Pages

Friday, December 9, 2011

the best camp ever!


Assalamualaikum.

nampak tak? nampak tak permainan aku yang semakin lama, semakin lembap nak update blog.
aiyoyyoyo. banyak malas maaa. dan memang dasar aku ni berblog untuk suka2. bukan cam certain orang yang jadikan blog sebagai sumber mencari rezeki, mencari populariti. lantak lah kan?
yang penting setiap manusia ada objektif hidup.

last week. im the choosen one to join Majlis Perwakilan Pelajar UiTMT pergi kem.
total yang pergi termasuk sorang pengiring just twenty.
ni bukan kem batch okey. MPP yang punya. so, no wonder tak ramai.
hanya yang ber'rezeki lebih dapat join*kelingpunyaayat*.


suggested place : SUKABUMI VILLAGE RESORT
location : sempadan Negeri Sembilan dan Melaka


tak lame pun kami pergi.
dalam 4 hari 3 malam je. about weekend jugak la.
tengahari khamis ( 1 Dis ) bertolak. malam dalam pukul 10.30 dah sampai sana.
ikutkan jumaat baru start ekspedisi kami. tapi malam tu malang tidak berbau la kot.

bas masuk lubang. aiyoook


nak tak nak kami perlu berjalan untuk ke resort tersebut.
dengan bag pack berat yang askar bawak masuk hutan tu, keletihan sepanjang perjalanan.
sudah nampak petanda di situ bahawa kami akan terseksa di sini. bukannya untuk release stress. bukan rilek2 je.

sampai je kat tapak village.
subhanallah. bukan seburuk yang aku sangka.
masuk je pagar yang bapak basar tu terus nampak kolam yang cantik menghijau warnanya.
serious cantik. korang tak percaya. cepatlah pergi cari tempat tu.
sangat cantik. air kolam tu adalah daripada enam kali tapisan air sungai berdekatan.

malam yang tenang dengan deruan sungai. sepi tapi indah.
kami diberi sedikit briefing. then masuk tidur. agak panas la.
sampai2 terus kena pasang khemah. then, kena terus tidur untuk aktiviti esok.


2 Dis 2011
ada sesi ice breaking sikit. dan pelbagai aktiviti disediakan untuk kami
mula2 agak bengang. sebab ikutkan objektif utama kami ke sini untuk bersuka ria.
rest, relax, respect. alih2 kena aktiviti yang melibatkan critical thinking.
malas betul nak fikir2 ni. dah la dalam 2.30 petang kami berkumpul dan diberitahu perlu membuat persembahan untuk creative nite malam tu. memang tak lah kan?
hujan lebat membantkan aktiviti kami untuk jungle trekking sebab air kepala sungai yang perlu kami lalui sangat kuat. nampak macam air bah je.

so, kami perlu lakukan aktiviti yang sepatutnya hari esok untuk hari ni.
belajar tenggelam timbul, berenang sementara untuk rescue island.
yang lawaknya. group orang lain lembap camner pun sampai jugak.
group aku gerak 1 meter je. pahtu tak gerak2. dem! kena sorak dengan group lain rasa cam nak sekeh je sorang. aku tengok ahli group aku cool2 je. so, aku buat2 cool jugak. nak rileks2 je kan.. bukan nak stress. adoyyy!

cari yang mana satu aku?haha

3 Dis 2011

pengakuan yang aku nak buat pagi tu aku tak mandi.
kawan2 pun tak mandi. bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pergi solat, breakfast.hahaha.
sebab pagi tu kami nak masuk hutan.
kena jelajah hutan di sepanjang anak sungai sampai ke GIANT TREE!

ni lah giant tree nye. itu baru akar. tak tengok batang dan pohon2nya lagi.

petang tu pulak kami ke Melaka. untuk ronda2, makan2 angin, habiskan duit. hahaha
yang paling best hari minggu ni terlalu ramai pasangan pengantin yang buat photoshoot kat area A'Famosa tu. kami berdua puluh jalan2. tiba2 sorang lead. 1, 2 ,3.
semua pakat nyanyi..
" selamat pengantin baru, selamat berbahagia..
selamat ke anak cucu, selamat sejahtera ". happening giler.
orang yang berkunjung kat situ semua tengok. malu ada, bangga pun ada. hahah.
tak sangka aku boleh join buat kerja giler ni jugak. kahkahkah. sampaikan ada foreigner yang rakan gelagat kami. yang paling penting. pengantin yang tadi duk sambut2, angkat, main cak kun cak berphoto tu tiba2 malu. hahaha.
malam tu pulak kami naik river cruise.
hampir semua bot yang lalu sebelah bot kami. kami berdua puluh ni duk 'haiiii'. kelakar betul!



4 Dis 2011.

ada aktiviti Melacca express. korang ingat kami pergi saje2 melaka?
ada task jugak taw. fuhhh! last ada upacara penutup . kena ceritakan pelbagai perasaan.
dan first time aku tengok facilitator menangis sebab kami taw.
mereka sayang sangat2 kami sampai berat hati nak berpisah.


on the way pulang ke tempat asal.
kami dalam bas bukan boleh duduk diam.
pak cik driver pun tak senang duduk sebab kami. buat macam bas tu kami yang punya.
berkaraoke la, tengok movie la. berlari la. hhahaa.
the last event yang kami buat bersama-sama.
hantar mesej kat faci kami serentak. hahha.
memang tak menang tangan lah faci kami nak reply sorang2 kan. alih2 sorang je beliau reply lain. yang lain semua same je. cis! hahhaha.

kira cepat! cukup tak 20?
kot2 lah ada lebih lagi kan. heeeee


yang penting kami ENJOY!
& the best camp ever!
maybe kenangan ni tak dapat lagi aku rasakan.
Alhamdulillah. bersyukur sangat2 aku dapat join kawan2 lain pergi kem ni.


if korang nak pergi kem paling cantik & challenging.
pilih la SUKABUMI VILLAGE RESORT :)


0 shining LIPGLOSS: