Pages

Wednesday, April 30, 2014

arwah


Bismillahirrahmanirrahim..


pada malam jenazah masih dilawati oleh kenalan-kenalan dekat
si abang yang baru berumur 13 tahun duduk di sebelah arwah abahnya.
dipeluk diciumnya berulang kali.
berat bagi si abang untuk menerima kenyataan bahawa abahnya sudah tiada.
biarpun marah, rotan yang jadi sajian jika melakukan kesalahan..
dia masih dapat merasai kasih sayang seorang abah..


ditengok oleh sepupu sepupu lain..
si abang berubah menjadi pendiam.
sedih seolah-olah mengharapkan keajaiban berlaku


" kenapa letak abah dalam lubang tu? "
si kecil bertanya.
bagi anak kecil yang baru berumur 3 tahun.
belum mengerti apa yang terjadi. dilihatnya keadaan orang sekeliling
yang menangis, yang berlinang air mata.
disengihnya seolah-olah itu satu permainan.


Allah. berikan mak su kekuatan untuk hadapi semua ini.
La Tahzan. aku tahu berat untuk hadapinya.


tetapi untungnya arwah.
dia pergi sebelum ibunya.
kurang2 masih ada doa yang berkat mengiringi pemergiannya.
moga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, serta dicucuri rahmat.



moga arwah mohd fadzlul che yusof tenang di sana. inshaAllah amin





Thursday, April 24, 2014

HUSNUDZON


Assalamualaikum wbt..


hidup haruslah sentiasa pandang ke hadapan.
kerana apa yang sudah di belakang tidak dapat diperbaiki lagi
dan kita tidak mungkin mengharapkan perkara yang sama terjadi lagi
baru sentiasa positif


tapi bagi aku.


terkadang kita perlu menoleh ke belakang.
kerana itu pengajaran dan pengalaman
maka istikamahnya dengan HUSNUDZON
iaitu bersangka baik bahawa perkara yang tak elok di belakang
tidak akan berulang kembali


aku kuburkan segala kesilapan dan kekhilafan yang dahulu dengan taubat
dan mengharapkan keampunan dariNya
aku tahu semua itu kerja Tuhan
maka kita perlu HUSNUDZON pada Tuhan (ALLAH)
semoga yang baik menunggu di hadapan.





tak perlu mencari aku untuk menunjukkan kau hebat
mempunyai yang lain untuk dibanggakan
ataupun mencari sebab untuk berkata rindu
sebabnya itu jalan yang kau pilih


aku tak menyesal melepaskan kau
pasti yang lagi baik menuggu

walau kau buruk mana
aku tetap cuba mencari baik kau
aku cari
aku cuba




Sunday, April 13, 2014

K E K A S I H



Assalamualaikum wbt..


orang kata jodoh pertemuan milik Allah.
lagi dikatanya, tak perlu cari dia datang sendiri.
lain yang kata.. kalau tak usaha tak jumpa.


jangan dikatakan lama menjamin sesuatu hubungan..
tidak mustahil hubungan tujuh lapan tahun pon boleh berpisah
atas kesilapan diri atau kehadiran pihak lain..
sedangkan yang berkahwin pon boleh bercerai (nauzubillahiminzalik)
sesungguhnya yang lagi baik sedang menanti kita..
atau mungkin kita akan dipertemukan pada waktu yang lagi sesuai.
doa itu usaha, tawakal itu redha dengan ketentuanNya..
aturan Allah itu terbaik..
kau sakit sekarang, mungkin nanti kau bahagia..


" Berjalanlah dengan penuh harapan,
Walaupun hidup tidak selalu bahagia,
Sedekahlah satu senyuman, walau hatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka. "




aku tak berharap untuk bersamamu.
tetapi mengharapkan untuk bersama yang terbaik untukku.
inshaAllah. jika di Lut Mahfuz ku ada kamu..
aku terima :)