Pages

Monday, June 20, 2011

surat cinta untuk pecinta



Assalamualaikum wbt..


seawal 5 pagi aku bangun..
terus ke bilik air mengambil wuduk..
moga doa yang ku pohon dalam solat sunat hajat ini
diangkat setinggi-tinggi darjat di sisiMu, Ya Allah..

selesai bersihkan badan dan solat Subuh
aku ke dapur..
tepung dah ada, spagheti, coklat, daging cincang. azaa!
detik demi detik berlalu..
sambil memasak dan membakar bahan2 yang disediakan..
aku dapat rasakan bahawa bibir ini mengukir senyuman..
"amboi anak mama.. senyum lebar hari ni! "
muka aku naik merah padam. malu.
tak sabar nak bertemu muka.
hampir empat tahun tak berjumpa.


jam digital di tangan menunjukkan tepat jam 1730..
dicarinya aku bekas buluh..
zaman dulu2.. mama selalu bawak bekas buluh berisi makanan tu untuk papa..
sekarang turn aku pulak. heheh..
"tempat biasa! "..
tengiang-ngiang suaranya menegaskan tempat biasa sebagai tempat perjumpaan pertama setelah beberapa tahun tak berjumpa..
" inilah tempat paling sesuai untuk kita mencari pahala..
inilah ciptaan Allah yang agung. "
kau kenalkan aku pantai dengan rahsia disebaliknya.


tidak seperti biasa..
hari ini aku yang sampai dahulu sebelum dia..
boleh aku buatkan apa2 yang patut..
aku heret tiga batang pelepah kelapa..
satu untuk kau, satu untuk dia, satu untuk parti kita..
akhirnya dia sampaikan jejak. melihat aku yang gelabah bersiap untuk dia.
dia senyum. hati aku berdegup kencang.
kini senyum itu kembali segar setelah hampir hilang dari memori sang pecinta.
hanya bibit2 indah yang menjadi pengikat segala ikatan antara kita..

aku suapkan kek kegemaran dia. kek coklat lembap beserta spagheti daging cincang.
bersaksikan mentari petang..
angin pantai yang meniup lembut..
anak2 kecil berlari-lari riang..
sungguh indah petang ini..


aku mahu kau tahu..
aku bersyukur jika engkau benar2 dilahirkan untuk aku.
aku yang sayang kamu, aku yang jaga kamu, aku yang segala-galanya untuk kamu.
Selamat Ulangtahun Sayang..
semoga usia dua puluh ini menjadi pengukur antara hidup sebagai seorang jejaka dan remaja..
moga juga kau selalu tabah menempuh segala onak duri kehidupan..
moga Allah memberkati mu sentiasa..

happy birthday boy!