Pages

Monday, August 16, 2010

bajet PEREMPUAN tak tahu ke?

salam..

petang ni, before bukak puasa..
aku sempat m'google..
time kelas AGAMA tadi..
sedang syok ustaz bercerita tentang Dasar2 Tamadun Islam..
tetibe ustaz berkongsi tentang ape yang dibacenye lam UTUSAN hari ni..
tapi aku tak nak lah share ngan kowang sal tu..
tak manis kot..

so, hasil daripada google2 malaysia tadi..
jumpa ni ha...



RAHSIA TAPAK TANGAN LELAKI..

jom2..lets check it out!!

Magician Pictures, Images and Photos

Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.“Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya,” ujar Gale.

so, pe lagi..yukk!! tengok.


Earth hand

Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand. Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.


Water hand

Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.


Air hand

Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.


Fire hand

Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tinggi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.


foot note : syirik mempercayai sesuatu yang tak patut ..hahaahaha.tapi jika korang berniat sekadar nak berbasi-basi mate bace ni..hup enjoy it!!hahaha


actually, aku ada pengalaman la kan ..
sepanjang hidup ni..aku dikurniakan tenaga pengajar bergelar ustaz lebih kurang seramai 7 orang la,,.. mereka semua berkelulusan tinggi.. termasuk pensyarah aku sekarang.. Universiti Al-Azhar tu bagi aku sudah biasa.. sebab beliau2 dibentuk kat sane la..dorang memang pandai bab2 tilik ni. dan DAMN! aku serious tak suke bile ditenung lame.. ape lah agaknye diorang bace entang diri kite kan??
tapi kadang2 best jugak belajar ngan ustaz ni..dorang jenis tak suke rahsie2..selalu kongsi ilmu yang penuh di dada..
pe2 pn..aku nak sangat tahu banyak lagi tentang rahsia diri ni..


*dense pulak..suke sangat tengok tapak tangan aku.nyampah!*

2 shining LIPGLOSS:

Anonymous said...

tangok tapak tangan die blik.hehe

fatian athiea said...

a'ah..bkn stakt tengok..ggit lgi..