Bismillahirrahmanirrahim..
pada malam jenazah masih dilawati oleh kenalan-kenalan dekat
si abang yang baru berumur 13 tahun duduk di sebelah arwah abahnya.
dipeluk diciumnya berulang kali.
berat bagi si abang untuk menerima kenyataan bahawa abahnya sudah tiada.
biarpun marah, rotan yang jadi sajian jika melakukan kesalahan..
dia masih dapat merasai kasih sayang seorang abah..
ditengok oleh sepupu sepupu lain..
si abang berubah menjadi pendiam.
sedih seolah-olah mengharapkan keajaiban berlaku
" kenapa letak abah dalam lubang tu? "
si kecil bertanya.
bagi anak kecil yang baru berumur 3 tahun.
belum mengerti apa yang terjadi. dilihatnya keadaan orang sekeliling
yang menangis, yang berlinang air mata.
disengihnya seolah-olah itu satu permainan.
Allah. berikan mak su kekuatan untuk hadapi semua ini.
La Tahzan. aku tahu berat untuk hadapinya.
tetapi untungnya arwah.
dia pergi sebelum ibunya.
kurang2 masih ada doa yang berkat mengiringi pemergiannya.
moga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, serta dicucuri rahmat.
moga arwah mohd fadzlul che yusof tenang di sana. inshaAllah amin
0 shining LIPGLOSS:
Post a Comment