Pages

Saturday, March 12, 2011

perempuan sekarang ramai bunting..


Assalamualaikum wbt...


kaum hawa dikenali sebagai perempuan, wanita, betina..sewaktu dengannya lah..
digarhayu dengan pelbagai santun..
lemah lembut, berbudi pekerti, pandai masak, hormati orang, pandai jaga hati,
cakap berlapik, malu bertempat, bijak menguruskan diri dan keluarga, tepati masa dan so on..
itu kalau nak tengok perrempuan zaman dulu2 kala ramai lah camtu kan???

but now, cuba tengok wanita2 sekeliling korang..
susah kan nak jumpa yang ada ciri2 sedemikian..?
kalau yang couple tu memang jarang yang berjalan dengan lelaki tak pegang2..
kalau yang bercakap tu, kalau boleh satu dunia nak suruh dengar..
kalau yang tak reti jaga diri tu, malam2 selalu keluar duk bertenggek dengan lelaki..
kalau yang jalan pulak, takde dah yang pandang bawah nak cium lantai.. semua pakat duk dabik dada.. bangga dengan apa yang dia ada..
tak ramai jugak yang dapat tolong ibu memasak kat dapur..
selagi ibu dia hidup, selagi tu mintak ibu dia masakkan..
gatal nak kahwin tapi ciri2 nak jadi isteri memang takde langsung dalam list. OUT!
mak mertua jumpa kau pun, dia yang lari angkut anak dia dulu..


nenek guwa mintak jaga diri.. al-maklumlah..
kecoh pasal gempa bumi kat Jepun, Tsunami kat Hong Kong..
guwa tenang2 aja.. mungkin masih blur dengan keseriusan nenek guwa..
tengah2 guwa rilekskan nenek guwa biar beliau fikir insyaAllah takde pe2..
dont worry, be happy..
nenek guwa bising..

" mana boleh dont worry, dunia nak khiamat dah "..

gua naik hairan, siap speaking bagai. nenek guwa tadi pesan suruh jaga diri sebab kondisi kat Jepun tu..
sekarang cakap dunia nak khiamat..
memang betul tapi kalau gempa bumi tu, memang dari dulu lagi berlaku..
guwa sambut statement nenek guwa dengan pertanyaan..

" kenapa?? cew cerite cew cerite.. "..

sambil mulut ternganga, hati berdebar, khusyuk..
mengalahkan khusyuk dalam solat. guwa teliti mendengar kata2 yang nenek guwa keluarkan..
ceritanya begini...
kalau dah duduk kat kampung..
sorok macam mane pun keaiban, suatu hari pasti tersebar juga..
even tak tunjuk busy body sekalipun, tetap akan tahu kemudian hari..
kat kampung guwa..
dah ada tiga orang yang bunting tanpa hubungan yang sah..
dua orang daripada tu adalah daripada keluarga yang sama..
yang si kakak dah selamat melahirkan anak..
si adik pula masih membiakkan benih haram itu..
guwa terkejut.. bila guwa tanya

"boleh pulak mak dua orang tu terima anak2 dia lagi..?"


nenek guwa menjawab dengan penuh feeling..

" boleh lah tu"..

macam mane entah guwa pun rasa panas..
tibe2 guwa cakap..

" orang cakap kalau perangai anak camtu, mesti mak atau ayah dia muda2 dulu selalu buat hal.., liar "..

yang lagi tak percaya, bukan nenek guwa nak sangkalkan kata2 guwa.. tapi nenek sambut..

" hoo laaa..(yela).. mak dia tu zaman muda2 dulu bawak kereta pergi jalan situ sini sorang2.. tukar lelaki.. last2 kahwin sorang tu jugak, tapi tak lame je cerai.."..aishkkk!!!!


owhooo..baru guwa dapat buat konklusi..
tapi bersyukur sebab si kakak tu dah kahwin dengan lelaki yang membuntingkan dia..
nasib lelaki tu nak bertanggungjawab..
tapi mereka terpaksa kahwin kat Golok dengan permission mak dia sendiri sewaktu usia kandungan lebih kurang empat bulan..
guwa pulak banyak tanya kat nenek guwa..

" boleh ke mak jadi wali?? sedangkan ayah ada lagi.. "..

nenek guwa sambung cerita, tapi guwa tetap tak puas hati sebab beliau tak jawab soalan guwa.. gua tanya lagi.. mungkin nenek pun was2 nak jawab ni.. akhirnya beliau bersuara..

" boleh lah kot.. sebab kahwin dengan lelaki yang dah mengandungkan dia.. "..

aku tanya lagi..

" boleh ke kahwin tengah mengandung?? ",,

nenek guwa jawab dengan jawapan yang same..
hahahaa.. guwa malas beri tekanan untuk nenek guwa berfikir dalam2..
guwa rancak mendengar lagi...

menyakitkan hati lagi bila guwa naik hairan dengan penerimaan maknya sampai dua2 orang anaknya bunting tanpa kahwin.. si nenek kepada janin2 yang tak bersalah ni duk pening cari nama untuk bakal cucunya.. memang itu usaha murni, selepas mengetahui anaknya bunting tapi still terima anaknya seadanya.. disebabkan ghairah mencari nama yang mahu diletak kepada bayi2 bakal dilahirkan ni.. ibu saudara kepada dua orang yang mengandung ni bising dengan perlakuan maknya.. seraya berkata..

" kau duk sibuk cari nama anak, pergilah cari ayahnya dulu.. mintak bertanggungjawab..!"..

guwa berfikir-fikir sampai tak lalu nak makan..


aigooo.. dunia2.. itu nasib baik maknya terima keadaan anak..
maka berkuranglah kes buang bayi..
tapi kalau yang jenis terima, suka hati...
tak fikir masa depan anak yang bakal dilahirkan tanpa ayah, susah jugak..


zaman kini, tak semua perempuan nampak suci itu masih suci.. dunia nak kiamat..
tak semua perempuan yang lemah lembut, tak khianat.. dunia nak kiamat..
tak semua perempuan yang luar nampak baik, hati busuk hakikat.. dunia nak kiamat..


guwa sarankan lelaki2 yang tak sabar kat luar sana..
tolong jangan permainkan perempuan..
melepas nafsu serakah sesuka hati..
nampak sangat iman kau duk celah2 jari kaki je..
bukan kau yang tanggung akibatnya even kau tak suci lagi..
tapi si perempuan yang naif ini menjadi mangsa..
kalau benar sayang akan perempuan tu..
tak kirelah masih muda atau belum...
kalau rasa anda mampu, masuklah merisik.. kahwin terus..
kalau rasa belum mampu, jauhkan diri daripada melakukan perkara2 tak senonoh tu..
lebih baik lagi, kau jauhkan diri daripada perempuan yang kau sayang tu...
jangan sia2kan hidupnya dengan nafsu kau..
sesungguhnya ada banyak cara untuk kite memperbaiki diri daripada melakukan kekhilafan..

aku sarankan pula pada wanita2 berintegriti luar sana..
agar tahu meneguhkan iman, dan letak ia setinggi-tinggi darjat dalam diri..
kau suka dilayan, dibelai lembut oleh tangan2 lelaki..
sebab nafsu kau biarkan diri diratah oleh lelaki..
tapi kau tak sedar akibat daripada itu..
kau yang malu, rugi. hidup kau yang binasa..
kau tak tahu mungkin lelaki yang berkata sayang sekarang..
akan benci selepas mensia-siakan hidup kau..
bukan semua lelaki jenis bertanggungjawab..
sesungguhnya jagalah diri kau dengan menjauhi diri daripada zina..
kita mampu jika kita mahu..


aku tak nak cakap banyak..
sebab aku pun mahu perbaiki diri..
sama2 lah kita renung2 kan bersama okeh??
sayang korang semua:)

18 shining LIPGLOSS:

zulkoa said...

mcm bace buku motivasi..suke2..:)

fatian athiea said...

hahaha..ada2 je dye..

me suya said...

panjang lebar cerita ni..
kena sama-sama ingtkan.. betul kata nenek thiea.. dunia akhir zaman

Misz Jenny said...

ni kalu publish kat newspapers ruangan agama mesti bez..hak3...


btw, agk2 bila fly g sane balik?
further stdy kat Jepun kan?

Qaseh Dalia said...

like it ... bercinta jgn smpai rosakkan maruah ...sbb cinta tak semestinye kawen ..janji ceh di mulut last2 dah mengadung hilang janji nak kawen sape gak yg merana perempuan jugak ..tp salah siape ?pk2 lah sendiri

fatian athiea said...

suya ; dye ckp dunia nk kiamat.hehehe

fatian athiea said...

misz : blum ckp padat utk dltkkan bhgn agama..

fatian athiea said...

qaseh : sendiri mhu ingat la kan yunx??

zulkoa said...

padat dah ni..lau padat sgt aku bace sekerat je...

malas menghantui diri..:)

Yutaka Mushimura said...

woohaa..mantap..so...natijahnya...

No play - Play..okeh...pleaselah...bersama membanteras Zina...em, aku jugak sama okeh..

tips terbaru


Tips Menghadapi Jerawat

Tips Mendapat Ketenangan Dalam Senaman

Semua Untuk Kamu, My Lovely Follower

No Condom - NO PLAY PLAY

Encik Psychopath said...

tp kalo tatahan mcmane ? seb bek takde gf.

miss ice said...

dah terlanjur tu mmg elok lah kawen..
drpd buat dosa y lg berat..
buang anak..or bunuh diri..
isk2..
papepn..pndai2 la kite kawal dri..jgn diturutkan sgt napsu..

fatian athiea said...

cik ubi : hahahhahah..nmpk sgt mmg xhbis bace jgk

fatian athiea said...

yutaka : same2 kte renung2kan :)

fatian athiea said...

encik : msuk pusat tahanan la.hahah

fatian athiea said...

budak : betol tu..mnusia memang tak boleh lawan nafsu klu iman tu xstinggi lbih dd nafsu

taqi said...

rosak akhlak ni mmg sukar dibendung kan kan.

fatian athiea said...

yep taqiyue..like u said..