Pages

Showing posts with label budak2. Show all posts
Showing posts with label budak2. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

mari maria maradona mar


Assalamualaikum wbt..

budak2 memang tak pandai menipu..
tapi kalau dah umur belasan tahun..
bukan setakat menipu, membunuh pun ada.
cewaah! kejam giler ayat. cam pernah hadapi situasi tu je.


penangan aku jaga budak 18 tahun yang ramai2 tu..
membuatkan aku rasa bersalah bila keadaan menjadi sunyi.
aku pernah jadi mereka.
dan aku tak suka akan keadaan tersebut.
dan itu yang mungkin mereka rasa..


aku pun lepak bersantai di bawah air-cond..
padahal tugas aku perlu create satu aktiviti untuk mereka.
arghhh! sumpah takde ideal to make them happy. speechless.


tiba2 datang sorang budak senyum2 kat aku..
aku kembali senyum..

" muka kak thiya cam mari mar.."..

" apo ko bonda ey jang?? "..aku bertanya..

" cerita philipine tv3 uh.. "..

" hahha..sori la dik..akak tak layan cerita tu..tapi nanti akak nak cek..same ke?? huhaaa "..


mengarut betol budak2 ni..
macam amisha patel la. , kim heechul la.oopps! hahahahha


aku amik masa 9 minit je untuk entri ni..
so, ini bukan rekaan.hhaha
budak2.. tak yah percaya sangat..


Saturday, May 7, 2011

dengan budak. . .



Assalamualaikum wbt..


sedang kami beramai-ramai berkumpul di rumah nenek..
aku dengan buat2 prihatin dan caringnye melayan lah kerenah adik2 sepupu aku yang agak nakal dan memang susah nak jaga. macam parents dorang masa kecik2 lah tu kot. orang cakap kalau perangai seseorang tu camtu, no wonder dia ikut perangai parents dia masa kecik2 dulu. aisshhkk!
mintak2 bakal anak anak anak anak anak anak aku nanti tak nakal sebegitu rupa. huh!tengok berapa ramai anak aku nak.hek5..!


tiba2 adik sepupu aku yang sorang ni manja2 dengan aku.
mentang2 aku tengah makan lolipop..cepat2 je dia datang nak bermanja.

qaseh : kak tin.. tak cantik..

me : apa yang tak cantik??

qaseh : kak tin pakai tu..

me : ha??

qaseh : kalau qaseh pakai mesti lagi cantik.

ni lah qaseh!

eeee! aku redha je lah. kami bercakap soal cekak rambut yang ada sulaman butterfly. aku memang minat barang2 butterfly ni. actually, cekak tu aku pakai time pakai shawl. kalau pakai saja2 sakit sikit lah kat telinga sebab ia terlalu ketat. disebabkan on the spot pergi rumah nenek, tak bawak bekalan ape2 untuk dihiaskan di atas kepala ni. terpaksalah aku pakai cekak tu. memang Qaseh ni pelik. time aku pakai shawl dengan cekak tu dia cakap cantik. time aku pakai tanpa shawl, dikutuknya aku tak cantik. siap perasantantuntas lagi. sengal betul budak sorang ni. nasib kau baru empat tahun. kalau kau umur belas2 dah, memang aku sekeh cukup2.


tanpa fikir panjang aku tak layan. dah lah aunt and uncle aku berlepakkan di ruang tamu tu beramai-ramai jugak. malu2. orang ada cakap jugak yang budak2 ni tak pandai menipu. so, aku pun buang cekak tu. hahaha..sensitip betul aku dengan mulut budak2 ni. dorang suka cakap lepas tak fikir aww.. hari tu, ada satu jerawat besar kat pipi aku, ada sorang sepupu aku lelaki ni sound.

" hahhaha..jerawat besar. hudoh dah. takde orang nak dah. "..


eeeeeee! lagi bengang. jerawat yang satu besar tu pun dia nak bising, kepoh tak tentu pasal.
nasib aku ni reti nak fikir dia tu budak lagi.
kalau tak, aku nak je tarik2 rambut dia. kadang2 aku melayan jugak. tapi kena marah dengan mama. huh! such an unfair world i have!

tapi semua tu dah beberapa bulan berlalu. aku rindu hidup dengan mereka.
huh! sedih. nak jumpa mereka:(


bdw, happy mother's day to my beloved mum!
love you so much! <3




Wednesday, December 1, 2010

jom ajar cakelepukk..


Assalamualaikum wbt..


di sebuah pondok usang hujung kampung, tinggal seorang nenek dan cucunya, ayub..
mereka hidup susah sejak azali lagi.. namun begitu, mereka tetap bahagia kerana masih ada yang sudi membantu mereka dalam susah ataupun senang..
Ayub yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil amat nakal tetapi neneknya tahu dia baik dan rajin..
walaupun baru berusia tujuh tahun.. neneknya percaya, ayub dapat menyara hidup mereka kelak..

Ayub ditawarkan belajar di sebuah sekolah rendah..
kerjanya masuk kelas, kacau budak perempuan, selak kain budak perempuan, main lontar2 kuih dalam kantin bersama rakan-rakannya.. walaupun neneknya tahu akan ape yang Ayub lakukan, neneknya fikir..

" alah.. budak2.. biasala tu.. "


Kini enam bulan berlalu..
peperiksaan pertengahan semester pun sudah berlalu..
Ayub dan rakan2 sekelas mendapat result masing2..
Ayub pulang dan menunjukkan rekod keputusan kepada neneknya..

Ayub : nek, ayub dah dapat result ni..

Nenek : ye ke?? bawak sini nenek nak tengok..

Ayub : ni dia nek ( sambil menghulurkan buku rekod itu )..

Nenek : Ayub dapat nombor 34 ??

Ayub : mintak maaf nek.. ayub janji nak belajar rajin2 lepas ni..

Nenek : budak kelas ayub ada berapa ramai ??

Ayub : tigapuluhempat lah nek..

Nenek : anak mak cik senah ( jiran mereka ) dapat nombor berapa ??

Ayub : nombor enam (6) nek..

Nenek : wow!! kire cucu nenek pandai lagi la??? tiga puluh empat kan lagi banyak daripada enam.. bagus2.. tahniah.. nanti cukup duit, nenek buat makan pulut kuning..


Ayub hanya mendiamkan diri dan membiarkan neneknya itu.. baginya nenek hanya bergurau..padahal jauh di sudut hati neneknya.. gembira dan bahagia bagai nak diusung cucunya yang satu itu satu dunia..hehehee...



p/s : mari kite same2 ajar nenek2, atuk2 membaca..
bukanke membaca itu amalan mulia??grrrr