Pages

Tuesday, October 12, 2010

WAJIB singgah : madu hempedu untuk roomate

salam...

korang mesti happy idop ngan roomate yang satu kepala hampeh ngan korang kan??
kalau yang tak satu kepala tu..
camner agaknye ek???
baik korang bagi satu kezutan untuk beliau2 yang korang 'sayangi'..
moga ukhuwah antara korang makin erat2..siku lipat..muahahaa..

1. Beli pokok kaktus. Bercakap dan bawak tidur sekali. Selepas beberapa hari, bertengkar ngan pokok tu dan cakap. " Aku tak tahan lagi kidup sebumbung ngan ko. TAK GUNA!" berjalan keluar sambil menghempaskan pintu dengan sekuat-kuat hati.. Buang pokok itu di kasut roomate kamu.
2. Buat dot dot dengan pen merah kat tangan kamu. Dari hari ke hari, banyakkan dot dot merah itu sambil berkata " tolong. ia merebak! ia merebak! "
3. Setiap hari minggu, pack barang korang dan bagitahu rumate yang korang kena balik sebab URGENT! beberapa minit selepas keluar bilik, masuk balik dan terangkan bahawa tak ada orang kat rumah nak sambut kamu.
4. Beli pisau banyak2. Asahkan pisau itu setiap malam sambil memandang rumate kamu dan berkata, " Tak lama la engkau.. tak lama la engkau "..
5. Tenung lama2 papan chess sambil membebel tetapi tidak membuat sebarang pergerakkan. Sampai masa, korang bangun dan cakap, " siot! asyik2 kalah.. dan ni kalah lagi..! " tunding jari kat rumate dan cakap lagi, " ko lah ni punya pasal!".
6. Setiap kali roomate balik, tutup lampu dan buat2 tidur. Bila dia keluar. jerit kuat2, " hoorey.. !! hidup kembali aman." . bukak lampu semula.
7. Cakap kat rumate, ada pesanan untuk kamu. Lepas itu, buat2 pengsan. Selepas beberapa minit, bangun balik dan cakap, " oit2..meh sini aku baru ingat pesanan untuk ko. ".. kemudian buat2 pengsan balik.
8. Apabila rumate korang tidur, conteng muka dia 'cantik2' macam badut kat sarkas tu dengan marker permanent. kemudian ambil gambar.
9. Tampal poster gambar rumate korang di seluruh pelusuk kampus atau sekolah dan tulis kat poster itu, ' WANTED untuk pameran sarkas'. letakkan ganjaran apabila ada menjumpai dia.
10. Bila roomate basuh muka & gosok gigi kat sinki, perhatikan dia lama2. Apabila dia sudah. bagitahu dia, " aku tengok sama je rupa ko. macam rupa ko baru bangun tidur. "
11. Ajak kawan2 yang satu kepala ngan korang, tenung roomate korang lama2 sambil makan pop corn dan menikmati carbon dioxide lam pepsi tu. Buat2 cam tengok wayang.
12. Usai lembut kepala roomate kamu sewaktu dia tidur sambil berkata, " rupa kau iras2 muka anak aku".
13. Kejutkan dia tidur dalam pukul 3.00, 4.00 pagi mintak dia temankan kamu ke toilet. Mintak dia bukakan pintu. Apabila dia keluar bilik. Kamu sambung tidur balik.
14. Buat2 terjaga pada malam hari dan jerit kuat2. " kat mana aku sekarang ni?? arghhh..tolong2". Keesokkan bila dia tanya berkaitan apa yang terjadi semalam. Kamu buat2 tak dengar & tak tahu jep.
15 . Apabila rumate kamu masuk bilik, sambil pakai topi dan bertanya. " Can I take ur order please.".. Sambil wat muka selenge cam orang bodoh dan berkata. " Larrhh. ko rupanya. buang masa & air liur aku je"..



hukhuk..setelah beberapa minit. kepala otak aku dah kering lahh. Pe2 pun.. Korang try la okeh? mesti jadik punya. Gerenti rumate korang yang baru nak cari keserasian ngan korang dah mula faham & memahami korang gila2.hehee:)