampung terpencil..
mereka dijodohkan oleh ibu bapa mereka..
but seems like they can get along with each other..
alhamdulillah mereka bahagia..

walaupun mereka bahagia...
mereka masih berduka kerana hampir empat tahun masih belum dikurniakan cahaya mata..
si suami tidak mengeluh tetapi si isteri faham akan perasaan yang dialami oleh si suami..
kesunyian tanpa anak. si isteri mula rasa bersalah..
setiap hari dia bangun pagi solat hajat untuk memohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki..


akhirnya si isteri menunjukkan tanda2 yang kurang enak dilihat si suami..
" takkan isteri aku keracunan? "..tertanya-tanya si suami pada diri..
terus si isteri dibawa ke klinik berdekatan..

suami : kenapa dengan isteri saya doktor.?

doktor : berapa lama kamu berkahwin ye?

suami : hampir empat tahun..

doktor : ada anak?

suami : takde..sebab tu saya risau takut2 terkena sesuatu yang tidak elok pada rahim isteri saya..

doktor : nampaknya betul andaian encik..

suami : masyaAllah.. kenapa doktor..(sambil muka kelihatan cemas)

doktor : tahniah yea encik.. isteri encik mengandung 2 bulan setengah..


punyalah gembira hati si suami..
sampaikan mahu diangkat si isteri untuk diusung satu kampung..
si suami mula sentiasa bangun pagi dan memohon kepada Ilahi..
agar kesakitan yang si isteri rasa.. biarlah dia merasainya sekali..
dan mohon Allah menjaga si isteri dan bakal anak mereka sebaik-baiknya..

" Ya Allah.. kau kurangkanlah rasa sakit mengandung dan melahirkan anak pada isteri ku..
mohon kesakitan yang dirasainya, aku dapat rasainya juga.. kau jagalah bakal anak pertama kami.. moga kami dikurniakan anak yang soleh dan solehah.. "


cukup sembilan bulan sepuluh hari , pecah air ketumban si isteri..
sewaktu menunggu si isteri di luar bilik bedah..
si suami menggelepar kesakitan..
sedangkan si isteri tidak merasai apa2..
semua orang yang berada di sekeliling melihat si suami kehairanan..
setelah si isteri selamat melahirkan anak..
kesakitan yang si suami alami semakin berkurangan..
si suami cepat2 melihat keadaan si isteri..

si isteri separuh sedar..
sambil memanggil-manggil nama si suami..

si suami berkata..

" sayang.. lepas ni tak payah susah2 mendapatkan anak untuk abang lagi yee.. tapi kalau dah rezeki, abang terima.. abang tak nak sayang sakit lagi.. "

4 shining LIPGLOSS:

Encik Psychopath said...

siapa taknak anak.

qwert. said...

oh maan ! so sweeet laa :)

syafa said...

sweet :)

NIA said...

touched!*mata berkaca*