Pages

Friday, November 5, 2010

berpantang AJAL sebelum M A U T



salam..


badan lemah seperti lemahnya manusia melawan nafsu syaitan..
hari minggu yang sangat baik kondisinya..



" jom pergi rumah tok.. lama tak tengok dia "


" mama pergi la dulu.. kak long pergi minggu depan je.. penat lagi ni "



ajakkan mama tidak ku endahkan.. tok yang lebih kurang setahun uzur.. andaianku bahawa dia masih segar tidak seperti orang2 tua yang lain.. enam bulan sebelum itu, adik-adik dan nenda tidak putus2 melihat, menjaga, fikir tentang diri tok.. aku sibuk! sibuk dengan mengejar ilmu yang dituntut oleh Islam.. tapi sekarang aku perlukan masa untuk pulang ke kampung.. fikirku juga.. cuti masih panjang. biarkan aku betapa puas2 di teratak keluarga.. jika ada keinginan untuk ke kampung. kemudian masa tentu sampai juga.


adik lelaki ku bising. ngomolannya tidak aku ambil pedulik. aku tahu dia kesiankan tok. tetapi dia juga perlukan ruang untuk membuat perkara yang dia suka tika hari minggu mula menjengah muka. aku tetap dengan pendirian. kaki ini tidak mungkin menjejak keluar rumah. yang aku pasti, enam bulan selepas tok terlantar di hospital, dia kembali segar-bugar. apatah lagi pagi2 apabila umat di negeri Terengganu ini sibuk menerjah ke seluruh pusat undian.

" satu undi amat bermakna "..


tok, pagi itu senyum. cantik. suci di mukanya jelas kelihatan. seperti bayi yang baru dilahirkan dan diazankan. orang sekeliling tak sangka tok akan secergas itu setelah terlantar enam bulan di hospital. mungkin semangat untuk melihat negeri Terengganu berubah di bawah pimpinan orang lain. itu bermain-main di fikiran saudara-mara ku..
aku lagi terkejut apabila melihat tok umpama tidak boleh bernyawa dengan keupayaan sendiri, tiba-tiba bangun. berjalan . gahh!! seperti remaja yang kelihatan gantang dan anggun sekaliannya.



pulangnya petang itu ke rumah, adik2 dan mama sampaikan salam tok kepadaku. aku menjawab salam itu dan tidak lupa untuk bertanyakan khabarnya juga. mama cakap, walau macam mana malasnya aku, minggu depan kena balik kampung jugak ! aku hanya mengangguk tanda patuh dan faham dengan kata-kata gamaknya seperti satu arahan. adik2 pula cakap, tok makin sihat. cuma tak sihat badan sikit jep. biasa la tu.. sakit orang tua. aku terus telefon nenda. janji aku padanya untuk pulang menjenguk tok minggu depan. nenda hanya iakan kata2 ku itu.. nenda juga tidak keberatan memberitahu bahawa tok asyik bercakap tentang ajal.

" sakit2 ni. mungkin dah nak mati "..


aku jalani hari2 seperti biasa.. pagi isnin. mama begitu sibuk buat kuih tempahan. telefon berdering beberapa kali. aku masih di kayangan. menunggu putera raja datang cium sambil membisikkan ' BANGUN!! '. tidak sedar akan panggilan yang sudah berkali-kali berdering. akhirnya mama angkat panggilan itu.. dikejutnya aku dengan goncangan yang kuat. bak kata2 hakiki yang biasa didengar,.

PEREMPUAN MAMPU MENGGONCANG DUNIA


"bangun2!! kak long.. cepat.. mandi. pakai baju kurung.."

" tak mo gi "

" ehh..bangunla cepat.. tok dah meninggal "..

terus aku bangun gapai tuala yang tersidai suram menunggu aku untuk menyingkapnya ke bilik air di pagi itu. air mata mengalir laju.. tidak ku sempat mohon ampun padanya..
tidak ku sempat menatap wajahnya.. tidak ku sempat cium tangannya. tidak ku sempat katakan rindu padanya.. tidak ku sempat mengatakan dia lah yang terbaik membimbing aku jadi manusia beramal dengan ilmu.



M E N Y E S A L


apa yang aku dapat lihat sekarang tubuh kaku..
yang menunggu masa untuk ke alam barzakh..
hanya jasad yang senyum padaku..
bukan lagi senyuman ikhlas yang dapat dilihat dengan kata2 manis..


aku menyesal !



hargailah setiap detik bersama orang yang tersayang..
sesungguhnya bla dia pergi..
hanya kenangan yang jadi bantal peluk..
tikan hidup kita..





Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan





4 shining LIPGLOSS:

Anonymous said...

sad entry...
mngajar erti kita mnghargai
ssuatu yg masih ada ddepan mata..
sebelum dia pergi...

Unknown said...

The real true great blog,

www.fdausamad.blogspot.com

Baca few entries..mesti jadi ketagih!

i'm not kidding..

fatian athiea said...

dahlia : betol tu..sedih sangat2..

fatian athiea said...

mekdonel : nanti gua singgah..gua busy sket..:)