Pages

Showing posts with label volkswagen. Show all posts
Showing posts with label volkswagen. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

papa izinkan bawak volkswagen ke Manchester. yabedabeduuu !-part 2


continue cerita semalam..


p/s : sila ke entry semalam terlebih dahulu..baru paham ceritanya yal!!






setelah puas round2 terengganu..
aku dan adik pulang..
hati aku membuak-buak ibarat chemical substance yang sudah mampat,
tidak boleh menerima sebarang electrolyte lagi..


" papa.. thanks.. by the way.. this ( sambil meletakkan jari telunjuk tepat ke volkswagen itu) , belonging to whom?? "

" papa hadiahkan kereta tu untuk kak long.. papa ingat boleh dapatkan minggu lepas.. im sorry "

" its ok papa.. tapi even papa hadiahkan pun, bukan boleh bawak. tak gitu? "


papa pandang aku dengan pandangan terkejut..

" thats why i asked u to drive it before u fly.."



huk5..tiada tanda2 berterima kasih langsung meniti di bibir aku..
persoalan itu yang aku putarkan terlebih dahulu..
sebenarnya, aku still curious..
kalau betul untuk aku, why sekarang baru ada depan mata aku??
padahal balik ke Malaysia pun, belum tentu lagi bila..
aku agak angin..
al-maklumla.. hormon perempuan..sentiasa kucar-kacir..
dengan agak emo aku bercakap..


" papa, by hook or by crook.. i want to bring this polo to Manchester! "

" time does not allow sayangx.. "

" nak jugak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "


badan aku tetiba menggeletar..
huh!!



awat mimpi nih ????!!!!!



Astaghfirullah..



astaghfirullah..




astaghfirullah..





kenapala sampai mimpi macam tu sekali..
patut macam2 aneh aku tak pernah buat ada aku buat..
aku tak suka jadi suka..
orang lain benci, jadi sayang..
mimpi2..
mainan tidur betul..
mainan syaitan..


korang nak tahu pe yang pelik??


  1. aku panggil emak aku 'mama'.. tetiba panggil mum..
  2. kalau tengok volkswagen tu tentu aku tak percaya.. ni kan biasa2 aje.. seperti teramat kaya dan mudah untuk dapatkan..
  3. rumah aku ada dua piring astro. arghh.. gempaq!!
  4. aku drive satu terengganu. bapak la.. setakat kampung boleh la. adanye mama nak lepas sampai satu town round? tak ada maknenye..
  5. mama uruskan pokok bunga.. sedangkan mama tak minat langsung pokok bunga.. kalau plant tu ada la..
  6. kalau aku nak something yang teramat mahal tak denye jugak aku keras2 mintak nak dengan papa. huh! impossible.
  7. fly Manchester?? hahaa.. jepun je aku nampak paling dekat kot..
  8. volkswagen?? nice!



faktor - faktor terjadinya mimpi..


hahahaaa...korang jangan main2..aku tahu taw faktor2 kenapa aku mimpi panjang yang indah sebegini..

ini semua akibat ikman hanif, merangkap classmate aku yang tak sudah2 sebut pasal United Kingdom uh. hampeh!! okey.. pe2 pun terima kasih sebab kasi aku some spirit untuk lupakan kisah lama.. dan bina spirit baru..


yang lain punya faktor..
cuba kamu tenung ini, ini, dan ini..

* ni abg hanif..
birthday dia 23.10 baru2 ni..
study kat Sheffield lam Engineering of Chemical Process..

* Asren Sonia..maybe jalan2 je kot.. tak tahu la either in Italy or France..

* ni Annisa.. adik Sonia.. kat Manchester amek finance tak silap kot..

* nea lagi ... senior aku satu tahun jep..



pe kejadah la aku duk klik2 kat keyboard ni..
jumpa muka2 senior yang study kat oversea tu..
jealous aku..
amat jealous yang berada di Auckland, USA, Russia, German, India..
bila tengok si faizil, miah, eyus yang study kat Mesir tu takde nye aku nak jealous..
entahlah.. maybe sebab my cousin pernah cerita..
kawan2 dia yang belajar kat Mesir ramai mengeluh sebab barang makmal sana tak lengkap better lab sekolah di Malaysia..


bagi aku.. mana2 pun sama je lah..atas usaha masing2..
kalau pandai cari peluang.. ada je pun rezeki tu bergolek-golek nak datang ..hhaahahkk..
dan tak lama lagi akak sepupu aku akan fly ke Jerman for her phD..
tak lupa jugak kawan2 yang tengah buat foundation kat UniKL..
Bieha & Wawa kat MiCet, Zue kat BMi & Fizi kat MFi kot..
*cam wat ucapan raya pulak..



good luck untuk korang..
moga korang berjaya dunia dan akhirat:)




Monday, November 1, 2010

papa izinkan bawak volkswagen ke Manchester. yabedabeduuu !-part 1


Assalamualaikum wbt..


semua tengah buat persiapan ..
entah kenapa mama betul2 amek mood western..
pagi2 dah masak spaghetti, diceriakan dengan cupcakes..
diserikan lagi dengan apple pie.. urmm nyum..nyumm..
i know ..thats.. my mum's favourite!!

aku ringan bertanya..

" mum, kalau dah pagi2 cook these kindda of food.. petang ni menu apa pulak??"

mama hanya melontarkan wajah senyum manis padaku.. terasa sinis di situ..
aku mencari papa.. ternyata pagi2 lagi dia sudah keluar..
mungkin mencari barang yang masih tidak lengkap untuk keberangkatanku ke United Kingdom..

setelah menikmati apple pie..
aku berjalan-jalan sekitar ruang tamu hadapan dan belakang..
inginku rakan setiap moment di penjuru rumah sebelum tinggalkan ia buat waktu yang agak panjang.. bermusim.. empat musim.. akan aku rindui negara berkhatulistiwa ini..
pelik. mana adik-adik pergi??
ternyata sedang kusut fikirkan barang apa lagi mahu dibawak..
aku masih mampu memikirkan tentang adik-adik ku..
biasanya sewaktu sebegini..
semua sudah berada di anjung rumah..
tak pun duk menghadap lappy..

lagi aneh bila connection piring ASTRO ada dua di bumbung rumah..
" sejak bila terpasang? "..bermonolog aku sendirian..


jam menunjukkan hampir tengah hari..
nak je aku mintak mama masakkan ikan keli goreng pedas..
dengan daging masak cili api..
semua tu faveret aku semasa kat matrik Melaka dulu. kenangan.
lagipun ini hari terakhir ku
teringat aku pada geng setengah dozen..
sayang aku kat diorang ketat2..


tetiba kelihatan sebuah kereta volkswagen polo berwarna merah..
menuju masuk ke pengkalan rumah aku melalui pintu gerbang utama..
rasa nak je aku potong2 pintu gerbang tu kasi pendek..
boleh tengok dunia luar terang2..lagi aku menjenus..



bayang kelibat papa keluar dari volkswagen itu..
kedua-dua adik aku girang menyanyi...

" papa ku pulang dari kota,
papa ku belikan kereta.,
bla bla bla.. "..

macam lawak je aku tengok adik2 aku..
tak pernah seperti itu..
lain dari hari yang biasa..
aku pantas 'marathon' ke dakapan mama..
mama sedang sibuk menguruskan pokok bunganya yang banyak layu..


papa makin hampir denganku..
bersinar mata aku..
lebih daripada model iklan Innershine..

" nah kunci kereta. "

" haa??? "*buat2 terkejut.bhahaahhaa..

" pergilah bawak kereta tu.. last day kat sini bawak la puas2.. nanti kempunan nak drive bila dah duduk UK .. "



rasa nak jek peluk papa time tu..huhuhuh
aku bawak round2 satu bandar terengganu volkswagen merah yang aku tahu harganya hanya RM108K.. ditemani adik bongsu aku..
sememangnya aku kakak yang nice.. jalan2 mesti ingat adik..
adik pulak demand.. sikit2..


" secret recipe kak long!!"

" forever 21 sis! "

" lapar laa.. pizza jom! "


tension aku.. tak pasal2 terikut perangainya bila keluar date dengan dense..
apalah nasib pakwe adik aku nanti.. bankrapsi. korupsi. muflis. futlusi!






dah subuh la...
. . .be continued....