Pages

Wednesday, December 8, 2010

pengorbanan harum untuk hidupku..


Assalamualaikum wbt..


aku kebas2 setiap cibisan debu yang hinggap di kerusi buruk itu..
ternyata cuaca hari ini agak baik..
barcahaya tidak seperti hari sebelumnya.. malap, bawa gundah gulana saja..
aku mula melabuhkan punggung di atas kerusi itu..
menyingkap pandangan ke luar jendela..
kelihatan anak-anak kecil gelak nakal sambil bermain ting ting..


hatiku tenang riang.. sedang diulit dengan kepetahan kanak2 itu..
angin menyusur..menghembus lembut ke wajahku..
habis rambut yang ikal hitam legam menyerabut penglihatan tajam ..
tersentuh akan kedua-dua mata hatiku..
mata yang dulu pernah disakiti, ditusuk dan dipiatukan dengan bahan kimia..
aku hanya bersyukur kerana ada yang sudi berkorban untuk itu..


saat titis air mata ini tidak pernah kering jatuh..
seorang teman menasihati agar jangan deritakan mata itu lagi..
biarkan mata yang dulu pernah menjadi milik orang yang aku sayang..
kini bertemu bahagia di sampingku..
aku memaksa agar mata ini sentiasa tenteram bersamaku..
namun bila kenangan lampau menerjah ke lubuk khayalan..
aku goyah..jatuh dan tidak dapat menahan jilid kenangan itu..


pemuda yang pernah membawa syurga ke halaman hidup aku..
moment indah sentiasa dikongsi bersama..
seorang phtographer yang tidak jemu mempotretkan aku sebagai suri hidupnya..
aku lah peneman, aku lah penghibur, aku lah penawar..
semua dari tulus dasar hati yang tidak angkuh mengaku cinta..
obses itu telah melunturkan ego aku..
yang dulu pernah menolak mati-mati cinta itu..


tetapi kini, semuanya telah dirampas kembali apabila..
cecair yang digunakan untuk mencuci foto2 ilhamnya..
terpalit, mencabut nyawa kedua-dua mataku..
aku tahu dia menyesal..
sebab itu matanya kini menjadi milikku..


manusia durjana yang tidak mahu aku bahagia.
sering saja menggempar-gemparkan alasan..jahil.
konon si dia sudah pergi untuk selama-lamanya..
namun aku percaya.. percaya dengan permainan hati..
bisikkan hati itu tidak pernah tipu..
pernah terdetik, mungkin dia pergi kerana sesal..
tetapi aku tidak peduli..
sesungguhnya dia telah bayar sesalannya itu dengan hadiah paling bermakna..
sesungguhnya juga aku sesekali tidak mengharapkan semua itu..


di mana ada dia, di situ jantungku tidak akan berhenti-henti memanggil..
aku tahu dia ada untuk aku..
aku mahu dia pulang..
pulanglah ke pangkuanku..
kau adalah milikku selama-lamanya..


cinta itu tidak perlu dibayar dengan berdulang-dulang hantaran..
cukup dengan doa dan makbul dari Yang Esa..
membawa cinta itu bahagia ke akhirat selama-lamanya..
bawalah aku melakar cinta. harum di pintu Syurga..


adaptasi dari sebuah lagu:)

5 shining LIPGLOSS:

James Buns said...

lagu apa ni..mcm menarik!~

fatian athiea said...

bcoz im a girl der:))))

Yutaka Mushimura said...

jiwangnyerrr...athiea....

jom cari couple yang baekkk hatinyer....;0

fatian athiea said...

gua dah lme ajk lu cari yutaka..
gua dah jmpe kot.hahahahaha

Yutaka Mushimura said...

hahha..ko da jumpe ek..hehe..baguslah...

patut hati bertambah bunga...ek...