Assalamualaikum wbt..
ada tiga sekawan, sorang puasa, sorang lagi tak puasa sebab tak ingat nak niat semalam, sorang lagi puasa separuh hari sebab teliur dengan chickedies kedai mak esah. no wonder sebab mereka baru tujuh, lapan tahun. bukan sesempurna dan mampu menjadi seteguh Muhammad..
mereka sedang berbincang sesuatu. " ok SET! malam ni semasa tarawikh taw, jangan lupa. "..
selesai berbuka puasa..
tiga sekawan, ali, abu, amin cepat2 menghabiskan hidangan yang tersedia untuk mereka..
mereka memakai baju melayu lengkap.
tanpa menunggu ibu bapa masing2, mereka berkumpul di pondok usang rumah pak mat.
" jom kite amek barang kite ".. ali mengajak dengan bersungguh-sungguh.
sampai di suatu tempat.
abu pasang niat.
" aku mahu kampung ni gegar macam gempa bumi ..amacam? "..
ali dan amin mengangguk..
mereka buat touch up terakhir dengan meletakkan starter lampu kalimantang..
" sumbu dah link, semua da complete. jom kita bawak ke semak belakang untuk mission possible kite,." kata amin..

mereka mengangkat mercun buatan sendiri tersebut.
baru nyalakan sumbu.
'KEBABOWWWW!! '.
dentuman kuat mengejutkan isi2 masjid yang sedang bertarawikh..
nasib tok imam jenis tak melatah.
hampir tersembur perkataan 'opocot' dari mulutnya.
malang tidak berbau..
beraya kat hospital la jawabnya si abu, ali dan amin..
sorang hilang jari kaki, sorang hilang jari tangan, sorang hilang telinga sebelah.cun!
aku time kecik2 kenal mercun bawang, ketupat, naga, bola je.
tu pun biasa main bunga api dan paling extreme mercun naga..
jangan harap aku nak sentuh mercun merbahaya yang lain.
aku tak nak hilang jari...ngeeee