Pages

Showing posts with label renung2kan. perempuan. Show all posts
Showing posts with label renung2kan. perempuan. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

LADY in RED..-tolong beliakkan mata


Assalamualaikum wbt..

siape kat sini suke warne merah??
siape kat sini suka pakai dress merah??
siapa kat sini suka rose merah??
siapa kat sini suka handbag merah?
siapa kat sini suka but merah??


baru2 ni..time aku round KoLumpur tu.. habis tempat aku ronde2 cari handbag warne merah..
biasalah perempuan.. kadang2 perlukan kelainan..last2.. penangan Jimmy Choo jugak yang jadi tarikan..anda boleh dapatkan banyak2 yang cantik kat Mid Valley..

okeh. nak share sikit, terlebih share pulak.. berbalik pada tajuk..tka kisah lah korang suka warne ape.. yang penting takde niat songsang dengan warne pilihan tu..ye dak?? pernah tak korang tahu pasal 'LADY in red' ni??..

semalam sepupu aku datang rumah dan tunjuk beberapa documentary tentang keduniaan..
terpetik satu video tentang lady in red.. yaa.. bagi korang memang agak cantik bila sang wanita mengenakan sesuatu berwarne merah..lebih2 lagi kalau seseorang tu berkulit putih macam aku.. opps..hahaha.. sebab ia memberi pantulan yang menarik kepada si pemerhati.. tetapi adakah anda arif dan tahu rahsia di sebalik lady in red?? aku agak tak tahu nak explain lebih2 kat korang.. dikhuatiri ada kesilapan.. tapi menurut perhatian aku selepas tengok video tu.. lady in red ni kelihatan seperti satu kuasa syaitan pada seseorang..

korang tengok Alyah dalam AJL24?? aku sarankan korang belek balik kamus AJL24 ..semua orang tahu bahawa Alyah berlagak seperti Lady Gaga Malaysia.. dan aku rasa ramai jugak yang pernah tengok video2 Lady Gaga yang banyak adegan2 cuba membolak-balikkan hati umat Islam.. persempahan Alyah pada malam finalis tu.. iras2 Lady Gaga as Lady in Red..

korang tak faham lagi ape tu Lady in Red..
saksikan ni..


p/s : tengok sambil buka hati dan minda anda..bukan sekadar hiburan dan pengetahuan semata-mata..


renung2 kan, selamat beramal:)


Monday, December 6, 2010

11 perangai aweks 'PSIKO'


Assalamualaikum wbt..


perempuan memang tak sudah2 dengan masalah emosi..
tiap2 bulan..mak aiii.. lelaki kena sabar2 je lah..
*cakap macam aku ni lelaki pulak*..
bydaway, as far semua entry mesti aku sokong perempuan..
sebab aku girl, so kenalah sokong girls generation jugak kan?? hhheehe..


unfortunately lah bagi teman2 kaum sejenis aku ..
kali ni aku nak kasi pelempang penyedaran kat wanita2 La-Tahzan..
tak boleh salahkan lelaki je dalam setiap benda taw..
kite kena sedar diri jugak..
jangan pandai duk angkat bakul tunjuk lagak..
kire lu boleh tackle ramai lelaki tapi aleh2 kena tinggal jugak..
bajet lu cantik sangat la?? low profile la beb..
jangan duk agung2 diri sangat.. Allah murka..

meh kite check list aweks2 'psiko' di mate jejaka..

Killing Loneliness Pictures, Images and Photos

1> Cuba tarik perhatian jejaka di khalayak ramai dengan memekik sekuat-kuat hati memanggil nama sang jejaka nih..*malu dapat balik ada la nyahh oii..


2> bila gaduh je remove or BLOCK sang jejaka, ex dia, semua orang lah..*kire hebat sangat la tu leh block2..


3> Ancam bunuh diri andai si jejaka melukai hatinya..*kuat iman jangan yea..


4> Guna atau simpan barang sulit si jejaka tanpa pengetahuannya..


5> Memakai baju atau seluar si jejaka tanpa sebab..tetibe je giler2 buat hal..*hahahha


6> Tidak benarkan si jejaka putus hubungan. kire desperate sangat2 lah dengan si jejaka ni.. bila si jejaka lari.. kejar2 jugak sampai mampuishh..


7> Perkenalkan si jejaka kepada familynya terlebih dahulu tanpa kehendak atau keizinan si jejaka ni.. tiba2 ajak satu kampung, pastu perkenalkan bf dye la kotnye..


8> Marah2 tanpa sebab..tetiba baru jumpa nak marah2..


9> tahu semua password, e-mail akoun facebook, twitter, myspace, skype, ym, tumblr, friendster..whatsoever lah yang si jejaka dan buka senyap2 tanpa pengetahuan si jejaka..


10 > mengaku belajar PSIKOLOGI tapi tak sedar diri sendiri yang psiko lebih2..patut kena masuk tanjung rambutan lebih bahagia kot..


11> tetiba muncul di tempat lepak si jejaka. padahal dia tak ajak pun kamu..


hurrmmm..cukup 11.. dah malas. ni bukan 100% daripada aku yawww..
campur bahagi tolak darab kuase segala bagai dengan penyelidikan terperinci..
baru aku terdetik nak post this entry..
so.. renung2 kan~


Monday, November 29, 2010

9 sifat perempuan yang jadi perhatian



Assalamualaikum wbt..

seperti biasa..
nak share dan same2 timbang amalan. konklusi diri.
motivasi dalaman. same2 berubah tambah pahala. okeh?? jom check-it out..
bydaway, ini copypaste. biasalah, dah agak2 nak bertemu hari esok..
jadi malas nak fikir pe nak taip banyak2 untuk hari ni:)



1.Sikap Keibuan


Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.



2.Keanak-anakkan


Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.



3.Penuh Pengertian


Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.



4.Menghargai


Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat

lelaki berasa bangga.



5.Menjaga Penampilan


Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,

pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??



6.Pandai berbicara


Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar

teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik.Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita

yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.



7.Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri


Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.



8.Menghormati Diri Sendiri


Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan

oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan

dirinya sesuka hati.



9.Simpati dan prihatin


Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Sunday, November 7, 2010

wahai spesies perempuan..


Salam..
sempena beberapa hari aku tak berblog..
izinkan aku hembus2 ciuman sayang manis kat korang...


based on tajuk tu..
bukan aku tujukan pada kaum sejenis aku..
pria2 pujangga pun kalau rajin nak baca. bacalah..
hanya secebis pesanan daripada sahabat untuk sahabat tercinta..


wahai an-nisaa
dengarkanlah doa ini
yang ditulis oleh an-nasaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan

Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad


Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan


Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
*****

sesungguhnya
diriku ini
hanyalah lelaki biasa
yg terkapai kapai dlm lautan dunia
tetapi tersentuh apabila membaca doa ini
akan keadaan ummah kita ummah akhir zaman
kemanakah tugas lelaki sebagai duri2 dan daun2
sebagai pelindung bunga (wanita)
daripada dirosakkan oleh sang perosak....
walhal hari ini....
duri dan daun itulah yang mengikis dan merosakkan
bunga-bunga yang mekar di taman



bingkisan dari sahabat~