Pages

Thursday, May 12, 2011

nasihat untuk kaum hawa..


Assalamualaikum wbt


anggaplah ini sekadar nasihat untuk kalian semua..
aku bukan wanita sempurna.oopss.silap lady..
tapi sharing is caring, aite??grrrr..


untuk membantuk bibir yang menawan,
ucaplah kata2 yang indah sentiasa..
untuk mendapat mata yang indah,
carilah kebaikan ke atas setiap orang yang anda jumpai..

untuk mendapat badan yang langsing,
berkongssilah makanan dengan mereka yang kelaparan dan memerlukan..
untuk mendapat rambut yang cantik,
mintalah anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari..

untuk mendapat sikap tubuh yang menggoda,
berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan..
elakkanlah berjalan bersendirian..
kite perlu sedar..bukan bongkak dengan segala apa yang kite ada..
perlu sentiasa muhasabah diri, memperbaharui peringkat akal,
sentiasa berusaha untuk barubah ke arah kebaikan..
sedarlah bahawa Allah itu Maha Pengampun..

janganlah kite terus-terusan melukakan hati seseorang setelah beberapa kali menyakitinya..
ingatlah..jika kite dalam kesusahan dan kealpaan.
pasti ada tangan yang terhulur..
dan dengan bertambahnya usia, sedarlah bahawa semakin dekat usia mati kite..
maka semakin kite akan mensyukuri nikmat dariNya setelah diberi dua tangan..
satu untuk menolong diri kite sendiri.. dan satu lagi untuk menolong orang lain..
bukankah itu cukup lengkap kitaran hidupmu?

kecantikan wanita bukan pada bibirnya yang menawan,
badan yang langsing macam superb model,
rambut yang ikal, lembut bila disisir..
pakaian dikenakannya..

tetapi wanita yang cantik adalah pada matanya..
cara dia memandang segala kebesaran Allah dalam dunia..
kerana di matanya dapat melihat segala gerbang menuju ke hati manusia..
di mana dari situlah cinta berkembang..
bukankah dari mata turun ke hati?

kecantikan wanita bukan terletak pada kehalusan wajah..
tetapi terletak pada sinaran rohaninya..
yang terpancar dari dalam.. lalu membuahkan seseorang yang bersifat murni..
yang sepenuh masa memberi kasih perhatian pada si pecinta, dan Pencipta..
yang menyucikan segala jiwa..
agar sentiasa bersih dengan nur kasih..




setinggi mana pun darjat kita di atas dunia ini..
baliknya kite pada tanah..
baliknya kita pada Allah..


" wanita harus berani mengikut sunnah Rasulullah "


6 shining LIPGLOSS:

Unknown said...

indahnya :)

Adeela Oh Lala said...

done follow you sayang.. (:

NIA said...

nice saying.

kindergartenlibrary said...

entri yang berguna ~
=)

Encik Psychopath said...

perkara mudah yg sukar.

L Y N said...

wanita lebih elok kat pandangan mata org lain lau dia reti jaga adab :)