Pages

Sunday, March 27, 2016

Menunggu



Sendiri belum tentu kenal dengan kehendak hati.
Kau kata menunggu itu pasti.
Bila aku pasti kenal dengan hati ?


Kau lari tanpa toleh ke belakang lagi.
Tinggalkan aku dengan hati.
Yang aku sendiri uji

Thursday, July 17, 2014

PEMBERIAN



Bismillahirrahmanirrahim..


Hadits riwayat Abdullah bin Umar Radhiyallahu’anhu: Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam ketika berada di atas mimbar, beliau menuturkan tentang sedekah dan menjaga diri dari meminta. Beliau bersabda: Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah adalah yang meminta


vise versa.
mungkin lumrah sebagai manusia, memberi dan menerima.
tetapi bagaimana tanggapan untuk memberi dan menerima itu ?


memberi apa sahaja, walaupun bukan dengan harta.
kerana sesuatu itu dipandang pada ' value ' nya.
seperti kasih sayang mungkin.
jika ada keikhlasan bersulam dalam kasih sayang itu, mungkin lagi nampak nilainya.
tetapi jika dicemari dengan permainan lain. musibah menunggu.

cerita kita.
kepada setiap yang diberi beberapa tahun ini.
cuma diharapkan keikhlasan, bukan untuk menunjuk kau mampu memberi segalanya
untuk membeli kasih itu.
sebab kasih aku suci. lahirnya dari Tuhan yang bersifat Rahman dan Rahim.

masih tidak faham situasi sebenar. di mana dicarinya lagi.
aku tahu, walau diguna konsep ' BLOCK ' sekalipun, pusing2 kita tetap jejak atas bumi Tuhan.

apa-apa pun. terima kasih atas pemberian sebelum ke Vietnam.
aku tak amik pusing untuk setiap yang berlaku.
sebab hati aku mati untuk bongkar gali setiap kesilapan lalu.


aku gunakan ia sebaik mungkin.

Al-Quran dan Terjemahan, dan kisah tentang Palestin
untuk bumi Gaza yang sedang bergolak. aku ambil masa yang ada di bulan Ramadhan ini untuk mendalami kisah Palestin. biar aku sendiri cukup faham, dan tahu untuk diceritakan kepada anak cucu tentang indahnya Islam dan kisahnya. 


terima kasih.
moga kita sama-sama mendapat manfaat daripadaNya :)

Monday, May 26, 2014

cinta dunia


Assalamualaikum wbt..




lumrah bergelar insan yang singgah sementara di dunia fana.


patah tumbuh hilang berganti..
mungkin kerana itu kau tidak gundah..
tetapi bila aku mula melangkah setapak kehadapan .
meninggalkan kau keseorangan tidak berteman..
kau terkilan.


tidak terasa bila dia pergi tapi kecewa bila tidak kembali..
sewaktu bersama tidak cuba untuk menghargai , tetapi bila hilang baru mencari.
mana kasih, mana sayang.
kita mula mencari ..
mahu aku kembali mungkin tidak lagi..
memulakan sesuatu hubungan yang tidak pasti..


kau aku mungkin tidak bersatu
hanya kalimah Allah mampu pertemukan kita kembali..


kembalilah padaNya.
pintalah padaNya..
Dia lebih mengetahui.. Maha Mengetahui.


terima kasih atas kebahagiaan selama ini