Pages

Showing posts with label nasib badan. Show all posts
Showing posts with label nasib badan. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

nasib badan bila orang dah percaya..



Assalamualaikum wbt..


hari isnin : RM 6K

hari selasa : RM 10K

hari rabu : tak tahu lagi..$$??!!@


selama beberapa hari before gua masuk kampus.. kena layan kerenah mama, adik2..
jadi driver dorang.. maklumlah.. gua bukan billionaire nak gaji2 driver ni..
dan semua kerja ni perlu tulus dari hati bukan harapkan pulangan wang okeh??
kalau papa pulak asyik bebel kat mama..

" nak kasi kereta tak nak, nak jugak guna kereta proton antik tu.. mula la susah yang tu nak guna kereta, yang ni nak guna kereta "..

gua bapak faham perasaan mama sebab ape dia sayang sangat2 kereta proton tu..
maybe la kan..
kereta tu yang berjasa bawak kami tiga beradik pergi sekolah besar tapak tangan sampai universitas..
kereta tu jugak yang sentiasa ada sewaktu kami susah dan senang..
papa lelaki, lain.. tahu tukar kereta, tukar, tukar dan tukar..
nasib bini pun tak buat macam tukar kereta..aishkk..mintak simpang..
sampaikan gua tension tak kenal kereta papa sendiri bila bawak pakwess jejalan..ooppsss..


kes sekarang..
mama gua kerja dengan sorang datuk kat parlimen ni..
ape lah.. suami dah datuk, nak kerja dengan datuk lagi..*erkk..
yang mencik2 nye gua nak hadap bile tengok mama gua..
bile balik je kerja.. gaye, style macam wanted..
mane tak nye.. cuba tengok angka gua tulis awal2 entry..
tak macam haram pulak kan kena bawak balik rumah duit banyak tu???
kalau rumah gua ada peti besi takpe..
ni peti batu banyak la..


awal2 aku dah letak dalam perjanjian diri..
kalau jadi pe2 kat mama aku..
orang ikut sampai balik rumah nak kebas duit tu ke..
orang songlap sampai mama aku cedera ke..
tahu la nak tuntut janji diri tu..


mama pun satu..
dalam banyak2 kerja.. asal la asyik dia je kena jaga duit2 ni..
kerja kat bank terus tak nak..
nasib aku ni dari dulu orang biasa amik jadi tukang tulis..
setiausaha entah hape2..


nasib kau la badan...



Tuesday, December 28, 2010

badi ke tempias???


Assalamualaikum wbt..


wahhh..giler pagi bebutebabun aku bangun.. yeah!! cik abe balik dari KeyEll..
semangatlah sangat tengok bola..rezeki menang..kalau tak, sia2 jep..


" wehh..dekat sikit.. nak bisik ni..
muke budak tu macam kera dowh..
aku tengok parents dia takde pun species kera..
ada orang cakap.. mak dia pukul kera mase pregnantkan dia..
haaa.. kan.. dah kena badi kera kat anak dia..
hamek kau.. sekarang ramai dah ejek dia anak kera "

cilakak betoii.. sakit telinga aku die pulaihh kasi dekat2 dengan mulut busuk dia..
aku terus cepuk dahi jendul dia..
masakan tengah singgah makan rumah orang jadi tetamu boleh lagi dia tambah dosa aku..
terus satu cubitan copircorn hinggap kat peha yang aku agak mungkin putih dan menjadi kemerah-merahan..

" aishhkk kau ni.. mulut bukan main cantik, dihias dengan bibir merah bak buah delima.. nak bisik, tunggu lah masuk kereta nanti, tapi lagi afdol.. kalau kau pilih orang lain nak layan kerenah kau ni.. "


terus dia senyum2, sambil gosok2 tangan aku..
aiyakk.. aku langsung terfikir-fikir kate2 kawan aku tu..
korang pernah tengok The Child's Eye ??
cerita tu mengisahkan seorang perempuan yang tidak suka akan anjing yang dipelihara oleh suaminya.. sewaktu dia mengandung.. anjing2 tersebut membuat bising, menyalak tak tentu pasal.. dengan rase bengangnye dan tanpe belas kasihan, dia pukul anjing2 tersebut sehingga mati.. sedih dan sayu hati suami melihatnya.. tibenye mase untuk dia melahirkan bayi tersebut.. muka bayi itu agak unik kerana seperti seekor anjing.. Si isteri amat kecewa dan mahu membunuh anak tersebut tetapi... owhh..haram aku tak ingat camner cerita sebenarnya.. korang cari2 dan tengok sendirilah..


dulu2 masa duduk asrama ..
kalau time subuh or maghrib je..
warden2 , tak pun ustaz2 yang bertugas selalu kasi ceramah..
mereka selalu tegaskan dan nasihat kitorang..

" perangai korang yang baik, tak baik ni.. menunjukkan perangai parents korang.. so, kalau korang bersikap entah pe2.. kitorang as warden2 boleh buat penilaian kot.. so, kalau korang sayang mak bapak korang.. tolong tunjukkan perangai yang baik2 "..


aku mula fikir.. cikgu2 sayang aku..
mesti time mama papa kecik2 dulu, cikgu2 sayang dorang jugak..
aku penyabar gile, biarpun orang buat jahat berkali-kali kat aku..
aku tetap dapat maafkan dan beri peluang..
mesti mama pun penyabar nak mati lebih daripada aku..
dan dapat maafkan orang tu habis-habisan..
aku banyak cengkadak bila bersama ngan kawan2..
mesti papa pun banyak cengakadak makan cengkodok ikanbilis dengan kawan2..


tapi aku pasti..
ilmu dan amal tu tak dapat diwarisi..
yang baik tu kan datang daripada Allah..
yang buruk tu datang daripada diri kita sendiri..


kau pernah tengok vidoe yang anak muka macam ikan tu??
kau pernah tengok video muka macam mane2 binatang lah..

ada orang pernah share2 cerita kat aku..
kalau tengah pregnant..
tak boleh cakap perkara2 yang tak elok..
tak boleh kutuk mane2 makhluk Allah ..
tak boleh bunuh or buat jahat dengan binatang..
lebih2 lagi ular ke, berok ke..
tak leh tengok orang sembelih lembu ke, ayam ke..
takut2 badinye lekat kat bakal ibu ni..
lebih2 lagi.. anak yang macam perangai syaitonnirojim..aishhkk..


haaa kau.. susah tau nak jadi ibu ni..
kena pantang bila2 mase je..
sebelum, semasa dan selepas..
okeh. malas cakap banyak..
oopss..malas lagi.. fikir2 lah ..


hari ni aku nak kasi kau sejuk hati
macam winter kat United Kingdom sekarang.grrrr




Tuesday, October 19, 2010

kemalangan tak diundang...



lemah longlai..
hampir satu hari suntuk menghabiskan masa dengan perkara2 yang agak menyenangkan hati..
tengok wayang, shopping, window shopping, makan..
berehatlah 3 gadis di sebuah francais terkenal..
terpaksa berpisah dengan 3 lagi rakannya..
masing2 mencari port terbaik mahu rehatkan diri..
release penat lelah sepanjang minggu kuliah..
"qada' itu penting!"..salah seorang berkate..
diambillah masa study week itu untuk menghabiskan masa bersama..
agar sewaktu cuti selepas final kelak..
tak ada lagi rindu-rinduan yang mendalam di antara satu sama lain..


antara sang gadis sudah ada terdetik hati yang bergolak..
umpama bergeloranya ombak di Teluk Cempedak..
" tak sedap hatilah "..
dua gadis lagi bertegas dan mengelak daripada mendengar perkataan itu..buat endah tak endah..
walhal dalam hati..hanya Maha Pencipta yang tahu...
sesungguhnya..percaya pada kata hati itu amat bermakna..
lebih-lebih lagi di saat-saat tiada sebarang persiapan yang dirancang dari awal..
semua last minute!
yahh ! memang hidup anak melayu yang suka membuat kerja last minit..


lagi tidak disangka apabila bertemu dengan ex-presiden sekolah..
dulu handsome.. sekarang AGAK handsome..
paling terharu bila lelaki itu yang membuka bicara , bertegur sapa terlebih dahulu ..
sang gadis 1 masih mamai selepas melepaskan kepala lembut di atas meja makan buat sementara waktu,,..
masih blur + segan dengan sapaan itu..
dibualnya secara biasa2 sahaja..
buat2 seperti zaman2 sekolah dulu..


si gadis 1,2,3 ke kereta yang terletaknya di car park yang tidak jauh dari francais..
angin sempoi2 bahasa membuatkan pohon2 di tepi pantai itu melambai-lambai ayu..
sejuk.. gamaknya musim monsun sudah tiba..
tidak sama seperti musim salji di London..


diketuk oleh gadis2 cermin kereta yang tinggalnya 3 lagi rakan yang tidak bersama dengan mereka seketika tadi..mereka dalam kereta itu terkejut umpama diserang Jakim..
yang tengah bersalah memadu asmara.. padahal jantina, species sama sahaja..
mereka terpaksa bergerak..
risau akan kuiz yang telah diuar-uarkan pagi tadi..
belum sempat rakan bertindak sebagai driver membuang saki baki letih memandu..
diajaknya pula balik terus..
apa yang bermain di fikiran masing-masing..
mahu cepat sampai..
agar tak terkejar-kejar.. dapat stabilkan hormon..
jika dibawa kereta itu bagai air di venice yang mengalir tenang..
sudah pasti destinasi yang terletaknya 76 kilometre umpama 76 ribu km..


sekuat tenaga si rakan melawan momentum yang bercantumnya molecule malas dan mengantuk.. jika semua mempunyai keupayaan untuk memandu.. hendak sahaja mereka bertukar-tukar tanggungjawab yang dipikul itu,,.. malangnya.. rakan yang memandu itu kelihatan masih mampu..



sedang rakan2 yang lain dibuai mimpi..
"shit! salah jalan.i've to return"..
rakan2 lain terkejut.. semua bertindak umpama menghadapi mimpi..
bing bang!!!!!dummphhh!!
semua mata membulat.. mahu terkeluar bijik mata..
" Oh My GOD!!"..
mungkin speed tidak sesuai dengan kadar masa dan distance nya..
satu anak kereta keluar untuk melihat apa yang terjadi..
syukur Alhamdulillah..
tiada apa2 yang buruk berlaku..
walaupun belakang kereta itu umpama rumah yang macam sudah nak roboh..
sekurang-kurang anak2 kereta selamat2 belaka hendakNya..
terfikir gadis 1 akan ape yang bakal terjadi jika lebih laju kereta itu diundur..
mungkin boleh tertusuk divider di bahu jalan itu di pinggangnya..




kate aku si gadis 1.
beringat-ingat sewaktu berjalan jauh..
solat perlu diutamakan..
jangan terlalu bergembira, agar tak rasa susah kemudiannya..
lebih2 lagi bila berjemaah..


bak kate dailamidaniel..
"kalau nak jalan jauh ramai2..kena tengok atas niat jugak.."
aku agak terpana dengan mesej beliau..
macam niat aku nak jalan ngan orang lain tak semulia niat semasa keluar dengan dia jep..*hahahahaha




teringat akan rasa hati awal2 tadi..
konklusinya ..
percaya kata hati..
hati tuh mesti teguh macam ENJIN..
tapi lembut macam liquid kat dalam nye..