Pages

Showing posts with label nenek. Show all posts
Showing posts with label nenek. Show all posts

Friday, June 3, 2011

hati rindu..


Assalamualaikum..

entah kenapa tiba2 perasaan rindu bertandang.. menginap di penjuru hati yang sepi.
dan makin lama ia merebak memenuhi ruang hati..
hati yang gelap kembali berdarah merah..
kembali segar setelah rindu itu datang tanpa paksa...
dan mungkin akan pergi tanpa jua ku paksa..


aku pulang ke rumah tanpa rasa bersalah..
padahal minggu pembelajaran baru di awal permulaan..
kata orang.. time ni la kita balik..
nanti dah tengah2 & akhir2 sem almost busy with lots of assignments and quizzes..
so, tak perlu rasa bersalah lah kan?
even baru first week dah ada assignment. melambak pulak tu.
omo! as a student.. please. jangan mengeluh. tak baik.. just put strong effort to do it! yeah!ngeeee..


"nenek ku pulang dari Mekkah..
nenek ku belikan jubah...
jubah berwarna hitam yang menawan ..
boleh ku bawa ke kuliah..hehehhee"
(sambil ada alunan musix 'ayahku belikan kereta')


haruslah pulang sebab nenek aku baru pulang dari Mekkah..
masa beliau turun berangkat ke Mekkah..
aku tak dapat hadirkan diri..
sebab terpaksa pulang awal ke kampus..
so,by hook or by crook aku gagahkan diri balik jugak..
padahal poket dah kosong.
pokai habis awal2 sem ni..huhuuhuh..


meriah jugak rumah nenek aku malam tadi..
of course nenek sampai je, kat rumah ni ada buat makan2 sikit..
nenek bukak semua kurma, buah tin, kismis, air zam2 untuk yang lain nikmati..
aku pun apa lagi kan? terus ambil satu gelas besar air zam2..hhehe.tamak sekali sekala.takpe...


tiba2 nenek bising..
" ingat orang belakang sikit.."..
aku dengan bendulnya pergi toleh ke belakang..
aigooo..ayoyoyoyo..sejak bila aku blur camni? dbusshhx!
yang pasti air zam2 tu kurang manis..
i mean kurang payau..kalau dulu2 payau je..
lagi best untuk diminum..
takut jugk kot2 kena tipu ke.mintak simpang!


aku yang memang sekali sekala jumpa nenek sebab pergi belajar ni pun.
tiba2 boleh rasa rindu..
padahal biasalah aku tinggalkan nenek..
nenek tinggalkan aku.:)


Tuesday, January 11, 2011

buang tabiat ..


Assalamualaikum wbt..


kau mesti selalu jalan dekat Bukit Bintang tak??
mak aiii.. memang agak busy macam dunia nak telan manusia kat situ..
siyes.. kadang2 rase macam bukan kat Malaysia..
kota 24 jam lighting..
kalau2 nak overnite agak sesuai untuk lelaki, dan tak sesuai sangat untuk perempuan..
kalau kau tak segan ada dalam danger zone..
dialu-alukan okeh??


Bukit Bintang jugak famous dengan video comolot tu..
mak aii.. yang tak pernah pergi sane, tengok je video tu..
terus rase cam ada kat sane kan?? kan?? kan??
kalau dah round2 kat situ..
for sure, ada je kaki shopping bila billionaire, window shopping bila bankruptsi
jejak kaki kat Pavillion.. kalau nak buang duit sane,
pastikan korang tak main dengan singgit, lima hinggit ni..
nak naik komuter pun tak lepas kot..
makan mcDonald pun, tunggu time mcvalue lunch or breakfast..
kalau kau nak bermegah dengan duit yang sikit tu..
time tu je lah boleh nak bangga2 diri..


pernah satu ketika jalan2 kat situ..
aku ni suka jalan2 je..
tak suke nak tabur duit parents kasi ni sendirian berhad..
tak syiokk.. boleh rase sangat bila pokai takde duit..
jalan dengan catwalknye tetapi tunduk sampai nak sujud tanah..
ghase lah jugak nak tengok alam sekeliling..
big bang!! meletup.


nampak sorang makcik boleh digelar nenek kot..
jalan dengan penuh feel diva..
rambut dah dandan macam saloma..
baju pinky bagai nak kalah baby baru lahir..
aleh2 pandang kat satu corak yang macam nak unik, tapi tak..


hape tu??
aioyoyyooy.. kenapa lah si tua ni jalan tak ingat dunia??
malu dengan diri sendiri mula bertandang..
biar bukan silap aku pun..
tak pakai pakaian dalam pun, agak2 lah kan..
takkan tak ingat..
tak rase seram sejuk ke??
dah la waktu klimaks..
ramai giler manusia kat kotarayaku tu..
fuh fuh..
istighfar panjang..
rasa cam nak tegur je..
tapi aleh2 nanti aku pulak yang kena tendang laju2 ngan nenek tu..


nak berpakaian pun..
even you free hair..
and i did not know you punya religion..
tapi dalam etika pemakaian,,..
kita tetap ada batas..
masakan omputeh pun tahu nak tutup bahagian breast dorang



malu dong!!!
kalau cun tak pe jugak.


p/s : comel kan tarikh hari ni.. happy birthday siti nurhaliza..ehh..ye ke?? grrr

Wednesday, December 1, 2010

jom ajar cakelepukk..


Assalamualaikum wbt..


di sebuah pondok usang hujung kampung, tinggal seorang nenek dan cucunya, ayub..
mereka hidup susah sejak azali lagi.. namun begitu, mereka tetap bahagia kerana masih ada yang sudi membantu mereka dalam susah ataupun senang..
Ayub yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil amat nakal tetapi neneknya tahu dia baik dan rajin..
walaupun baru berusia tujuh tahun.. neneknya percaya, ayub dapat menyara hidup mereka kelak..

Ayub ditawarkan belajar di sebuah sekolah rendah..
kerjanya masuk kelas, kacau budak perempuan, selak kain budak perempuan, main lontar2 kuih dalam kantin bersama rakan-rakannya.. walaupun neneknya tahu akan ape yang Ayub lakukan, neneknya fikir..

" alah.. budak2.. biasala tu.. "


Kini enam bulan berlalu..
peperiksaan pertengahan semester pun sudah berlalu..
Ayub dan rakan2 sekelas mendapat result masing2..
Ayub pulang dan menunjukkan rekod keputusan kepada neneknya..

Ayub : nek, ayub dah dapat result ni..

Nenek : ye ke?? bawak sini nenek nak tengok..

Ayub : ni dia nek ( sambil menghulurkan buku rekod itu )..

Nenek : Ayub dapat nombor 34 ??

Ayub : mintak maaf nek.. ayub janji nak belajar rajin2 lepas ni..

Nenek : budak kelas ayub ada berapa ramai ??

Ayub : tigapuluhempat lah nek..

Nenek : anak mak cik senah ( jiran mereka ) dapat nombor berapa ??

Ayub : nombor enam (6) nek..

Nenek : wow!! kire cucu nenek pandai lagi la??? tiga puluh empat kan lagi banyak daripada enam.. bagus2.. tahniah.. nanti cukup duit, nenek buat makan pulut kuning..


Ayub hanya mendiamkan diri dan membiarkan neneknya itu.. baginya nenek hanya bergurau..padahal jauh di sudut hati neneknya.. gembira dan bahagia bagai nak diusung cucunya yang satu itu satu dunia..hehehee...



p/s : mari kite same2 ajar nenek2, atuk2 membaca..
bukanke membaca itu amalan mulia??grrrr



Monday, November 22, 2010

nek.. berkenankan saya yaa??


Salam..


ini kisah 10 Zulhijjah..
gua ulang..
kisah 10 Zulhijjah..
Yaa..itu tarikh keramat bagi hari pengorbanan umat Islam..
dan gua anggap itu amat manis untuk dikenang..
dan amat pahit untuk ditelan..


seperti sediakala..
pagi2 lagi gua dan family siap2 untuk pergi bersolat sunat di masjid..
lain yang dirancang..lain pula yang jadi..
biasalah.. kita hanya merancang, Allah yang tentukan..
tempat persinggahan kami setelah berjalan-jalan menuju ke dalam kampung..
adalah surau.. tak salah kan solat kat surau??huuhuhh..


namapun surau.. so, orang yang ada kat situ ramainya nenek2 tua yang agak uzur..
tetapi masih bisa untuk menunaikan kewajipannya sebagai seseorang yang beragama Islam..
gua cepat2 salam dengan penghuni surau yang awal datang dan penuhkan saf di hadapan, duduk bersimpuh sebelah nenda..
nenek2 yang sebaya dengan nenda kesayanganku amek kerusi dan
fulfill saf di belakang..
aku macam segan lah jugak..
bukan semua orang gua kenal.. semua duk tanya ..
anak siapa? cucu siapa? tinggal kat mane?
huh! jenuh gua nak jawab..


tetibe datang la sorang nenek yang gua agak mula2 masuk tadi..
tak bersalam lagi.. nak ditebarkan sejadah di hadapan beliau..
beliau tak nak.. dan seperti mahu menggapai kerusi berdekatan..
gua pun lekas2 lah tolong amekkan kerusi tu..
untung2.. nenda gua jugak yang kena puji.. muahahah*tak terfikir pasal pujian pun time ni..
dalam hati..
" owhh.. uzur jugak rupenye.. "
semasa semua orang duk khusyuk mendengar takbir..
gua pun turut layan dan ikutinya..
nenek sebelah gua bertanya..

" anak siapa ni?? "

gua senyum..dan jawab..

" ermm cucu che su ".

nenda gua menyampuk

" cucu hambe.. anak zar.. "..
sambil menunding ke arah mama aku..

nenek itu menyambung pertanyaan..

" ada gu (pasangan) tak lagi?? "

gua kaget.. ape yang gua faham..kawan yang menemani datang ke surau..
nenda gua sekali lagi menyampuk..

" belajar lagi.. tak leh fikir lagi.."

gua senyum..dan meneruskan layanan agak khusyuk gua dengan takbir..
gua seperi perasan lebih yang nenek tu perhatikan gua..
sesudah solat pun seperti perhatikan gua..
gua macam perasan lebih2 sangat laa..
tapi gua tak berani tengok..gua jeling2 dengan ekor mata saja..
tapi kalau betol..
nak je gua tanya..
" berkenankan saya ke???bawak rombongan yaa.."*grrrrr..


balik dari surau..nenda gua bising2 depan sedare-mare..
"tadi che . . . . ( gua lupa namanya ).. tengok2 si atin ni (nama samaran kat kampung)..
kenang moohnye..(berkenan kotnya).."
gua tak suka lalu berkata " tidak" pada setiap kate2 nenda gua..
sedare-mare gua ramai duk nyampuk lagi..
"boleh kahwin dah ni.."
"ada dah tu.. tak payah lah kenal2 kat orang lain lagi.."


gua serius tak suka kalau orang duk cakap sal kahwin dengan gua..
gua baru 19 tahun okeh??
tak ready haprak lagi..
kawan2 lelaki yang ada pun gua tak rase boleh buat laki lagi.haahha

The girl (? Pictures, Images and Photos

gua cadang..
kalau dah ready nak kahwin..
gua nak buat interview kat mamak2 yang berkenankan gua..
pastu buat pelbagai peringkat nak tapis yang terbaik.haha
alaa.macam ujian dari segi mental, fizikal, zahir, batin.muahahaha
dan gua rasa lelaki2 kat luar sana pun perlu buat sedemikian.keh keh keh keh..




p/s : jangan amek serius setiap kate2 gua.. kadang2 gua suka bergurau:)