Pages

Sunday, October 28, 2012

baik dan buruk



Assalamualaikum wbt..



belum terlambat untuk aku ucap Selamat Hari Raya AidilAdha kan?
takde ahli keluarga yang involve dengan korban pun. tapi faham-faham je la.
kalau duk kampung, dah nama pun dekat negeri Terengganu ni. tok sah nak cakap la.
dari pagi 10 Zulhijjah sampai senja 13 Zulhijjah makan daging korban tak henti2, tak pernah muak. dan insyaAllah tersangatlah berkat.

nak share sikit apa yang classmate aku share.

sila klik thumbnail untuk enlarge

dan semenjak aku layan drama2 kat televisyen sempena raya ni tetibe tersentuh sikit la dalam hati.*ingat aku tau layan korea je?
hati dan jiwa manusia sangat lembut. dan aku berani cakap bahawa Allah sayang aku insyaAllah, dan Alhamdulillah masih ada iman dalam diri aku untuk terasa dengan setiap jalan cerita yang disampaikan. bukan derhaka atau durjana. tetapi mengenali setiap kekhilafan diri.


setiap manusia melakukan kesilapan. hanya dengan kemaafan dapat meredhakan rasa khilaf itu. but the one thing I realize is, maybe 'FORGIVE. yes. FORGET. no'. bukan semua orang dapat pegang dengan perisai 'forgive and forget'. jiwa manusia jugak memang kalah dengan hasutan iblis dan syaitan. penuh dengan dendam, kebencian dan kedengkian.


"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)


teringin meminta maaf kalau2 salah dan silap aku yang lampau masih tidak bisa diampuni oleh segelintir insan. tapi aku buntu, bagaimana untuk mencari? and what way i have to use.? ada jugak aku temui cara mudah untuk berinteraksi dengannya, tapi aku khuatir kalau2 dendam kesumat dalam dirinya belum terpadam walaupun bertahun-tahun lamanya perkara itu berkubur. walaupun dia bahagia dengan yang lain. walaupun banyak lagi perkara lain yang bermasalah pada diri dia.


aku berutusan dengan Ilahi. sesungguhnya aku maafkan dia jika luka pernah aku dapat daripada dia.  persoalannya bagaimana aku? macam mana kalau salah aku tak diampuni orang itu? maka aku dapat jawapan daripada Ilahi. kerna aku tau, setiap perkara baik yang terdetik dalam hati ini datangnya daripada Allah. moga TELEPATHY aku untuk meminta kemaafan daripada kau sampai wahai insan yang merantau di bumi Misr dan insan di bumi penuh sejarah.


p/s : even aku tahu kau impossible akan baca entry ni. tapi aku sangat berharap moga Allah gerakkan hati kau untuk berpijak di sini.. moga kau tau. aku ikhlas!




*takde kaitan pun lagu ni





WASSALAM :)





3 shining LIPGLOSS:

the malay male said...

Alhamdulillah, baru lepas makan daging korban

fandyz said...

Salam, berdoalah kepadaNya InsyaAllah.. :D

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

thanks share info...
oh memang betul... susah nak gunakan fogive and forget tu. lagi2 bila umur nak meningkat.
lagi banyak benda yang tak mampu nak dilupakan walaupun cakap dah maafkan...
cuma kadang tu fikirkan benda yang berlaku tu mungkin ada baiknya. itu je... ^^