Assalamualaikum wbt..
suatu malam.. lima orang budak perempuan giler laju amek speed rushing ke kelas..
kalau lambat.. makanya duduk kat luar sebab pintu dikunci..
al-maklumlah.. apa yang lecturer kepada lecturer dorang amalkan sistem sebegitu rupa..
so, lecturer dorang pun nak ikut jugak la..
mungkin bagi beliau, beliau mahu anak didik beliau jadi seperti beliau..
hakikatnya, takde sorang pun nak ikut jejak kaki beliau menjadi sebegitu rupa..
tak pasal2 kena cop sirim emo tak tentu pasal..
kelas bermula pada 8.15 malam..
tepat2 pukul 8.15, dilihat mereka..
sudah beberapa orang telah ditendang merempat kat luar kelas..
ape lagi..
bengang lah mak oiiii...
semua dah pakat plan macam2 biar heart lecturer dorang tu melts macam ais kat kutub tu duduk kat tanah gersang..
maka timbullah satu perbualan yang tidak sengaja..
tetapi dari hati yang cukup geram berhadapan situasi tersebut..
aqila : bapak aa.. kite dah mari awal kot.. aku sampai 8.10 tadi pun, tengok2 dia dah lock..
sofia : bangang a camni.. minggu lepas kite semua mari awal, dia cakap two minutes more.. biar dah lambat pun..
tini : dia malulah tu sebab datang lambat.. then nak cover2.. lain kali memang aku lock pintu ni jugak karang..
peah : aku bayar kot yuran belajar.. kenapa dia nak buat hal macam ni?? tak patut la..lecturer lain consider lagi seminit dua..
apis : sampai bile kite nak duduk kat luar ni.? dia dah start ngajar kot..
giler dia ignore kite..
pada masa tersebut hanya seorang budak perempuan berada dalam kelas beliau..
dan beberapa orang budak lelaki..tiba2 budak perempuan itu menuju ke tingkap untuk menyampaikan pesanan lecturer tersebut..
farah : ehh..baik korang balik je.. dia tak nak kasi korang masuk...
situasi amat lah kucar-kacir..
semua panas,, rasa seperti tersentap..
bukan mereka tak beerusaha untuk datang awal..
tapi jarak kolej kediaman ke kelas pun telah memakan masa hampir setengah jam..
lebih2 lagi waktu maghrib semakin hari, semakin lambat..
dulu sepatutnya kelas tu adalah pada siang hari..
tetapi akibat lecturer tersebut amat sibuk..
beliau telah mengubah jadual kepada malam...
kalau korang fikir dalam2..
salah siapa sebenarnya??
sebagai pelajar, aku rasa tak patut lah ada perasaan tak puas hati terhadap lecturer..
al-maklumlah.. kita menuntut ilmu, kena terima setiap cara guru kite sampaikan ilmu..
tetapi lecturer tu jugak tak patut lah layan emosi sangat akibat budak2 terlambat sikit...
kalau beliau lambat, ada ke budak2 mengungkit??
gua pun tak paham apa yang lecturer rasa..
sebab gua pun masih pelajar...
atau mungkin lecturer tersebut pernah mengalami sakit hati pada lecturer beliau??
menyebabkan beliau pun bertindak sedemikian..wallahualam..
fikir2 kan lah..
buang yang keruh and amik yang jernih okey..