Pages

Showing posts with label maaf. Show all posts
Showing posts with label maaf. Show all posts

Friday, December 31, 2010

hidup untuk mengasihi, bukan memusuhi ..


Assalamualaikum wbt..


sesudah je solat Subuh, terus online..
hari ni dah last day tahun 2010..
ternyata setiap tahun memang banyak dugaan, pahit, manis hidup..
biasalah.. kalau takde semua tu..
bukan perencah kehidupan manusia lah kan??


thanks a lot untuk my beb sorang ni..
Syahirah name diberi, secomel tuan empunya diri..
sebab give aku text bau2 cinta..
sweet, loving and caring giler aku bace tengah maimai pagi tadi..
semalam agak tak sihat after lunch dengan mr.daifa..
ikan siakap bakar masak sweet sour..
sumpah best! tapi disebabkan dia mintak aku habiskan sorang2 ikan seberat 3.5 kg tu..
memang makan tak hingat dunia larh.. sampaikan balik je, terus tidur..


tapi bile terjaga.. terus ke bilik air untuk segmen cuci-mencuci..
tak kan masuk tidur, korang tak bersuci langsung??
tak beragak pulak kalau kau mimpi pelik2 semalam kan??
dan seperti biasalah.. bile dah bangun, agak susah nak tidur balik..


mama selalu pesan sejak dalam perut beliau lagi*bapak menipu..

" before pejam mate, maafkan kesalahan orang yang dah sakitkan hati kite.. "..

aku pernah tanya mama..

" kalau orang tu buat salah, tapi dia nak kita mintak maaf.. kita dah maafkan sekalipun, kalau dia tak maafkan kita camner?? "* faham tak??

time tu mama tengah drive, sempat lagi baliau menjawab..

" up to dorang lah camner.. yang pasti kite dah try nak settlekan hal antara jiwa manusia, maybe dorang suka membesar-besarkan hal dengan Allah la pulak.. "


sembilan belas tahun aku hidup, insyaAllah aku pegang nasihat mama tu..
sebab tu kalau aku sakit hati dengan seseorang macam nak meletup sangat..
aku rase lebih baik aku tidur.. sebab before tidur je aku boleh tenung, motivate segala bagai yang terjadi.. plus, multiple, divide, substitute, minus, power of root dan algebraic semua.. baru ion2 campur dengan metabolism badan at excited a.k.a stable state balik..


memang cakap tu senang.. hakikat, complicated jugak nak maafkan orang.. lebih2 lagi kalau ada yang bunuh ahli keluarga kite.. kau nak biar camtu je ke?? bukan itu yang aku maksudkan sebenarnye.. takkan lah kite nak pembunuh tu hidup senang-lenang kan?? habis la dunia kalau berbekalkan generasi sebegitu rupa.. tetapi sekurang-kurangnya.. kite cuba untuk memaafkan.. kau nak biar api amarah itu bertukar jadi dendam ke? then. mulalah dendam itu membinasakan diri.. jelas kelihatan di situ, keimanan kau dah makin berkurang..
amik wudhu', sujud pada yang Esa dan dongak ke langit, mintak yang baik2 seikhlas hati.. hanya Dia yang boleh tunjukkan jalan penyelesaiannya..


seorang teman pernah bersuara pada aku..

" marah2 yang kite pendam lame2 ni tak elok.. nanti hati kite sakit, dendam tak tentu pasal..
lidah kite jage selama ni, mula menghambur kate2 kesat, makian.. graf dosa naik senang2 je..
cuba bingkaikan hati yang penuh calitan hitam tu.. moga merah darah menyalut hati baru ini kembali.. orang yang sedap2 maki manusia ni kurang kasih sayang. mungkin ibu bapa mereka tak beri perhatian secukupnya pada mereka.. tak pun, dia lebih suka tunjukkan bahawasanya keimanan dalam dirinya makin berkurang. kau suruh dia hadap, sujud Allah lame2.. tazkirah diri.. biar dia sedar, tingginya langit dan bumi itu.. "..


yesss. jujurnya, aku jatuh cinta dengan setiap kate2 beliau. matang dan penuh sedar diri..
aku bersyukur dikurniakan sahabat2 yang macam2 peseng (ragam).. aku hidup hanya untuk mencari teman bergelar sahabat.. bukan musuh.. kalau aku dah mintak maaf berkali-kali tapi tak reti nak maafkan orang sampai tunjuk perasaan dendam, siap bawak hamba2 berperangai firaun bersama.. akal mereka mungkin dah rosak. tolong polish hati cepat2, before hati kau sendiri yang cacat. tak kenal mane hitam, putih dunia.. kite manusia semua same. salah silap tu tak pernah lari dari dunia bergelar manusia..


bebaskan hati kau daripada dendam.
pasti kau akan lihat hari2 kau penuh dengan senyuman.
penuh dengan hila dan tawa.
itu yang aku mahu untuk hidup sebagai teman..
pasti muka kau lagi berseri bila senyum kan??


benci akan musuh.
sayang akan kasih.
suci dengan sayang.
kelat dengan kebencian.


p/s : maafkan kalau ada kate2 yang mengguris hati.. kita tutup buku lurah dendam 2010, carilah kebahagiaan di 2011..



Tuesday, November 30, 2010

besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu


Assalamualaikum wbt..


pinta hati..
agar kuat iman..
pinta akal..
jangan ikutkan nafsu tak tentu hala..
pinta minda..
fikir mana baik buruknya..


Saat fikiran buntu..
perkara yang membawa kealpaan kelak..
dianggap small matter bagi setiap akal..
yang sentiasa mengambil keputusan shortcut..
seperti wayar yang bervoltan tinggi akhirnya mengalami overvoltage..


saat itu juga segala yang salah dianggap betul..
tiada tolak bandingnya lagi..
hanya rias2 wajah bahagia yang aku idamkan..
hati2 yang lapang dan tenang yang aku citakan..
diriku terbang melepasi awan bersalju yang aku impikan..

forget all Pictures, Images and Photos

setiap kali sebelum tidur..
Al-Fatihah dan serangkap doa aku perkenankan..
dengan nawaitu memaafkan setiap kesilapan yang sengaja atau tidak disengajakan oleh
insan yang se species denganku..yang hanya aku harapkan..
mereka juga begitu..

" FORGIVE & FORGET "

bukan prinsip hidupku..
tetapi terus aku kuburkan agar kekhilafan yang sama tidak berulang kembali..
aku percaya..

" REVENGE & REBOUND "

mungkin ada bagi segenap hati pelusuk manusia..
yang sentiasa sematkan secebis dendam..
hasil daripada kesalahan seseorang..
dendam yang lahir daripada sifat amarah sudah tentu mampu mematikan hati..
aku bawa diri jauh2.. tak mahu simpang dengan dendam..
kedua ibu bapaku tak ajar berdendam..
mungkin itu hanya akan memundurkan diri..


aku sarankan pada insan2 yang bergelar manusia..
kalau ada orang buat salah..
even something tu memang menyakitkan hati..
atau melibatkan nasab keturunan sekalipun..
ketepikan ia..
tanamkan hati dengan sejernih-jernih nur Ilahi..
umpama titis embun di pagi hari..
tidak susah..
hanya panjatkan doa agar diberi kekuatan untuk laksanakan semua itu..
diselitkan dengan kesungguhan yang tak berbelah bahagi..
insyaAllah.. semuanya jadi..
lupakan ego kenapa selalu kite yang perlu mengalah??
lupakan segala keluhan penat memaafkan atau dimaafkan..

" di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. "

FORGIVENESS Pictures, Images and Photos

usah ragu2 dengan kemaafan daripada seseorang..
tugas kite hanya perlu memaafkan..
bukan ke Nabi memaafkan umatnya??
walaupun berkali-kali baginda disakiti, dianiaya, dipergunakan..
bukan ke Allah juga mengampunkan hambaNya..
padahal ramai yang tidak mengikut segala perintahNya..
cakap memang senang..
tapi tak salah kalau kite mencuba..
lumrah hidup..
asam garam dalam kehidupan..
bukan kah ada juga manusia yang hidup bermahkotakan nafsu??



Bila aku salah
Tolong maafkanlah
Ku tak ingin membuat
Kau menangis

Aku tahu kau marah
Aku tahu kau luka
Tapi jangan paksa
‘tuk berpisah

Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang walau kita susah

Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku
http://hotliriklagu.com
Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku

Aku tahu kau marah
Aku tahu kau luka
Tapi jangan paksa
‘tuk berpisah

Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang walau kita susah

Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku

Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku

Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang walau kita susah

Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku

Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku

Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku

Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku



so, maafkan aku..