Pages

Wednesday, September 1, 2010

aku nak menang MALAM ANUGERAH



Salam..


sedar tak sedar..
kite sudah di 10 malam terakhir Ramadhan..
pasti ada yang sudah tahu..
dan ada jugak yang masih blur2 ..
ada jugak yang pura2 tidak tahu,,
aku mengerti..
dan aku tak salahkan sesiapa..

masakan dosa, pahala..
masing2 cari..
kubur pun masing2..
tapi if aku tak sayang korang..
tak de maknenye aku nak remind korang bout Malam Anugerah ni..


sebagai insan biasa..
setiap tahun aku berazam tuk mencari malam Lailatul Qadar..
kadang aku terfikir..
adakah hamba Allah bergelar gadis, perempuan, wanita yang normal seperti aku mampu
bertemu dengan malam Anugerah itu??
tunduk aku mengenang amalan2 aku sepanjang Ramadhan ni..

kalau zaman kecik2 dulu..
tunggu sangat2 7 hari akhir Ramadhan..
lebih dikenali..
malam TUJUH LIKUR..
pakat duk main mercun pum pang pum pang!!
pelita duk nyala sane sini..

tapi bila dah makin dewasa..
aku cuba hidup lebih matang..
mahu akal aku seiring dengan usia ku..

urhmm...

tapi aku nak sangat BONUS daripada malam Anugerah tu!!

Nabi saw berpesan: 'Barangsiapa melaksanakan puasa Ramadan kerana iman dan hendak mendapatkan pahala, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.'(HR Bukhari dan Muslim).


Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra:

'Dihantarkan kepada Rasulullah saw seorang lelaki Bani Israil yang begitu berani menghunus pedang di atas kudanya untuk berjihad (berperang) membela agama Allah selama 1,000 bulan.'


Nama pahlawan itu ialah Syam'un daripada Bani Israil. Beliau berperang dengan musuh selama lebih 83 tahun sehingga tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya daripada darah. Sesungguhnya orang-orang kafir amat gentar apabila berhadapan dengannya.


Rasulullah amat terpegun dengan hal itu dan mengharapkannya untuk umatnya. Maka baginda berdoa:

'Ya Tuhanku, Engkau jadikan umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya.'

Kemudian Allah swt mengurniakan baginda dan umatnya 'Malam Anugerah' atau Lailatulqadar yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

Sahabat Abu Hurairah ra mengatakan:

'Pada malam Lailatulqadar, para malaikat yang turun ke bumi lebih banyak daripada batu kerikil. Pintu langit dibuka untuk mereka turun sebagaimana telah dijelaskan. Maka tersingkaplah kerajaan ini oleh pancaran cahaya.'


Kerajaan langit dan bumi itu dibukakan tabirnya hingga dapat melihat para malaikat dalam rupa asal mereka. Ada yang berdiri, duduk rukuk, sujud, berzikir, bertasbih dan bertahlil.

Ada juga yang dibukakan tabir syurga dan dapat melihat mahligai-mahligai, taman, para bidadari, sungai, pepohonan dan buah-buahnya. Bahkan ada juga yang dapat melihat tempat para nabi, para rasul, para wali dan syuhada.

Kemudian ada juga yang melihat neraka dengan segala isinya serta tingkat orang-orang kafir. Malahan ada pula sesetengahnya yang dibukakan tabir antara dia dan Allah swt.

Sayidina Umar ra menukil Rasulullah saw bersabda:

'Sesiapa yang menghidupkan malam 27 bulan Ramadan hingga ke subuh, dia lebih kusukai daripada beribadah tiap malam Ramadan seluruhnya.'


Sayidatina Fatimah lalu bertanya: 'Wahai ayahku, apa yang mesti dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang tidak mampu beribadah malam?'

Baginda menjwab: 'Hendaknya mereka jangan terus tidur, kemudian mereka duduk sesaat sahaja pada malam itu untuk memanjatkan doa kepada Allah swt. Itu lebih aku sukai daripada ibadah umatku seluruhnya pada bulan Ramadan.'


Sayidatina Aisyah ra menukil baginda:

'Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatulqadar, melakukan solat dua rakaat, dan memohon keampunan kepada Allah, tentulah Allah mengampuninya. Dia menyelam sedalam-dalamnya rahmat Allah, serta Jibrail mengusapnya dengan sayapnya. Dan sesiapa yang diusap dengan sayapnya dia akan masuk syurga.'

Al-Quran tidak menetapkan masa tepat dalam 10 hari Ramadan terakhir mengenai detik Lailatulqadar.

Allah sekadar membayangkan salah satu daripada malam-malam ganjil 10 malam itu. Jadi kita perlu berusaha mendapatkannya.

Namun ulama cuba memecahkan rahsia dengan pelbagai ikhtiar. Ada yang berpendapat malam itu berlaku pada malam 27 Ramadan. Ada yang menyatakan pada malam ke-21, ke-23, ke-25. iaitu malam ganjil..teringat aku mase kecik2 jugak..tak la kecik sangat ..lam form 3,4.. aku terlalu mengikut hawa nafsu kemalasan tahap maksima..sehinggakan aku hanya beribadat lebih pada malam2 ganjil 10 akhir Ramadhan saje..sengal kan??


Masing-masing dengan alasan dan hujahnya. Bagaimanapun, hanya Allah swt yang lebih mengetahui.

Untuk merebut malam hebat itu, dianjurkan berjaga malam dengan menghidupkannya melalui pelbagai solat sunat, bertadarus, berzikir, berdoa dan lain-lainnya.


Hadis Bukhari dan Muslim menyatakan:

'Adalah Rasulullah apabila masuk 10 akhir (daripada Ramadan) baginda bangun dan berjaga malam untuk ibadah. Baginda menghidupkan malam itu dengan menambahkan ketaatan kepada Allah dan menghidupkan jiwanya (dirinya) dengan tidak tidur, kerana tidur itu sebenarnya saudara mati.'

4 shining LIPGLOSS:

Dairy Liyana said...

Sejuk ati bce entry ni.. ye, dh msuk 10 mlm terakhir.

Bykkn ibadah ye..rugi xwt. Klu x kne tgu next yr. (",)

HonEyBuNNy said...

salam...nice info..sama2 lah kita mengejarnya dan beramal....

thyYunx said...

dairy : yela..rgi aw..sme2 kte krjakan ibdt yup

thyYunx said...

honeybunny : wslam.yup2..sme2 la kte yup..